♕°KTR 147°♕

495 68 10
                                    

Alexia melangkah keluar dari istana Amethyst.

"Boo" kejutan dihadapan Alexia memeranjatkan nya.

Chloe terus ketawa terkekeh-kekeh melihat wajah kakaknya yang terkejut."Chloe...aku terkejut tahu" ujar Alexia mengurut dadanya.

"Hehehehe.....kakak yang lama sangat.." ujar Chloe tersenyum nipis.

Alexia hanya mengiyakan sahajalah."Bukankah kau sedang terburu-buru?" Perkataan Alexia membuatkan Chloe tertepuk dahi.

"Kakak.....kurasa kita kelamaan meninggalkan tiga babuku sedang bertarung" ujar Chloe tanpa rasa bersalah.Dia terus menarik lengan Alexia.

"Harap akak tidak gayat ya" muncul sepasang sayap yang cukup besar dan menerbangkan mereka berdua ke langit.

Alexia hanya melihat sahaja 'topeng' senyuman Chloe.Apa yang dikatakan Darcy benar.Chloe benar benar menyembunyikan tanggungjawab besar dengan topengnya.

Flashback percakapannya dengan Darcy,

"Kau tahu buat kali kedua aku melihat eksperisi wajah Achlys terlihat bahagia...dan juga pertama kali aku melihat dia mengambil berat tentang manusia"

"Apakah Chloe itu namanya sekarang " sambung Darcy.

Alexia menggangguk canggung.

"Begitu baguslah....kerana dia benci nama aslinya "

"Boleh aku tanya kenapa Chloe sangat membenci nama nya? Maksudku nama Achlys Lilith" tanya Alexia.Itulah persoalan dibenaknya.

"Manusia sepertimu mengapa terlalu ingin tahu? Yah memang rasa ingin tahu itu terlalu kuat...Ada kekadang masa lalu seseorang tak dapat digambarkan dengan kata-kata...." Balas Darcy.

Alexia terus canggung.

"Hahahaha....aku sangat gembira kerana ada keturunan manusia boleh menggunakan kekuatan ku...bukan senang melihat manusia yang sudah melatih mana dengan efisien."

"Meskipun Empayar Salvorte sudah kuat....aku masih memerlukan kekuatan sendiri untuk melindungi semuanya" balas Alexia.

"Aku sangat menantikan perkataan mu manusia....dan aku mengharapkan Achlys tidak lagi terjatuh dalam genggaman DIA lagi"

"Dia? Itu siapa?"

"Kau tahu mengenai lagenda Beast Nirvana"

"Pernah...datukku menceritakan nya dahulu..apakah itu benar benar wujud" tanya Alexia.

"Itu benar benar wujud....Beast Nirvana ada 4 sahaja di dunia ini.Harimau putih,Kupu kupu kematian,naga hitam dan garuda....Kupu kupu kematian merupakan beast Nirvana paling mematikan dan hanya Achlys mampu menjinakkan nya" terang Darcy.

"Kau bukan pada tahap itu" Alexia tersenyum remeh sekejap.

"Ha iyalah.....aku naga emas kuno tingkat mythic sahaja....sekaligus Raja Beast kuno mengawal beast yang bertingkat rendah dan setara denganku kecuali naga hitam"

"Alexia ingatlah....walaupun Achlys kuat dan tak terkalahkan...dia juga boleh lengah terutamanya ada orang-orang penting disisinya.Dia sangat cuai dan mementingkan keselamatan orang lain berbanding keselamatannya"

Flashback tamat

"Apa yang naga tua tu bualkan denganmu,kak" tanya Chloe menyentakkan lamunan Alexia.

"Hanya berbual kosong" jawab Alexia.

'Keberadaan rohnya telah hilang' Chloe sekilas melihat istana Amethyst menjadi agak suram.

"Begitu...." gumam Chloe.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now