♕°KTR 60°♕

820 114 43
                                    

Di tempat makan malam,

Empress Mawlence bersama anak anaknya baru tiba ke ruangan tersebut.Ruangan tersebut ada Atheia,Arslan dan juga Xian Feng.Mereka bertiga menunduk sedikit apabila dimaklumkan ketibaan Empress Mawlence berserta anak anaknya.

"Maafkan beta kerana tidak menyapa kalian semua di hari pertama lagi.Dan juga beta agak terlewat kesini" ujar Empress dengan sopan.

"Tidak mengapa tuanku...lagipula kami dilayani dengan baik dan ramah oleh orang orang di kediaman ini" celah Arslan .

"Syukurlah.....putera beta tidak menyusahkan kalian bukan" tanya Empress.

"Bonda mengapa pula anakanda mahu menyusahkan mereka." celah Vince.

"Tidak tuanku....kami sangat berpuas hati" ujar Xian Feng dengan hormat.

"Hahaha.....bonda bergurau sahaja...Oh ya bonda dimanakah Puteri Alexia.Sayang sekali sekiranya dia tidak sertai makan malam ini bersama" mata Empress meliar sekeliling namun batang hidung Alexia tidak ada.

"Puteri Alexia- " belum sempat Vince mahu mengatakan apa apa Alexia berserta gadis berambut putih berada di sebelah Alexia.

Xian Feng dan Arslan sama sama terpana melihat kecantikan (bukan Alexia) tapi Chloe.Atheia pula terkagum melihat Chloe yang sangat cool baginya.Putera kedua Mawlence terpaku manakala kedua puteri lagi seakan iri dengan kecantikan Chloe.

"Maafkan saya kerana terlambat." ujar Alexia sambil menunduk sedikit wajahnya.

"Oh tidak mengapa...baru beta menyebut anda puteri Alexia.Siapakah gerangan gadis dibelakang anda" Empress juga takjub melihat Chloe yang sangat cantik.Mengalahkan seribu gadis di semua empayar.

"Patik memperkenalkan diri patik..Patik adalah Chloe, komandan tentera penyihir.Senang bertemu anda" ujar Chloe dan membungkuk ala ala puteri.

"Aa Chloe,gadis bertopeng itu...beta ingat..mengapa gadis cantik seperti mu menyembunyikan wajah yang jernih ini"  tanya Empress.

"Patik tidak layak menerima pujian seperti anda...orang rendahan ini sangatlah tidak layak" jawab Chloe dengan sopan.

'Anak ini pandai benar bermain kata' batin Alexia.Bukannya dia tak tahu,setiap kali Chloe dipuji dia merendah diri apabila dibelakang bersama dengannya,bangga sehingga hidung ke langit.

"Tidak perlu merendah diri...oh beta lupa mahu persilakan kalian duduk...Silakan duduk dan nikmati jamuan kecil ini" ujar Empress sambil tertawa kecil.

Chloe dan Alexia terus mengambil tempat yang disediakan.Beberapa pelayan memasuki ruangan menyediakan pelbagai hidangan.Korang ingat ini sekadar makan malam...bukan oke.Disinilah berperang mental..namun mc kita ni rileks je.

"Bagaimana dengan aliansi tadi..Adakah berjalan lancar" tanya Empress.

"Berjalan lancar tuanku...idea dan pandangan dari pelbagai pihak membuatkan minda saya terbuka" jawab Xian Feng.

'Dah selama ni otak kau tertutup n up dijadikan barang kemas kat kepala tu' cemuh Chloe dalam batin.Dan juga dia ejek cara sanggulan dikepala Xian Feng.Nak tergelak takut tak sopan pula.Walaupun di luar dia makan secara sopan dan anggun layaknya puteri namun dalam jiwa dan mindanya kecoh.

"Baguslah sekiranya begitu....beta mengharapkan kerjasama antara empayar juga" ujar Empress.

"Oh ya tuanku,maafkan saya sekiranya lancang...namun dimanakah Emperor Mawlence.Khabar angin mengatakan dia hanya berbaring di katil.Apakah saya boleh melawatnya" tanya Arslan.

Pertanyaan itu membuatkan suasana menjadi hening."Sayang sekali,anda tidak diperbolehkan melawat Emperor Mawlence yang sedang sakit tenat...." jawab Empress dengan nada sedih.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now