♕°KTR 46°♡

869 101 18
                                    

Skippp

Kota Salvorte,

Kereta kuda Schulz memasuki perkarangan kota.Setelah hampir dua jam untuk tiba ke gerbang teleportasi kemudian mengambil masa 1 jam untuk ke kota Salvorte,akhirnya sampai juga.Mengambil tiga jam sahaja.

Dinaile dan Nio baik baik sahaja setelah kereta ini melepasi gerbang teleportasi tidak seperti Mikaela dan Ian sudah mual dan tak bermaya.

Untung sahaja Chloe berbaik hati memberi posyen penyembuh."Ini pertama kali....jadi nanti masa hadapan biasakan diri ya" ujar Chloe sambil tergelak kecil.

Bukan apa,mungkin boleh jatuh harga diri mereka berdua sebagai lelaki .Yelah Dinaile perempuan dan Nio kanak kanak lelaki elok ada je.Tapi Mikaela dan Ian......tak tahu lah nak cakap apa.

Dinaile dan Nio melihat ke arah luar jendela sambil mata bersinar sinar...Kota Salvorte sangat indah seperti khabar angin.Sementara Mikaela dan Ian tidak bersemangat sebab masih ada sedikit rasa mual.

"Oh ya,Cik rumah kakak sepupu cik dimana" tanya Dinaile.Sejak tadi kereta ini belum berhenti."Ha dah sampai pun" ujar Chloe...membuatkan Dinaile dan Nio ternganga dan terbeliak.Kereta mereka duduki melintasi jambatan.

Sebuah istana megah benar benar berada di tepat hadapan mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebuah istana megah benar benar berada di tepat hadapan mereka.Kereta kuda berhenti di perkarangan istana.

"Hah apa sudah sampai" tanya Mikaela yang masih blur dan terbeliak apabila melihat ke arah luar jendela.Lalu gosok kedua belah mata seperti tidak percaya apa yang dilihatnya.Ian turut melihat keluar jendela.Juga seakan tidak percaya.

Chloe tertawa kecil namun dia keluar terlebih dahulu setelah pintunya dibuka."Kalian mahu duduk disini sampai petang ke...cepat keluar" kata Chloe.

Mereka berempat terburu-buru keluar.Masih terkagum melihat kemegahan istana ini.Sementara Chloe ketawa kecil melihat mereka begitu.

"Salam Grand Duchess Muda....Tuan Puteri sedang menunggu anda di rumah kaca" ujar seorang pelayan perempuan menghampiri mereka.

"Benarkah....kakak pasti menunggu ku" kata Chloe dengan bersemangat.Pelayan itu hanya menggangguk."Kalian jom ikuti aku" ajak Chloe.Oleh kerana mereka masih terpinga pinga mereka hanya menurut sahaja."Tunjukkan jalan" kata Chloe dengan sopan pada pelayan tersebut.

Macam tak percaya sahaja mereka memasuki istana Empayar.Pertama kali menjejakkan kaki di Kota Salvorte dan pertama kali menjejakkan kaki di istana Empayar.

Mereka berjalan di koridor...sesekali Chloe disapa ramah oleh pelayan.Pelayan perempuan tadi hanya diam dan fokus menunjuk arah ke tempat yang diarahkan oleh Alexia.

"Jadi maknanya kakak yang Cik Chloe maksudkan" belum sempat Ian menghabiskan kata-katanya malah dipotong oleh Chloe.

"Oh aku belum beritahu ya....kakak sepupuku adalah seorang puteri Empayar....." jawab Chloe dengan selamba.
Membuatkan mereka ternganga....bermakna status keluarga Schulz bukanlah biasa biasa.Malah kerabat empayar.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now