♕°KTR 126°♕

673 79 22
                                    

Selang beberapa hari kemudian,

Chloe dan Charlos perlu pulang ke kediaman Schulz yang rasmi.Arthur serta dua abang mereka sudah pulang dua hari lepas.Sesuai janji Chloe,hukuman untuk Miera telah dilakukan di tengah tengah kota pada waktu tengah hari.Disaksikan 6 keluarga besar, keluarga empayar serta rakyat.

Emperor juga memberi keputusan muktamad supaya Miera dijatuhkan hukuman mati.Ini kerana banyak bukti yang ia perlu mati.Ayah Miera yang juga baru sadar sehari sebelum hari penghakiman terhadap anak perempuannya hanya mampu melihat.

Duke Helios tidak mampu menolong kerana Miera sudah membelot empayar ditambah buat hal yang terkutuk lagi.Sehingga tidak mampu untuk menolong anaknya.Tetapi sejam sebelum Miera dipancung memang Duke Helios menjenguk anaknya,apa yang ia dapat hanya herdikan,amarah dan malah menghalaunya.

Duke Helios merasa gagal menjadi seorang ayah yang baik....tetapi untungnya dia masih diterima baik oleh pihak Schulz serta keluarga besar yang lainnya.Hukuman untuknya kerana lalai menjaga keamanan rakyat di wilayahnya adalah perbaiki semula wilayah,tidak membuka kotanya sehingga wilayahnya sudah membaikpulih sepenuhnya serta persyaratan yang Chloe buat tempoh hari harus ditunaikan.

Hanya itu 'bayaran balik' yang Chloe pinta untuk kerugian dipihaknya.Chloe minta begitu,kerana sangat disayangkan sekiranya pimpinan Duke Helios dicabut.Sejarah sejarah lampau mengenai Duke Helios,dia mempunyai kejayaan yang menguntungkan.

Saat ini Chloe dan Charlos dalam perjalanan pulang ke kota Schulz menaiki kereta kuda rasmi milik Schulz.

"Chloe,apa yang terjadi padamu" tanya Charlos memecahkan keheningan.Sejak tadi Chloe hanya diam dan tidak banyak cakap seperti biasa.

Charlos teringin menanyakan tentang lelaki asing yang membawa adiknya pulang tersebut.Tapi Charlos terus urungkan niat dulu untuk bertanya kerana melihat Chloe terlebih diam dari biasa agak menakutkan.

Jarang Chloe tidak bercakap banyak.Hanya bercakap sekiranya penting.Itu yang Charlos takutnya.Sebab Chloe jenis terbuka apabila dalam meluahkan masalah dengannya.Tetapi bila dah pendam masalah agak susah mulut Chloe nak utarakan masalahnya.

"Tidak terjadi apa apa....hanya sahaja memikirkan sesuatu di luar nalar manusia" jawab Chloe agak datar.

Chloe saat ini memikirkan bagaimana Noah boleh ada di dunia ini.Reinkarnasi seperti dia dan Charlos...tetapi itu tidak mungkin.Mengingat kembali Noah merupakan raja Elf,itu mengambil masa lebih 1000 tahun untuk mencapai ke tahap itu.

Memang banyak misteri tentang dunia ini..tapi Chloe meneka sahaja bahawa pengetahuannya tentang dunia ini hanya mencapai kurang 5 persen.Dan ilmu pengetahuan yang sekarang di wilayah wilayah manusia kemungkinan 3 persen sahaja.

"Hah....Chloe jangan terlalu memaksa diri tidak baik untuk kesihatan..." Pesan Charlos.

Chloe tersenyum nipis."Baiklah Arl...."

"Kau ini...sangat hodoh sekiranya masam begitu" ujar Charlos sambil mencubit pelan pipi gebu Chloe.

"Sanggup abang mengatakan adikmu yang comel ini lagikan cantik dikatakan hodoh....kalau begitu abang juga hodoh kerana kita kembar" balas Chloe dengan drama.

Charlos terus cubit pipi Chloe...."Nakalnya adik aku ni"

"Awrl...swakit" (Arl... sakit) Chloe versi chibi meronta ronta untuk dilepaskan.Dan Charlos versi chibi cubit sambil tersenyum nakal.Kemudian mengelus ngelus rambut Chloe sehingga serabai.

Chloe menggembung pipinya.Dia marah.Marah memain sebab Charlos sudah merosakkan kekemasan rambutnya.Chlor memaling wajah kerana merajuk."Alolo...merajuk pula dia...nanti aku beri kau buku racun edisi keempat yang baru terbit...mahu tak" ujar Charlos.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now