♕°KTR 87°♕

672 90 6
                                    

Sementara di tempat lain,

Ada dua orang memakai jubah misteri baru selesaikan pembasmian monster.Mereka sekarang berada di perbatasan wilayah Empayar Mawlence yang sekarang lebih dikenali sebagai Empayar Rilance(ianya ditukar oleh kerana sebab tertentu)

"Sudah habis ya...kukira mereka masih banyak" ujar salah satu dengan senyuman seringai.Suaranya seperti seorang gadis.

"Sebaiknya kau melakukan kerja dengan benar...." ujar seorang lagi yang berjubah bersuara garau.Nadanya juga sangat dingin.

"Kau ini memang langsung tidak boleh diajak bicara...aku ini bosan tahu" ujar gadis.Dia adalah Dark Elf,Uma.Lelaki di sebelahnya pula Earste,seorang Demi-Beast.

Mereka berdua sejak awal sudah ditugaskan memantau pergerakan empayar ini dan misi lainnya.

"..." tiada apa apa balasan daripada Earste.

'kenapa ya aku menyesal bekerja dengan demi-beast seperti dia...aku lebih rela bekerja dengan Leo meskipun menjengkelkan' batin Uma.Nak menyesal tiada gunanya.Sebab jarak Empayar Salvorte sudah berbatu batu jauh daripada perbatasan ini.

Mahu mengguna kan teleport itu akan memakan mana yang banyak.Kerana Chloe berpesan menghematkan energi mana dan lakukan senaman 'berjalan' untuk tingkatkan stamina mereka.Agak kejam tapi ada kebaikan sebaliknya.

Dan sampai detik ini mereka berdua berjalan daripada kediaman Schulz sehingga tiba disini.Ada sekali sekala mereka berehat sebentar untuk makan dan juga tidur.Namun oleh kerana tiba-tiba diserang sekelompok monster terpaksalah mereka membasmi.

Imbas kembali,

Uma dulu seorang gadis dark elf yang normal tinggal di sebuah desa.Namun kerana semua elf di desanya mengatakan dia adalah pembawa kutukan,dia dihalau daripada desa.Dia pada mulanya gadis naif jadi dia ikut manusia yang bermulut manis.

Dia fikir hidup dia akan bahagia,tapi malah mimpi ngeri.Dark Elf seperti dirinya diperlakukan seakan dia tiada maruah dan harga diri.Apabila bangsawan manusia itu sudah bosan dengannya kemudian menjualnya dengan bangsawan lainnya.Kali kedua dia masih terfikir untuk hidup dengan baik.

Lain pula jadinya,dia dijadikan buruh tentera.Dia bagaikan disuruh mati katak.Untungnya dia tidak mati dan dengan semua ilmu pedang yang ia pelajari,dia dapatlah juga bertahan hidup .Dia ingat bangsawan tersebut sangat baik kerana mempekerjakan .

Baginya sudah cukup.Namun saat tuannya bosan,dia disiksa seperti bangsawan yang pertama kali ia kenali.Kemudian ekonomi bangsawan itu tiba tiba merosot lalu menjual di pelelangan budak.Oleh kerana elf/dark elf mempunyai kemampuan menembak dengan tepat,maka dirinya diperebutkan dengan harga yang tinggi.

Dari situ,dia makin membenci pada manusia.Baginya manusia hanyalah makhluk serakah.Uma hampir tertawa dengan takdirnya yang tidak adil semasa itu.Dan hampir pasrah siapa pun tuannya.Semuanya sama.

Namun apabila ada orang yang membelinya dengan harga lebih tinggi semuanya terdiam dan mata Uma tertuju pada gadis belasan tahu memakai topeng separuh senyum seringai.Gadis itu juga memakai mantel jadi tidak terlalu terlihat sangat.

Malah yang mengejutkan gadis itu turun daripada tempat vip nya lalu ke arah tempat Uma disangkarkan.Tiba tiba jeritan demi jeritan di pelelangan bahkan juruacara juga telah terpenggal.Itu adalah perbuatan gadis itu meskipun tidak beranjak.Uma melihat dengan jelas.

Bagai duri duri hitam menjalar keluar daripada bayangan gadis itu.Duri duri tersebut yang penggal semuanya di acara lelangan ini.Dan menampakkan rambut putih terurai dan juga mata merah menyala walaupun memakai topeng.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now