Wajah Charlos makin datar...."Mengapa ada serangga mengacau...." gumamnya tapi Chloe dapat dengar.Chloe yang bersemangat tadi kenapa Charlos yang murungnya.Hairan.
Setelah beratur dengan teratur mengikut kelas,laluan tengah dikosongkan sepertinya memang ada tetamu istimewa.Siap ada karpet merah ni.Bangsawan pentingkah yang menjadi tetamu hari ini.
"KETIBAAAN YANG MULIA PUTERI SALVORTE DAN YANG MULIA PUTERA SALVORTE" suara itu bergema dalam dewan itu.Semua pelajar memandang ke arah pintu masuk.
"Oh ini kejutan pengetua...eh hah aa-aku tidak salah dengarkan" kata Chloe baru mencerna suara gema tu.Blur dia sampai kelangit.
Manakala si Charlos ternganga.Benci betul kalau insting nya terlalu benar.Mikaela tolong menutupkan mulut Charlos yang ternganga luas nanti kang masuk lalat sebesar lembu sementara Dinaile mengiyakan bahwa pendengaran Chloe masih elok lagi.
Sebab mereka berdua sudah tahu yang Alexia berada disini hanya akan membuat identiti palsu mereka terancam.Kejutan yang tak terduga muncul.
Alexia dan Alvino berjalan dengan anggun dan aura kepimpinan.Mereka berdua sama sama goodlooking dan elegan.Disusuli Ericc dan pengetua.
"Wah tuan puteri datang lagi...adakah ini mimpi"
"Ini kali kelima tuan puteri datang kesini"
"Yang Mulia Puteri sungguh ramah dengan pelajar akademi"
"Tapi lihat itu....Tuan Putera tampan dan berkarisma seperti biasa"
"Andai sahaja tuan putera memandang ku"
Bisikan demi bisikan yang dapat didengari oleh Chloe.Seriuslah mereka semua terpesona.Belum tahu lagi perangai kedua beradik itu.Dan Chloe tertanya-tanya sejak bila Alvino dan Alexia menjadi adik kakak yang sangat akur.Bukan ke.....nevermind.
"Vivy mengapa Tuan puteri datang kesini" tanya Chloe mencuit bahu Vivy yang turut terpesona dengan ketampanan Alvino.Dia juga berdiri tidak jauh dari kelompok Chloe.
"Oh apa awak tidak tahu??"
'Lah kalau aku tahu aku takkan bertanya.....' batin Chloe.Chloe menggeleng sambil tersenyum kesal.
"Sekarang hampir musim luruh....setiap kali hampir musin luruh...tuan puteri Alexia akan kesini sebagai alumni akademi.Begitu juga tuan putera Alvino tetapi ini tuan putera Alvino baru kesini dua kali....dan juga tuan puteri Alexia akan tinggal di akademi selama tiga hari untuk meluangkan masa nya bersama pelajar-pelajar junior." terang Vivy.
"Memangnya Tuan puteri tiada pekerjaan.... pengangguran" celah Charlos.
"Hei kalau tuan puteri mendengarnya kecil hatinya" ujar Vivy.Charlos dan Chloe menatap satu sama lain.Sah Alexia sedang tiada kerja setiap kali hampir musim luruh.
'Chloe.....aku halusinasi kan ....' tanya Charlos melalui telepati.
'Dunia realiti,Arl....dunia realiti' jawab Chloe.
YOU ARE READING
Killer Twins Reincarnation???[END]
FantasyLily dan Lyle pasangan kembar tak seiras hidup di zaman moden.Mereka adalah pelajar universiti medical yang popular dengan kecantikan dan ketampanan. Tapi dimalam hari topeng sebenar mereka berdua terbuka.Dan mereka adalah KT atau Killer Twins.Pasan...