♕°KTR 107°♕

671 93 42
                                    

"Apa ini" tanya Chloe pada Jeslyn.Chloe baru tiba ke bilik kat asrama sebab dah hampir malam.Sejuk duk luar lama lama maklumlah dah nak dekat musim luruh.

Nanti juga akademi akan tutup untuk cuti semester dan mungkin ramai akan pulang ke rumah masing-masing untuk bertemu keluarga.Pada waktu itu juga akan ada festival musim luruh dan festival 6 keluarga besar yang dibuat secara serentak.

Yang membezakan kedua-dua festival ini adalah festival musim luruh diadakan selama seminggu manakala festival 6 keluarga besar diadakan selama tiga hari sebelum festival musim luruh.Festival 6 keluarga besar bukan sahaja bangsawan empayar malah semua kerajaan kecil di bawah naungan Empayar Salvorte akan diundang ke festival besar besaran tersebut.

Chloe pun ingin membersihkan diri juga sebelum tengah malam.Bukak je pintu bilik, berselerak pakaian pakaian yang Jeslyn belanja di kota haritu.

Sementara Dinaile sepertinya ulangkaji pelajaran.Manakala Miera hilang kemana.Mungkin masih malu dengan agenda tadi.Fufufu.....

"Oh Chloe...maaf ya buat kau tidak selesa tetapi aku baru buka barang belanjaan hari itu...." Jeslyn sepenuhnya berbicara seperti biasa.Sebabnya dia bukan lah belajar sangat tatakrama bangsawan ni.No problems baginya.

"Tetapi kenapa baru buka sekarang" tanya Chloe.Dia melangkah berhati hati kerana terlalu banyak barang di lantai.Dia menuju ke katil lalu duduk atas katil.

"Kau tahukan tuan puteri menumpang tidur disini bahkan melepak juga disini.Kan tidak elok membuka barang belanjaan yang ia belanja di depannya " jawab Jeslyn sambil tergaru garu kepalanya.

"I-iya juga" ujar Chloe.

"Chloe....awak kemana sejak tadi" tanya Dinaile.Sepertinya Dinaile benar benar terbiasa memanggil dia dengan nama tanpa ber 'cik'.Akhirnya takdelah Chloe akwardddd bila bercakap.

"Tidak kemana mana....duduk di tempat sunyi untuk tenangkan fikiran" di mulut Chloe berkata lain dan dalam batin lain.

'Padahal aku duduk di bumbung asrama ni sambil skodeng semua penghuni akademi ini' Chloe ketawa terkekeh-kekeh dalam batin.Di luaran hanyalah kuntuman senyuman manis.

"Kenapa kau tidak membuka barang belanjaan itu" tanya Jeslyn melihat ke arah beberapa beg di bawah katil Chloe.

"Aku akan membukanya dirumah nanti..." jawab Chloe berkeringat sedikit.'Bukan apa...semua dalam beg itu merupakan buku buku dan beberapa bahan posyen terlarang yang kubeli di pasar gelap.Takkan aku mahu buka dihadapan mereka berdua' batin Chloe.

Chloe lupa ingin menyimpan semuanya ke dalam tempat penyimpanan dimensi miliknya.Ericc bawa masuk makanan ilegal kalau Chloe bawa masuk bahan dan benda ilegal tapi tak kantoi.Bagus sangat adik beradik ini memang serupa.

"Hmm apa yang aku mahu buat tadi ya...oh ya mandi" Chloe baru teringat dia ingin mandi.Dia baru pecat kemeja akademi namun Jeslyn mengatakan sesuatu terlebih dahulu.

"Chloe,aku baru tau kau ada tanda lahir unik di belakangmu...atau memang keturunan.Maaf sebab bertanya" kata Jeslyn membuatkan Chloe terkejut.Sejak bila ada tanda lahir dibelakangnya.

"N-Naile apa benar ada tanda di belakangku" tanya Chloe ingin kepastian.Dinaile menoleh lalu lihat.Dia terus mengangguk laju.

Chloe berlari ke arah cermin besar yang disediakan di bilik ini.Benar benar ingin kepastian.Untungnya tidak terlalu besar tapi masih boleh dilihat.'S*** apa ini tanda yang dimaksudkan oleh Kak Zie.' batin Chloe.Zie ada beritahu tentang tanda yang muncul menandakan dia milik seseorang.

Zie ada beritahu tentang tanda yang muncul menandakan dia milik seseorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now