♡°KTR 15°♕

1.5K 129 19
                                    

Pada malamnya,

Seperti biasa Chloe dan Charlos makan malam bersama dengan Arthur berserta Ericc.

"Jadi Loe lawan dengan Puteri sombong tu...Hahahhahaha....menang ke kalah" tanya Ericc setelah mendengar cerita Chloe.Dia menceritakan dengan semangat.

"Loe menang" jawab Charlos lalu menghirup air tehnya.

Ericc ternganga..cam tak percaya."Papa....betul ke" oleh kerana ni makan malam so boleh je tak formal.Arthur menggangguk kecil.

"Siapa ajar kamu berpedang" tanya Ericc tak percaya."Arl-niisama" jawab Chloe membuatkan Charlos hampir nak tersedak.Nasib tak tersembur teh tu.Kalau tak muka Ericc mungkin jadi mangsanya.Sebabnya dia duduk bertentangan dengan Ericc.

Charlos berdehem..."Arl yang ajarnya..kerana Loe yang minta" kata Charlos.'Haih nama aku lagi dipetik budak nie...Aku juga terlibat.Nasib nasib' batin Charlos menjeling sekilas Chloe.

"Ooo begitu.....pasti muka puteri sombong tu terbeliak sebab dikalahkan oleh budak 5 tahun" kata Ericc sambil ketawa terkekeh kekeh.

"Kak Alexia tak sombong tau" bantah Chloe.Ericc berhenti ketawa apabila Chloe memanggil puteri empayar tu 'kak alexia'.

"Kak Alexia menyuruh Loe memanggilnya kakak....jadi Loe pun panggil kakak.Loe tak boleh melanggar perintahnya....Kak Alexia kan Puteri Empayar" lanjut Chloe dengan polos.

'Serius ah.....biler kau pura pura polos,Aku takleh blah ah...nak gelak pon ade' kata Charlos 😂.

'Diamlah...ini demi dapat belajar sihir'  jawab Chloe 😌.

Ericc sepertinya kalah dalam kata kata."Loe jangan terlalu polos yer...nanti dimanfaatkan" celah Arthur hanya geleng kepala.Dia risau kalau di masa depan nanti Chloe dimanfaatkan oleh bangsawan di luar sana.

"Dimanfaatkan??...apa tu..." tanya Chloe sambil memiringkan kepalanya.

'Dah dah lah nak buat aku gelak....sakit perut aku tahan..kau nak dimanfaatkan??
....huh tolonglah.Kau dulu yang manfaatkan org termasuklah aku'  mata Charlos melirik tajam ke arah Chloe disebelahnya.😤

'biler masa aku ade manfaatkan kau' tanya Chloe🤔.

'Baru tadi....kau manfaatkan nama aku.Jangan nyanyuk pulak eh...berdebat dengan kau hal besar ke kecik ke...memang aku bukan juara'  Charlos mengaku kalah dengan adik dia saje.Kalau dengan musuh memang tak ah🥱.

"Dimanfaat tu....penjahat yang kejam akan mempergunekan Loe sebagai alatnya.Sebagai contoh Loe terpaksa berbuat sesuatu sememangnya Loe tak sedar padahal tu salah.Loe nak ke" celah Ericc sambil buat muka acah seram.

"Loe tak nak....hmm loe janji takkan terpedaya" kata Chloe dengan bersungguh sungguh.

'Boleh tahan juga pemikiran budak ni...tapi sedikit pembetulan bukan penjahat yang kejam ye.Pscyho kejam yang ingin mendapat keuntungan'  Charlos sebenarnya hampir tergelak tapi air mukanya acah cool.😶

'Haih sudah sudah lah mengata aku tu.....aku lepok kang...Tapi aku akan anggap itu pujian ' Chloe😑.

'Terase ke.....alololo ciannya....nanti aku ajar kau step elak serangan penembak jarak dekat'  pujuk Charlos.

'Betul ni.....yes aku boleh belajar step tu setelah sekian lama aku pujuk rayu pada kau'  Chloe 🤤.

"Hmm papa boleh Arl dan Loe belajar sihir" setelah sekian lama Charlos berdiam diri.Arthur🤨dan teringat apa yang Emperor kata.

"Boleh...nanti papa carikan guru sihir untukmu...kemungkinan mana sihir kamu berdua adalah mana kegelapan" ujarnya tapi Chloe dan Charlos memiring kepala serentak seperti tak faham apa yang Arthur terangkan.

"Begini ya...sekiranya papa ada dua mana iaitu mana kegelapan dan mana sihir.Mana kegelapan adalah satu energi kegelapan di dalam inti mana yang mana hanya kerturunan Penyihir Kegelapan sahaja yang ada.Mana sihir pula satu energi di tubuh semua manusia yang membolehkan guna satu elemen atau lebih darinya."terang Arthur dengan panjang lebar.

