"Ahh akhirnya satu masalah lagi sudah selesai" Chloe menggeliat kerana merasa lenguh. Selesai sahaja pertemuan dan menghantar tetamu pulang, dia keluar ambil angin jadi dia duduklah kat balkoni istana musim ni.
Chloe paling menyukai malam yang dihiasi bintang yang terang. Lebih lebih kalau pemandangan nya seperti galaksi. Oleh itu dia meminta Yernia mengubah suasana istana begini. Angin sepoi-sepoi menyebabkan rambut putihnya sedikit serabai.
"Kau masih belum berubah" ujar satu suara garau. Chloe melirik sambil tersenyum nipis.
"Dimana yang lain, Shae?" tanya Chloe.
Shae bersandar di dinding berdekatan dengan Chloe. "Mereka menguruskan si Dyrad....dia teringin sangat nak bertemu dengan ku tetapi aku mengatakan aku sibuk" keluh Shae.
"Memanglah dia akan curiga....sebab kaulah" balas Chloe dengan selamba.
"Haihhh....itulah yang aku malas sekali....padahal Raja Fairy tu adalah adikku yang telah lama tiada...bukannya aku...jauh beza "
"Sebab kau ada mana nya...." celah Vex yang muncul dari dalam istana.
"Yah....tetap sahaja menyusahkan...kalau mereka tahu yang sebenar nya akulah punca dia mati....herm entahlah" jawab Shae mendesah panjang.
Shae makin hairan dengan Vex yang tatap semacam je. Macam nak makan orang. Vex pun ke arah Chloe dan memeluknya dari belakang.
"Rindu" bisik Vex dengan nada menggoda.
"Lepas ya" ujar Chloe.
"Tak mahu"
"Lepas"
"Kau kekasihku....mana mungkin aku lepaskan kau dengan lelaki lain"
Shae serasa dipalaukan oleh Vex berdua. Dan merasakan Vex sengaja bermanja dengan Chloe depan dia.
YOU ARE READING
Killer Twins Reincarnation???[END]
FantasyLily dan Lyle pasangan kembar tak seiras hidup di zaman moden.Mereka adalah pelajar universiti medical yang popular dengan kecantikan dan ketampanan. Tapi dimalam hari topeng sebenar mereka berdua terbuka.Dan mereka adalah KT atau Killer Twins.Pasan...