♕°KTR 111°♕

653 88 62
                                    

Chloe dan sekeluarga memasuki aula dewan dengan aura yang cukup mencekam.Keluarga Schulz selalu tiba paling lewat.Entah disengajakan atau tidak sengaja.

Tadinya bising terus senyap seperti dalam perpustakaan.Siapa juga tak mengenali Keluarga Schulz yang terkenal kebrutalan dalam membunuh dan juga militari yang cukup ketat dalam pelatihan.

Dalam masa yang sama,mereka semua takjub dengan pasangan kembar dan kedua abang Chloe.Mereka semuanya tampan dan cantik.Manakan tidaknya tidak tumpah paras rupa seperti ayah mereka yang terbilang duda tampan seisi Empayar.Ramai je mahukan Arthur dan sanggup jadi ibu kepada keempat empat anak Arthur.

Tetapi sayang,Arthur sungguh setia dengan mendiang isteri tercinta dan lebih bahagia tanpa ada orang kedua dalam keluarga nya ini.Dia lebih rela diperkatakan sombong berbanding berkhianat kesetiaan nya.

"Kalian berdua.... berseronoklah...kalian juga.Jangan biarkan puteri kecil kita ini didekati hama ~" pesan Arthur pada ketiga putera dan seorang puterinya dengan lembut.Dimata orang lain mungkin dia seperti tegas tapi dimata anak anaknya hanyalah seorang bapa penyayang dan overprotective terhadap Chloe.

"Jangan bimbang papa...kami akan jaga Chloe dengan sepenuh hati" jawab Ericc bersemangat.

"Loe harus dekat dekat dengan kami supaya tiada hama" kata pula Edward.Charlos hanya mengiyakannya.Dia tak sudi ada lelaki asing secara tiba-tiba mendekati adiknya.

'Ah sudah...papa menyuruh kita berseronok tapi kenapa aku rasa cam di kawal bodyguard tanpa rasa keseronokan...Bagaimana aku cari Vex eh maksudku pengkhianat tu' batin Chloe sengsara kerana kebebasan untuk berbuat bebas sudah diragut oleh ketiga abangnya.

Arthur tersenyum puas..."Jadi papa ke arah rakan papa... berseronok lah" ujar Arthur lalu sosoknya menghilang dalam perkumpulan bangsawan.Federick serta keluarga kecil sudah lama lesap mungkin tidak mahu ganggu mereka berempat.

"Loe ingin mahu memastikan sesuatu" Chloe baru sahaja ingin melarikan diri malah Edward dan Ericc berada kedua dua sisinya sementara Charlos di belakangnya pasrah.
"Loe pegang lengan ku" ujar Edward dan Ericc serentak.

"Biarlah kali ini Loe memegang lenganku" celah Ericc tak puas hati."Nanti kau lalai" balas Edward.Bagaikan anjing dan juga kucing ini orang.Melupakan Chloe ditengah-tengah ini maklumlah pendek.

Gara gara mereka berdua,dia jadi pusat perhatian.Sampaikan bangsawan lain turut terhibur dan iri keakraban mereka bertiga.Untung sahaja ada Charlos menariknya daripada pertengkaran mereka berdua.

"Nasib kau mengerti" helaan nafas kelegaan Chloe.Dia sudah pening dengan kedua abangnya itu suka perebutkan dirinya bagaikan barang.Dia tahu mereka hanya ingin lindungi nya tapi itu sudah kekanak kanakan.

"Aku hanya tidak mahu aku terkena tempias pertengkaran mereka" jawab Charlos dengan datar.Charlos ada dua jenis kejujuran nya.Terlalu jujur taraf menyakitkan hati dan jujur tapi ambil alasan lain supaya tidak diketahui niat sebenar.

"Cik Chloe...Tuan Charlos disini rupanya anda" tegur satu suara.Gadis tersebut memakai gaun cukup elegant dengan tampang polosnya.

'Bingo' batin Chloe.Terus memasang senyuman dibaut buat gembira bertemu.Chloe kan drama queen jadi tiada siapa boleh camkan sama ada ia sedang pura pura atau tidak kecuali Charlos.

"Miera....aku gembira bertemu denganmu....Sungguh.." ujar Chloe nada gembira.Miera membalas dengan senyuman kecil yang cukup menawan.

"Saya turut gembira dapat berjumpa Cik Chloe..." jawab Miera agak malu malu.Kemudian melirik ke arah Charlos dengan tatapan menggoda.Dan Charlos acuh tak acuh.

"Kau datang dengan siapa?" tanya Chloe.Walaupun dia tahu Miera datang dengan seorang pelayan perempuan disamping nya.Duke Helios masih terbaring kaku di katil.Itulah yang dilaporkan oleh Earste kelmarin.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now