♕°KTR 48°♡

852 96 15
                                    

Setelah sampai di kediamannya,

Chloe menyuruh beberapa pelayan membawa mereka ke bilik masing masing.Dia juga keletihan seharian keluar.

Dia disambut oleh Iris dan juga Cale.Cale mengatakan Arthur sudah tidur.Dia nak pergi memanggil Arthur namun Chloe menghalanginya kerana itu akan mengganggu waktu rehat Arthur.Lalu dia menyuruh Iris berserta Cale menguruskan mereka berempat.

Chloe berjalan ke biliknya namun dia melihat pintu bilik abangnya sedikit terbuka dan juga masih bercahaya.Jadi dia ingin tahu apa yang abangnya buat malam malam buta ni.

Terlihat abangnya sedang membaca buku di sofa.Dengan perlahan lahan dia masuk ke dalam bilik Charlos dan dia juga tak lupa menutup pintu perlahan lahan.Sampai Chloe berjala terjengket jengket dan ingin mengejutkan Charlos dari belakang.Namun saat dia hampir nak menyentuh bahu Charlos.....

"Loe....aku tahu kau dibelakangku" ujar Charlos.Membuatkan Chloe terperanjat.
"B-bagaimana kau tahu." padahal dia sudah menyembunyikan hawa keberadaannya dan juga dia rasa dia tidak membuat satu bunyi pon.

"Insting...." kata Charlos sambil tergelak kecil.Chloe terbeliak lalu duduk disebelah Charlos dengan menggembungkan pipinya.

"Aku baru nak beri kejutan...." ujar Chloe dengan rasa tak puas hati.

"Tak perlu....jadi mengapa adikku yang manja ini berada di bilikku " tanya Charlos sambil mencubit pipi adiknya.Chloe mengaduh sakit.Ingat pau ke nak main cubit cubit.Pau tu boleh makan dan pipi pulak mana boleh makan.

"Selagi aku tak luahkan sesuatu,fikiran aku takkan tenang...aku nak cakap pasal-" belum sempat Chloe mengatakan apa apa..

"Kau nak cakap pasal pengawalan Alexia untuk perjumpaan yang menyusahkan" potong Charlos tanpa signal.

Chloe terbengong jap...."Macam mana kau tahu" tanya Chloe dengan curiga.Dan dalam masa yang sama dia sudah agak dari cara bicara Charlos seperti tidak menyukai hal yang menyusahkan diri.

"Papa 'kesayangan' kita tu lah yang memberitahu ku setelah kau pergi.Aku tidak memberi apa apa jawapan lagi" terang Charlos.

Iya tak ye juga...Emperor juga ada beritahu yang ayahnya juga tahu mengenai hal ini.Belum sempat nak kata apa apa."Aku tak setuju...." sambung Charlos.Chloe buat mimik muka sedih.

"Kenapa....bagiku itu mungkin menyenangkan..." kata Chloe👉👈.

"Itu bagimu tapi bagiku tidak..." ujar Charlos.Chloe pon buat muka comel yang sedih dihadapan Charlos."Aku takkan terpedaya" ujar Charlos menutup mukanya dengan buku.

Chloe tak berputus asa memujuk abangnya."plissss" ujarnya dengan suara cute.Charlos menutup kedua belah telinganya.Mana tidaknya kekadang suara cute si Chloe berdamage membuatkan hatinya luluh dan menyetujui semua keputusan Chloe.

"Bolehlah plisssss...setuju lah...banyak manfaatnya" kata Chloe dengan bersungguh sungguh membuatkan Charlos serba tak kena.

Charlos mendesah perlahan..."Ye ye lah.....aku setuju jelah" Dia takleh berlama lama berdebat hal kecil dengan adiknya.Lama lama hatinya serba salah pulak.

"Yesss ......ini yang aku sayang sangat pada abang tersayang ni" ujar Chloe dengan teruja.

"...kau tak fikir rancangan gila lagi bukan" tanya Charlos🤨.

Chloe menggeleng cepat cepat..."No" namun Charlos boleh syak Chloe dah pikir macam macam.

"No" namun Charlos boleh syak Chloe dah pikir macam macam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now