♕°KTR 95°♕

668 83 53
                                    

Seminggu kemudian,

"Hah....aku tidak tahu apa yang kau rancangkan tapi mengapa aku perlu terjebak dengan perhimpunan ini" tanya Charlos agak kesal berdiri bersebelahan Chloe.

Chloe malah menyumbatkan roti ke dalam mulut bising Charlos itu."Kau fikir ini rancanganku...sudah semestinya tidak..... daripada kau membebel baik makan sarapan yang aku beli tu" ketus Chloe agak kesal.

Siapa yang tak marah pagi pagi buta matahari baru nak terbit tetibe dipanggil untuk ke dewan.Nasib Chloe jenis bangun lebih awal untuk rutin hariannya.Menyempat lagi tercegat di aula kantin semata-mata nak isi perutnya.Kurus semangat penjaga kantin dengan kehadiran Chloe yang mengejutkan.Dapat diskaun lagi oleh kerana menjadi orang yang pertama membeli.

Tetibe bunyi kuat pengumuman untuk ke aula dewan.Sihir suara ialah sihir kelas atas juga...Nasib Chloe tak tersedak saja.Kekadang bengang juga yang buat pengumuman tersebut adalah Ericc dan juga pengetua.

Nada mereka seakan tidak bersalah memanggil kesemua pelajar tanpa ada permintaan maaf.Ada sesuatu yang mereka sembunyikan sejak kelmarin.

Kelmarin Chloe pergi bertemu Federick untuk memberi sedikit laporan dan memberitahu tentang permasalahan lebih besar daripada dugaannya.Malah ada Ericc yang rancak berbual tiba tiba berhenti dengan ketibaan Chloe.

Yang paling aneh dalam hidup Chloe,bila Ericc jadi senormal ini.Tapi dalam masa yang sama Ericc ada aura seorang pemimpin yang buat Chloe sedikit takjub.Nyeh.....bahkan Federick juga agak mencurigakan...mereka berdua ini ada merahsiakan sesuatu.

Teringat juga perbualan dia dan Federick kelmarin...

"Apa yang uncle bualkan dengan Riky-nii" tanya Chloe.Dia bahasakan Federick uncle sebab terlalu formal membuatkan dia rasa tak selesa.

"Tidak ada apa apa... hanya beberapa tugasan yang kuberikan padanya sebagai pelajar.Oleh kerana sudah beberapa kali 'berhutang' denganku" ujar Federick tersenyum campur kesal.

"Mencurigakan....tetapi aku biarkan sahaja...oh ya mengenai 'mangsa pemburuan' ku itu....apa aku dedahkan saja identiti mereka" tanya Chloe ingin mendapatkan kebenaran.

"Secepat itu anda mengetahuinya...bahkan saya sendiri tidak dapat mengenalpasti keberadaan mereka....." Federick menghela nafas berat.Meminta pertolongan daripada Grand Duchess Muda adalah pilihan yang tepat.

Dalam masa yang sama dia rasa serba salah tidak dapat menguruskan hal ini sendiri.Ditambah lagi penyakit yang ia derita membuatkan dia makin tidak keruan mencari jalan untuk memusnahkan penyusup.

"Iya....apa uncle boleh bermain catur" tanya Chloe lalu mengeluarkan set catur dari penyimpanan nya.

"Boleh juga"

Chloe menyusun satu persatu buah catur di papan catur.Semuanya terbuat daripada material kristal yang berkualiti.Ini hadiah daripada nendanya semasa ulang tahun dia dan Charlos ke 14.Biasanya saat dia mengeluarkan catur,sudah dapat dipastikan disitu Chloe menerangkan sesuatu yang serius.

"Baiklah uncle mulakan" Chloe memberi kelonggaran pada Federick menggerakkan buah catur.Buah catur Chloe kristal putih manakala Federick kristal hitam.

"Sekiranya buruan anda melangkah lebih jauh....apa anda akan lakukan" sambil menggerakkan catur.

Chloe juga menggerakkan caturnya dengan cepat."Mereka hanya sekadar boneka menari sedangkan dalang sebenar bersembunyi disebalik tirai"

Giliran Federick menggerakkan buah catur.
"Disebalik tirai? Apa benar ada yang mahu melakukan serangan ke atas akademi ini..."

"Setahuku saya tiada musuh melainkan akademi di Empayar lain yang memusuhi akademi ini..oleh kerana kami memenangi Turnamen Akademi Empayar selama lima tahun berturut turut" lanjut Federick.Tangan Chloe sentiasa menggerakkan caturnya.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now