✧°KTR 171°✧

421 55 2
                                    

Charlos melihat ke arah adiknya sudah sedar. Tersenyum kecil.

Chloe dan Charlos bertentangan mata. Warna mata Charlos menjadi hitam legam bukannya violet.

"Aha...ratu kecil sudah bangun....padahal aku baru ingin membunuhmu sampai tiada abu" itu bukan Charlos tetapi beast nirvana Charlos iaitu naga hitam

Chloe terus turun dari batu. "Pak tua....tiada permusuhan diantara kita...lalu kenapa kau merasuki abangku" dengan tatapan membunuh.

"Hei tenanglah...kau tidak mahu abang kesayangan kau ini cederakan...."

"Pak tua....aku tanya sekali lagi....mengapa kau merasuki abangku" Chloe hilang kesabaran menghadapi naga licik. Naga ini seperti kupu kupu namun ia lebih tahu bagaimana mahu bertindak.

Sebenarnya Chloe belum pulih sepenuhnya untuk menggunakan sihir sekarang.

"Apa kau sudah benar benar lupa? Oh ya....kalian terlalu menikmati kehidupan sebagai manusia"

"Sekarang aku bukan Achlys Lilth tetapi namaku Chloe De' Schulz......aku ada keluarga yang harus kulindungi..." jawab Chloe dengan sorot mata yang tegas.

"Tetapi kau harus ingat jiwa kau merupakan demon murni yang sejati....hanya kau yang mampu mewarisi Absolute demon" perlahan lahan Charlos a.k.a naga hitam itu mendekati Chloe.

"Aku tahu meskipun aku berada ditubuh lain....tetap sahaja 'kekuatan' si*l ini terus menempel denganku" Chloe seketika melihat kedua-dua tangannya sambil terbayang darah jutaan jiwa yang tidak bersalah.

"Tetapi.....aku tetap meneruskan kehidupan ini sebagai Chloe.... Achlys Lilith telah lama mati" tambah Chloe.

Naga hitam yang merasuki Charlos tersenyum nipis. "Kalau kau menukar fikiran....maka aku yang akan turun tangan...ambisi tetap ambisi Sang Demon Primodial "

"Perlukah dia disebut lagi?" tanya Chloe dengan wajah suram bercampur marah.

"Kalian kunci mencetuskan aku dan si kupu-kupu hitam melaksanakan ambisinya....namun kupu kupu hitam telah menjadi 'jantung' mana mu....maka hanya aku yang tersisa....dan ingat dia ialah ayah kali-"

Mata Charlos bertukar violet kembali. "Si*l punya pak tua naga tak sedar diri.....dia malah merasuki tubuhku" umpat si Charlos.

"Jangan dengar katanya.....ayah kita hanyalah Arthur....yang naga tua kata pasal si gila yang dah mati tu sudah mati buat selamanya...jadi tak perlu risau"

Chloe hampir rebah. Nasib Charlos menyambutnya. Risau juga dengan adiknya ini. "Pulihkan mana dulu" ujar Charlos dengan nada lembut.

"Diorang macam mana?" tanya Chloe sambil melirik ke arah Vex, Keres dan Shae.

"Kalau benar mereka kuat.... seharusnya mereka boleh pecahkan dunia mimpi dengan mudah.... Lagipula biar saja mereka begitu....aman dan damai tanpa suara kecoh" jawab Charlos bersahaja.

Charlos tetaplah Charlos.

Chloe terus duduk dalam keadaan bersila dan menyerap mana disekeliling nya. Tiada kehidupan tetapi tanah gersang satu satu nya memberikan Chloe manfaat untuk menyerap mana yang disebaliknya.

Charlos pula mengawal Chloe dari luar agar tiada ancaman yang timbul disini. Bahaya ada dimana mana sahaja meskipun tanah ini tanah tanpa kehidupan lain.

Setengah jam kemudian,

"Gadis kecilll!!!!" teriak Vex terus terbangun. Charlos dah siap dengan penumbuknya dihadapan wajah Vex sambil tersenyum.

"Orang gila mana yang panggil adik aku macam tu" tanya Charlos dengan 'ramah'.

Vex menelan ludah. "Kau ini....masih tidak bersalah penjarakan aku dalam dunia mimpi" ujar Vex menepis tangan Charlos dengan perlahan-lahan. Takut wajah tampannya ditinju pula.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now