♕°KTR 76°♕

698 77 24
                                    

Chloe terus terbangun kerana dikejutkan oleh serigalanya menjilati wajahnya."Apa kamu yang membangunkan ku" tanya Chloe perlahan-lahan bangun.Dia melihat sekeliling Vex sudah tiada.Yah tak kesah pun.

Asalkan hatinya sedikit tenang setelah berperang mental dan fizikal di Empayar Mawlence.Masih berbekas.Satu perasaan dia sejak semalam adalah ingin mencincang sesuatu.Tidak sangka pula berjalan jalan buatkan niat mencincang 'org' terhenti.

Kurori,si serigalanya terus bersikap manja dengan tuannya.Jadi dia menggunakan saiz anak serigala membuatkan Chloe menjadi sangat ingin mengelus si comel ini.Sesekali Chloe akan membiarkan serigalanya keluar sendiri agar tidak kesepian di bayangannya.

Chloe melihat langit sudah agak mendung yang kemungkinan akan hujan sebentar nanti.'sebaiknya aku pulang segera....aku sangat tidak menyukai hujan' batin Chloe.Dia segera bingkas berdiri sambil mengendong serigalanya yang berzaiz kecil.Tiba tiba ada benda terjatuh ke tanah.

Chloe melihat ada sehelai kertas dan juga sanggul yang menarik perhatiannya.Dia menerbangkan kedua duanya dengan sihirnya.

Isinya lebih kurang begini:
....................................................

Hari ini sungguh menyenangkan,
Terima kasih sebagai balasan aku memberi mu hadiah ini.Mungkin hadiah ini tidak seberapa tapi aku harap kau menyukainya,Gadis kecilku

Vex

.................................................

Pfff....'Vex si vampir yang lucu....dan juga siapa juga gadis kecil...aku ini dah tua sikit kot maybe...Tapi sanggul ini indah juga ya.Warna merah sememangnya kesukaanku' batin Chloe.

Kalau Charlos tahu ni mampus habis habisan kena tadah telinga.Itu masih oke lagi cuba bayangkan satu keluarga nya tahu huih mengerikan..Sebaiknya Chloe sorokkan surat dan hadiah kecil pemberian Vex.

"Aku jadi berharap pula ingin melihat wajah lucu vampir tu lagi" gumam Chloe sambil tertawa kecil membuatkan si kurori terpinga-pinga melihat tuannya tertawa sendiri.

Chloe teringat bagaimana kali pertama dan kali kedua mereka bertemu.Sungguh lucu dan comel dimata Chloe.Kali pertama seakan cuba takuti dia hanya kerana si Vex itu monster,kali kedua dah macam anak kucing pula yang segan bermanja.Bagaimana pula untuk kali ketiga.

Chloe terus berhenti mengelamun dan dia melupakan hal yang penting sekarang ini.Dia harus pulang segera kalau tidak habis lah.Dan satu lagi hujan dah mulai turun,itu lagi membuatkan dia resah.Dia tidak menyukai hujan kerana alasan tertentu.Dan berharap sampai ke kediaman tepat pada waktunya.

Sementara itu di dunia bawah,

"Azz ....aku benar benar menjumpai gadis kecil ku disana" tanya Vex sebaik sahaja pulang.Pulang sahaja wajahnya yang putih sudah merah seperti tomato.Yelah macam dating pulak tadi.

Dia memasuki ke bilik kerjanya dan ditemani Azz seperti biasa.Azz hanya mampu menghela nafas kerana sikap keras kepala Vex.Sekiranya keputusan itu sudah muktamad maka jangan haraplah keputusan tersebut takkan tergoyahkan.

"Hahhhh...........Sejak anda tergila-gilakan Cik muda itu,anda hampir mengabaikan tanggungjawab besar di kerajaan ini.Anda perlu ingat sekiranya anda berhubungan dengan sesuatu anda cintai kemungkinan itu akan menjadi kelemahan anda.Itu akan membuatkan posisi anda diancam oleh klan anda." Nasihat Azz.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now