✧°KTR 178°✧

293 38 7
                                    

Saat tiba di aula pesta,

"GRAND DUCHESS MUDA CHLOE DE'SCHULZ
TUAN CHARLOS DE'SCHULZ
GRAND DUKE MUDA EDWARD DE'SCHULZ
TUAN ERICC DE'SCHULZ.....MASUK KE AULA"

Semua mata tertumpu ke arah pintu gerbang. Tuan tuan muda dan para lady bangsawan semua terkesima melihat kecantikan dan ketampanan adik beradik Schulz pada malam ini.

Sesuai dengan tema malam berbintang yang hanya tertumpu pada dua kembar yang seperti bintang. Kehadiran mereka membuatkan para bangsawan ingin mengambil kesempatan untuk mencalonkan anak-anak mereka untuk menjadi calon suami mahupun isteri adik beradik Schulz.

Namun mereka lupa keluarga Schulz merupakan monster yang cukup tenang dan boleh bila bila mereka akan bertindak tanpa ragu sekiranya ada tang mengusik ketenangan mereka semua.

Arthur memulakan dengan ucapan alu aluan pada para tetamu yang hadir. Lalu ucapan dari Chloe.

Setelah itu pesta dimulai dengan pemberian hadiah pada pasangan kembar. Dari hiasan mahal sehinggalah dokumen sebuah wilayah sebagai hadiah.

"Salam Grand Duchess Muda dan Tuan Charlos.....ini hadiah dari keluarga bla bla...."

"Salam pada Grand Duchess Muda dan tuan Charlos....hadiah ini khas untuk anda... Aksesori yang cukup langka dan mahal"

"Anak anak saudaraku yang cantik dan tampan....selamat ulang tahun yang keenam belas untuk kalian....mana stone untuk kalian" Luca dengan santai beri seguni mana stone.

Mana stone seguni tu seharga sepuluh kerajaan tahu. Ianya cukup berguna bagi para penyihir. Dan harganya cukup mahal.

"Selamat ulangtahun yang keenam belas ya kalian....ini dokumen pemilikan sebuah wilayah yang lengkap dengan tambang kristal dan emas" ucap Empress Emilien sambil senyum tanpa beban.

Harta Schulz bergunung lagi namun Chloe hanya mampu senyum menerima semua hadiah yang seperti benda sehariannya. Manakala Charlos memasang wajah datar andalannya. Namun sebenarnya dia menunggu kedatangan seseorang.

"Hah...bosan" keluh Chloe. Dia lenguh tahu nak senyum terus menerus.

"Mhmp" balas Charlos dengan malas.

Arthur sedang berbincang dengan empress. Katanya Alexia dan Alvino tidak dapat hadir kerana ada urusan empayar. Sejak bilalah kakaknya itu melewati acara seperti ini.

Abang sulung dan kedua menghilang entah kemana. Serius ah tadi bukan main mengiringi dia dan Charlos. Sekarang batang hidung pun tidak nampak.

"Arl...kau tak bosan ke?"

"Bosan teramat...." balas Charlos dengan singkat.

"Kau pasti mahu isi lapang untuk tidur bukan...apa kau tidak penat tidu-" Chloe baru menyedari Charlos menghilang dari sisinya. Matanya terus meliar liar mencari Charlos.

Rupanya Charlos sedang menyapa Dinaile dan Mikaela. "Aik rajin benar dia mahu sapa mereka....sejak bila ada kerajinan mahu menyapa orang lain" gumam Chloe.

Tampaknya mereka hanya berborak ringkas. Mikaela terus beredar namun Charlos menghulur tangan ke arah Dinaile. Musik klasik mulai bergema dalam aula. Sehingga setiap pasangan muda terus memulakan langkah untuk menari.

Tetapi yang paling mencolok adalah Charlos dan Dinaile yang memakai pakaian yang bercorak hampir sama hanya yang membezakan adalah warna. Pakaian Charlos lebih gelap berbanding gaun Dinaile lebih cerah.

Sedetik dua Chloe menggosok-gosok matanya. 'Biar betul apa yang aku nampak ni....' batin Chloe ternganga. Charlos ajak Dinaile menari. Biar betik.

"Lihat siapa tu?" tanya satu suara.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now