✧°KTR 156°✧

349 39 2
                                    

Beberapa minit kemudian

Waktunya berjalan-jalan dengan Chloe.

Chloe memakai gaun sederhana berwarna kelabu polos.Berserta dengan jaket yang sesuai dengan warna gaun.

Charlos turut memakai pakaian yang sepadan dengan Chloe meskipun pakaiannya terlihat santai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Charlos turut memakai pakaian yang sepadan dengan Chloe meskipun pakaiannya terlihat santai.Dan tidak lupa menyamar.

"Pak cik Cale.... sediakan kereta kuda biasa sahaja" kata Charlos pada Cale.

"Maaf? " Cale nampaknya sedikit terkejut kerana tuan mudanya minta kereta kuda. Biasanya kalau hendak keluar pasti dia diberitahu terlebih dahulu.Terlebih lagi kenapa sampai menyamar.

Seluruh pelayan di Schulz ini tahu mengenai 'identiti' pasangan kembar ini.Tentunya keluarga empayar ketahuinya.Tetapi Arthur menyarankan untuk rahsia ini tidak sampai ke telinga mana mana pihak.

Mereka harus tutup mulut dan berperilaku normal seperti biasa.Bukannya tidak biasa layani 'monster' Schulz.

"Aku dan abang mahu jalan jalan sebentar...." celah Chloe.

Cale pun terus faham."Baiklah Cik.tuan...saya akan siapkan kereta kudanya...apakah anda perlu pengawal?" Tanya Cale.

"Hmm dua pun cukup menjadi penjaga kami" buat apa banyak banyak.Chloe dan Charlos sendiri sudah kuat. Cale terus pergi untuk memenuhi permintaan Chloe.

"Mengapa perlu pengawal? Bukannya kita sudah kuat" tanya Charlos dengan hairan.

"Lalu siapa mahu menjadi pemandu? Dan lagi kau ingin mencolok di tengah tengah kota?" 

"Ha yelah tuan puteri kecilku....abang mu ini tidak mahu mencolok dan tidak mahu jadi pemandu" jawab Charlos sambil buat buat bungkuk separa.Chloe tertawa kecil.

Selang beberapa minit,Cale mengatakan kereta kuda untuk mereka berdua telah siap.Dua pengawal menjadi pemandunya.Tentunya Chloe mengenali mereka berdua yang selalu melatih Ian dan Nio seni pedang.

Saat di dalam kereta kuda,

"Kita mahu kemana dahulu?" tanya Charlos menatap Chloe yang duduk dihadapan nya.

"Kedai roti....." jawab Chloe.

"Kau mahu roti? Padahal di dapur kan banyak" Charlos hairan dengan Chloe.

"Hehehe....aku ingin pesan sesuatu disana...sehabis itu kita akan ke suatu tempat" kata Chloe dengan senyuman manis.

Akhirnya kereta kuda tiba di perkarangan kota Schulz.Chloe suruh dua pengawal itu berhenti.

"Kalian berehat dahulu....kami mungkin lama..." Chloe memberikan sekantong emas pada dua pengawal itu.

"Eh apa ni cik....kami memang melakukan tugas kami..." Mereka berdua menolak kantong tersebut.

"Kami lama disini tahu....ambil jelah" tambah si Charlos yang menyokong adiknya.

Mahu tidak mahu mereka berdua terpaksa menerimanya.Chloe tersenyum dan terus menarik lengan abangnya untuk berjalan-jalan.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now