✧°KTR 174°✧

464 46 8
                                    

Bilik Chloe,

Chloe mc kita ini sedang berjalan mundar-mandir. Tentunya dia makin malu. Hatinya tidak keruan bahkan jantung berdegup kencang. Dia sambil mengipasi diri dengan tangan.

"Apa itu cinta?"

"Bagaimanalah aku boleh jatuh cinta?"

"Padahal aku cuma ingin menghukum Vex.... Hubungan ku sebagai kekasihnya yang dulu hanyalah main main... sekarang sudah menjadi serius"

"Fikir Chloe....kau itu setengah waras kan"

Chloe bercakap dengan dirinya sendiri sampai hilang arah tujuan.

"Apakah Vex benar benar serius?"

"Ah dia benar benar serius"

Chloe merebahkan tubuhnya dikatil. "Apa aku boleh mencapai kebahagiaan yang selama ini aku impikan?" gumamnya dengan lirih.

"Aku benar benar mencintai Chloe"
Kata kata itu malah terngiang-ngiang dalam kepalanya.

Chloe mengambil bantal menekupkan wajahnya ke bantal lalu menjerit sekuat hati. Setelah puas, "Ray.....Vex bodoh....kau harus bertanggungjawab" gumam Chloe dengan wajah yang masih memerah seperti tomato.

"Tenang Chloe....tenang...tarik nafas lalu hembus" Tiba tiba Chloe mencampakkan bantal yang ia peluk.

"Bagaimana mahu tenang kalau suaranya masih terngiang-ngiang?"

Sementara Charlos,

Benarlah kata Alexia, Charlos memang ke kediaman Al Svann. Dia berjalan jalan di koridor dengan wajah datar seperti biasa.

"Tuan Charlos, apa ada keperluan anda kesini?" Tanya salah satu pelayan yang sudah berkhidmat dengan Duke Al Svann selama sebulan. Semua pelayan disini tentunya mengenali Charlos dan Chloe. Pasangan kembar yang menolong tuan dan cik muda mereka.

"Aku hanya singgah sebentar" jawab Charlos terus berjalan diikuti pelayan tadi.

"Adakah anda ingin bertemu dengan duke.... sekira-"

"Tidak....aku hanya singgah sahaja..boleh kau jangan ikuti aku seperti anak ayam" suara Charlos memang dingin.

"B-baiklah...maaf atas ketidaksopanan saya" Pelayan itu sedikit ketakutan lalu meminta diri untuk pergi.

Charlos mencari keberadaan seseorang yang ingin dia jumpa. Melihat arena latihan nampaknya ada seseorang sedang berlatih dengan giat.

Dinaile sedang berlatih kemampuan berpedangnya sekaligus elemen kristalnya. Dia tidak mahu menjadi gadis yang lemah dan tidak berdaya. Setidaknya dia boleh bantu adiknya di masa hadapan.

Dan akhirnya dia mencapai batas latihan lalu ia terduduk. Dinaile menggelap keringat yang membasahi dahinya.

"Boleh tahan" ujar satu suara yang ia kenal.

"Suatu kehormatan mendapat pujian dari Tuan Charlos" ujar Dinaile. Charlos lemparkan sebotol air kosong dan kain lap. Ditangkap baik oleh Dinaile. Charlos terus duduk sejajar dengan Dinaile bersebelahan nya.

"Berteman dengan adikku makin membuatmu mulutmu manisnya" gumam Charlos.

"Hah! Kau ada cakap apa apa ke....suara kau tu perlahan sangat" tanya Dinaile berbicara santai sahaja.

"Apa?"

"Kau cakap apa?"

"Apa?"

"Yelah kau cakap apa?"

"Apa?"

"....kau ini" Dinaile geram bila dipermainkan begitu.

"Ye"

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now