♕°KTR 128°♕

474 80 5
                                    

Chloe berlari keluar arena dengan wajah datar.Dan terus berlari tanpa hiraukan orang sekelilingnya.Earste bingung sama ada mahu ikut atau tidak.

Tetapi seperti nya dia rasa tidak perlu ikut.'Apa yang terjadi di dalam sehingga Master bersedih....' batin Earste.Walaupun Chloe hanya melintasinya tanpa memandang nya tetap sahaja raut Chloe seakan sedih dan kecewa.

Chloe berlari sehingga ke laman belakang .'Kenapa kenapa kenapa....'

'Satu persatu hal yang kutakuti datang mencariku...kenapa kenapa.....' soal Chloe pada dirinya.Chloe berhenti berlari dan terduduk di rumput.

'Tenang tenang....' batin Chloe.Berkali kali Chloe katakan pada diri sendiri untuk tenang.Kemudian Chloe mendongak ke langit,cuaca mendung.Rasanya mungkin hujan sebentar nanti.

Beberapa minit kemudian,hujan lebat secara tiba-tiba turun.Tetapi Chloe membiarkan dirinya mandi hujan.Dia benci hujan namun dia sekarang hanya menyiksa diri sendiri dengan kebenciannya.

Dup .....

Entah kenapa tiba tiba juga Chloe menjadi sakit seperti disayat sayat dengan pisau.Dia ingin berdiri namun sakit itu makin menjadi jadi.Satu nama terlintas di fikiran Chloe.Vex.

'Vex....aku harap kau okay' batin Chloe.Terlalu sakit sampai kesedaran nya hilang.Mana kegelapan nya cuba menutup luka namun Chloe kehilangan kesedaran membuat mananya meluap.

Chloe hanya dengar titisan air hujan dan sesorang yang memangku nya secepat mungkin.Kedengaran dia sangat bimbang dan meminta maaf berkali-kali.

Dalam masa yang sama,

Kedatangan Puteri Atheia dan Putera Arslan semata mata hanya ingin mengundang dia dan Chloe secara peribadi untuk majlis ulangtahun Atheia akan diadakan tidak lama lagi.Tentu sahaja setelah ini mereka ke istana Salvorte untuk mengundang Alexia juga.

Mereka berdua baru saha ingin pulang namun hambatan telah terjadi.Hujan yang lebat membuatkan mereka berdua terpaksa mengurungkan niat untuk ke istana.Sebab Edward kata memang hujan susah sikit untuk melihat pemandangan.

Puteri Atheia dan Putera Arslan dipelawa makan malam bersama keluarga Grand Duke di ruangan makan.Arthur dan Edward memang mereka kenal pertama kali di Empayar Rilance tetapi Ericc baru pertama kali bertemu.

Ingatkan Ericc ni peramah lah juga macam Chloe.Bukan weyh....Dingin malah beri tatapan tajam terutama pada Arslan.

Ericc hanya ramah pada rakan terdekat serta adik beradiknya.Bukan setakat ramah kesewelan pon ada.Yang lain jangan harap walaupun orang tersebut memiliki status bagus macam mana pun.Ini keluarga ais ke? Bagaimana Chloe boleh duduk seatap dengan keluarga ais ni?

"Arl, Eddy dimana Loe" tanya Ericc yang baru sadar adik bongsu mereka tidak ada bersama.Biasanya Chloe yang tangkas mahu makan malam buatan chef kediaman ini.Maklumlah sedap sangat.

"Mungkin sekejap lagi dia kemari....dia sedang sibuk mengurusi beberapa hal" jawab Charlos dengan tenang.

Atheia dan Arslan hanya menjadi tukang dengar dan tidak masuk campur perbualan mereka.Segan pun ada.Yelah semeja dengan keluarga tertua dan termasuk keluarga 6 besar di Empayar Salvorte.

"ARTHUR!!!!!!! Mana kau hah" jerit satu suara.Seorang wanita menerjah masuk ke dalam ruangan makan.Semuanya terkejut.

Wanita itu seakan kesal.Dia ke arah Arthur tanpa peduli siapa pun yang ada disana."Kau buat benda b*** lagikah....mengapa kau mencuri orang orang ku"

"Aku tidak mencuri....aku hanya meminjam mereka sementara" jawab Arthur dengan tenang lalu dia makan dengan tertib.

"Ahh....kau ini mentang mentang aku tengah sibuk mengurusi pesakit kau senang senangnya mencuri orang orangku....Kau mahu apa apa kan mereka" marah wanita itu.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now