Charlos sebenarnya ber 'oh'...sebenarnya tak berapa paham.Tapi rasenya Chloe sudah paham kot.

'Jadi begitu.....nanti aku cari maklumat tentang sihir lagi' batin Chloe.

"Oh begitu....jadi papa boleh guna lebih dari satu elemen ya" Chloe membuat gaya sedang berfikir.

"Elemen kegelapan,api dan crystal " jawab Arthur baru habiskan makan malamnya."Sekiranya Loe dan Arl ingin tahu lebih lanjut pergi ke perpustakan di rak barat daya baris kelima .Disitu banyak tentang sihir elemen dasar,sihir elemen advance dan sihir pilars." kata Arthur lagi.

"Oke pa...papa nak turun" kata Chloe dengan manja.Dimaklumkan kerusi tinggi yer.Arthur bingkas bangun untuk menolong puterinya dan puteranya.

"Aip...kalian lupa sesuatu" Ericc mendekati mereka.Chloe baru teringat,dia perlu cium pipi selamat malam.'Banyak betul songeh jadi anak perempuan tunggal ni' ketus Chloe.

Chloe terus mencium pipi Ericc."Selamat malam Ericc-niisama" diikuti Charlos yang ikut terpaksa.'Jangan salah paham...ini just hubungan adik beradik.Dan aku paling normal' batin Charlos.

Arthur cemburu,dan berdehem sedikit keras."Papa takde ke" tanya Arthur ,dia bungkuk sedikit badan lalu menunjukkan pipinya.

'Sabar sabar, ikuti saja rangcangan budak ni....bersikap baik dan manja serta hormat' 💢😌 batin Charlos.

Chloe ke arah Arthur lalu memberi ciuman selamat malam."Selamat malam Papa" kata Chloe dengan ceria.Arthur membalasnya dengan anggukan kecil.Begitu juga dengan Charlos.

Mereka berdua beriringan keluar dari ruangan makan.Arthur bersikap serius."Jadi ada apa apa Ericc nak bincang denganku" mungkin Arthur sedikit kasar dengan Ericc dan Edward tapi itu demi kebaikan mereka berdua.Tidak terlalu dimanjakan tapi untuk Charlos dan Chloe perlu sedikit dimanjakan dan tak lebih.

Kasih sayang Arthur pada anak anaknya semuanya sama rata cuma cara layanan sedikit berbeza.

Chloe dan Charlos berjalan beriringan di sepanjang koridor menuju ke bilik mereka berdua.

Mereka berdua terlalu malas nak berborak so telepati jelah.
Biaselah kembar,ada banyak persamaan dan perbezaan.Contoh persamaan mereka berdua,benci kekalahan, suka buat aktiviti lasak,suka membunuh meskipun Chloe menjadi lebih Psycho ke arah tu😳,
dan strategi hampir sama.

Perbezaannya,Chloe lebih suka seksa musuh sebelum dibunuh berbanding Charlos lebih kepada bunuh terus musuh.Bak kata Charlos,jangan buat hal mudah menjadi susah.Chloe pandai atur suasana tapi Charlos tak pandai.Chloe kekadang cuai berbanding Charlos sangat teliti.Dan banyak lagi.

'jangan lupe janjimu itu' pesan Chloe.

'Ye ye.....mungkir janji tu bukan aku' kata Charlos dengan malas.

Saat mereka lalu di bilik Edward,mereka berdua melihat Edward pengsan di pintu bilik."Edward-niisama" terkejut Chloe melihat Edward begitu.Sama dengan Charlos,dia sebenarnya terkejut jeritan adiknya yang tetiber.Chloe perlahan lahan dekati Edward yang lemah masa tu.

"Sh*t...kau jaga dia....aku cari bantuan" Chloe dah cemas dan berlari ke arah kanan.Salah satu kecuaian Chloe,biler cemas habis bahasanya berterabur.

'Aku lagi....nasib kau pengsan..takde bukti dia mencarut tadi' batin Charlos.Dia menghela nafas kecil.Charlos melihat kondisi Edward."Pernafasan tidak berapa teratur,suhu anggaran 39°C, kulit pucat,bibir keungguan dan garis hitam dibawah mata" kata Charlos nada perlahan.

Yelah Charlos dulu murid top jenius dalam bidang kedoktoran.BIASALAH....'Sepertinya kekurangan tidur dan keperluan harian yang lain.Matanya sedikit bengkak mungkin nangis terlalu kerap.Kalau adikku mendapat tahu pasti menyalahkan dirinya.Menyusahkan' batin Charlos.Dia menolak pintu bilik Edward perlahan.

Hampir semua barangnya berterabur di lantai.Charlos melihatnya dengan dingin."Keputusaasaan" katanya.

.
.
.

Tbc:v

Kenapa dengan edward tu😱

Tunggu chap seterusnya.....

Bye assalamualaikum

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now