♕°KTR 70°♕

819 94 19
                                    

Dalam masa yang sama di kediaman Schulz,

"Aahhhh....bila Chloe pulang " jerit Ericc yang boleh didengari satu kediaman.Cale dibuat pening dengan perangai Ericc ni.

Ericc berjalan di koridor dengan wajah kesal.Sambil menghentak hentakkan kaki kerana tidak berpuas hati.Dia ditinggalkan di kediaman ini.Edward dan Arthur pergi tanpa memberi tahu padanya.Dia mendapat tahu dari Cale yang bahawa masa tu keadaan darurat menimpa Chloe.Ericc juga risau tapi tulah dia kena tinggal.

Sejak dia ditinggalkan hampir seminggu di kediaman ini,para pelayan jadi kesusahan melayani tuan muda mereka yang satu ni.Macam macam kerenah Ericc buat.

Ericc berjalan ke halaman.Dia sangat bosan terperap dalam biliknya.Dalam masa yang sama sangat kesal dengan papa dan Edward seakan bersenang senang berjumpa dengan Chloe.Bila entah nak pulang.

Dia ke ara arena latihan peribadi Chloe.Dan ia melihat orang orang yang dibawa oleh Chloe sedang berlatih giat.Sejak dua menjak ni Ericc selalu melihat latihan mereka dari jauh.Yelah sedang bosan nak buat apa lagi.Minggu depan sekali lagi baru,dia akan bersekolah kembali.

Oleh kerana tidak tahan melayani perasaan kebosanannya,dia berjalan ke arah mereka perlahan lahan.Mungkin sedikit keseronokan boleh menghilang kebosanannya.

"Hei ....apa kata kalian lawan denganku" ujar Ericc pada Mikaela dan juga Ian.Mereka berdua agak terkejut dengan kedatangan Ericc secara tiba tiba menyapa mereka.Rupa paras Ericc hampir sama dengan Chloe.Jadi mereka meneka ini abang kedua Chloe.

"Salam hormat tuan Muda Ericc" ujar Mikaela dan Ian secara serentak dengan nada sopan.Mereka telah belajar serba sedikit tatakrama jadi mereka perlu praktikkan.

Sementara Dinaile dan Nio sedang belajar sihir di menara penyihir.Oleh kerana giliran mereka untuk kesana jadi Mikaela dan Ian berlatih skill pedang mereka.

"Iy ya....kalian santai sahaja ...sama seperti adikku aku juga tidak terlalu menyukai formal ni.Jadi boleh tak menghiburkan ku" ujar Ericc sambil tersenyum menyeringai.

Gulp...mereka berdua menelan ludah.Mereka mendengar khabar angin yang Ericc semacam gangster di akademi bahkan tidak ragu seorang diri melawan dengan orang yang berkelompok.

Patutlah selalu kena gantung sekolah😑...memang jenis ni suka cari pasal.

"Baiklah kerana kalian berdiam diri... maka aku akan mulakan serangan terlebih dahulu" Ericc terus mengeluarkan pedangnya lalu menyerang mereka.Sudah pasti mereka tidak ingin kalah jua.

Di tempat Chloe,

Setelah bersarapan,Chloe ingin mengambil angin di luar.Pada mulanya Arthur tak benarkan namun Charlos mengatakan dia akan menemani Chloe jalan jalan.Itu membuatkan hati Arthur sedikit lega.Arthur dan Edward perlu menguruskan beberapa hal lagi jadi mungkin mereka akan sibuk.

Chloe dan Charlos berjalan beriringan di luar.Udara pagi sememangnya menyegarkan.

"Chloe jangan memaksa diri mu " ujar Charlos membuatkan Chloe terkejut sikit.Charlos mendesah sambil melirik ke arah Chloe.

"Jangan lupa aku juga ni pelajar kedoktoran....tekanan nafas dan nadimu berdetak perlahan.Kau pening kepala bukan" teka Charlos.

'Bagaimana aku boleh lupa....abang adalah monster jenius dalam kedoktoran.' batin Chloe sambil menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.

"Mengapa diam...bermakna aku betul.Kalau begitu jom kembali ke penginapan" ujar Charlos untuk berbalik kembali ke penginapan,namun Chloe menarik lengan baju Charlos sambil menggeleng kecil.

"A-aku tak mahu kau risau....biarkan aku jalan jalan di luar ambil udara segar" ujar Chloe.Charlos mendesah kecil..

"Hanya sejam sahaja berada di luar...kalau rasa tak oke kita kembali ya" putus Charlos.Chloe tersenyum senang.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now