✧°KTR 172°✧

296 39 0
                                    

Sementara Chloe,

"Sedap betul teh ni...teh barukah?" tanya Chloe pada pembantu master guild yang berdiri di belakang sofanya. Dia sedang bersantai di Guild Hunter sedangkan di kediaman Schulz peperangan dingin.

"Ya...."

"Adakah tetamunya belum sampai?" tanya Chloe lagi. Angin yang sederhana menerpa masuk ke dalam ruangan itu.

"Sepatutnya anda lebih tahu....saya undur diri dahulu.." pembantu itu segera pergi.

Kepergian pembantu itu memunculkan dua sosok yang tidak asing bagi Chloe. "Lama tidak bertemu Alruna" ujar Chloe dengan ramah.

"Anda ini kita baru bertemu beberapa hari yang lalu" jawab Alruna. Dyrad yang disebelah Alruna hanya menundukkan kepalanya.

"Jadi langsung keintinya.....mengapa kau ingin bertemu denganku Alruna?"

"Maafkan saya kerana telah membuang masa anda yang berharga......tetapi ketua puak dyrad ingin bertemu anda" jawab Alruna.

Chloe kemudiannya melihat ke arah dyrad itu. "Oho...aku bukanlah orang yang terlalu penting pada mahkluk yang bergantung pada alam"

"Anda menyindir saya jugakah?" celah Alruna.

"Anggap sahaja itu pujian"

"Eem....nama ku Trysn...saya ingin anda memanggil tuan Shae..."

"Untuk apa?" Soal Chloe.

"Saya ingin memastikan sesuatu...." jawab Dyrad, Trysn.

Chloe tersenyum menyeringai. "Kau ingin bertemu dengan Shae dan perantaranya adalah aku......aku tidak marah sebab Shae memang hidup tersembunyi tanpa sesiapa yang tahu keberadaan nya yah kecuali diseret kemari"

"Erm...ini h-hadiah untuk anda" Trysn memberi bakul yang diperbuat daripada akar. Dalam nya banyak tumbuhan unik dan jarang dijumpai.

"Ini untuk apa?"

"Saya dengar dari Cik Alruna, anda menyukai meracik racun.... tumbuhan ini mungkin membantu eksperimen anda" jawab Trysn.

Chloe menerima bakul itu. Memang benar yang dikatakan oleh Dyrad ni. Kebiasaan lamanya meracik racun tetap berjalan seperti biasa. Dia menyimpan bakul itu lalu mengeluarkan daun yang berwarna kelabu.

Kuro keluar dari bayang Chloe. "Kuro....cari dia yang ada bau ini ya" kata Chloe sambil menghulurkan daun kelabu. Setelah menghidu cukup lama, Kuro terus menghilang.

"Adakah tuan Shae peneliti racun juga?" tanya Alruna rasa ingin tahu.

"Tidak...dia pemakan racun..dia sekali sekala menjadi arnab percubaan racunku" jawab Chloe dengan selamba.

Situasi menjadi canggung. Selang beberapa minit ada objek masuk dengan kasar berlanggar ke dinding dalam ruangan itu.

Kuro muncul selamba ke arah Chloe lalu dielus lembut oleh tuannya. "Terima kasih " Kuro terus menghilang dalam bayangan Chloe.

Shae mengaduh kesakitan. "Lilith...kau ini kalau mahu undang boleh tak secara baik sedikit" dia seperti tahu siapa punya angkara ini.

Chloe menutup telinganya. "Aku terburu-buru jadi maaf ya...." jawab Chloe tanpa rasa bersalah.

Shae menyedari kehadiran selain Chloe lalu ia berdecak kesal. "Bukannya kau tahu aku tidak suka hal begini" dia tidak berapa suka kehadiran high elf dan dyrad.

"Aku tahu....tapi mereka meminta ku sebagai hunter. Dan mereka boleh dikatakan pelanggan terhormat.... bisnes adalah bisnes" sebab itulah alasannya harus datang ke guild.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now