♕°KTR 90°♕

692 105 22
                                    

"Kiraan 3...2...1..MULA"

Chloe langsung tak bergerak terlebih dahulu.Felix merasa ada yang aneh."kenapa kau tidak bergerak terlebih dahulu" tanya Felix dengan kehairanan.

"Apa kata senpai serang dulu...saya rasa seperti tidak adil kalau senpai memberi kelonggaran besar kepada saya" jawab Chloe dengan polos.

Felix tersenyum lebar..."Baiklah kalau itu maumu....aku akan mulakan serangan terlebih dahulu" sambil berlari ke arah Chloe mengacungkan pedang kayu ke arah pertahanan Chloe yang terbuka lebar.Yang dah pergi termakan umpan tu kenapa....

Tangan Chloe lebih tangkas menangkis pedang Felix sambil tersenyum.Chloe turut menyerang balik hanya dengan kaki membuatkan Felix termundur beberapa meter.Untung Felix dengan cepat menahan serangan Chloe supaya badannya tak terpelanting keluar arena.Felix terkesima sekejap.

Tendangan Chloe bukan sahaja kuat malah itu seperti nya masih menahan diri.Sudah pasti tendangan Chloe membuatkan semuanya tercengang.

"Ayuhlah senpai.....jangan kata ini tamat serta merta...saya belum menyerang lagi...apa ini sahaja kemampuan senpai" kata Chloe yang masih mengekalkan senyuman.

Felix berdecih lalu maju kerana kesal dengan provokan Chloe.Chloe tersenyum meleret.Ikan termakan umpan.Dia terus menyerang Chloe kerana merasa terhina.

Chloe senang sahaja menghindari satu persatu serangan Felix tanpa kesusahan."Kenapa kau hindari serangan aku hah" marah Felix.

"Mahu bagaimana lagi....kalau saya tidak mengelak nanti saya yang cedera..." jawab Chloe dengan santai.Sambil tu menahan serangan Felix dengan pedang kayunya.

Masa ni memang mereka berdua melawan kecepatan sehingga orang lain tidak nampak apa yang terjadi.

Chloe menguap...'Makin lama makin bosan juga...tanpa muzik aku rasa bosannn' batin Chloe.Dia melihat raut wajah Felix boleh diteka.Sebagai orang yang berdarah kesatria,Felix sudah pasti merasa terhina kerana melawan 'rakyat' sahaja sudah berasa payah.

'Apa aku perlu tamatkan sahaja' batin Chloe.Mood dia tiba tiba ingin mencincang tapi masalahnya mana boleh membunuh orang.Tak fasal fasal caption khabar angin dia... Seorang gadis polos membunuh putera bongsu Lawrence

Lain macam pulak nanti....btw dia kan sudah berjanji pada ayahnya dia takkan buat masalah di akademi seperti Ericc kecuali darurat pukul ja...Sebagai anak yang baik dan mendengar kata ini salah satu keadaan darurat juga.

Chloe mundur beberapa meter supaya Felix kehairanan melihat nya membuat pergerakan secara tiba tiba.Dia malah tersenyum menyeringai.Dengan suku kecepatan Chloe,Chloe muncul di belakang Felix .

Celah terbuka lebar dibelakang jadi Chloe terus menyepak kaki Felix sehinggalah Felix tersembam ke tanah.Tanpa rasa bersalah Chloe mengacungkan pedang kayu di atas kepala Felix sambil tertawa menjengkelkan.

"Jadi bagaimana rasanya kalah daripada pelajar yang tidak tahu asalnya" provok Chloe sambil tersenyum manis.Dia bingkas berdiri lalu perlahan lahan berjalan ke arah semua yang menonton mereka.Semuanya ternganga bahkan Ilijah sendiri turut terkesima.

"Ilijah-senpai... bukankah senpai harus umumkan siapa pemenangnya" tanya Chloe.

"Pemenangnya adalah-"

"A-aku bbelum k-kalah lagi" ujar Felix perlahan-lahan bangun dengan menopangkan pedang kayu.

"Baik baik ..... pertarungan duel sudah tamat ya" jerit satu suara berjalan diantara pelajar.

Ericc dan Hendrix rupanya.Mereka berdua sudah tonton daritadi.Hendrix masih terkejut apabila Ericc mengatakan Chloe masih menahan diri.Dan lebih mengejutkan Ericc mengatakan,Chloe sekarang dalam mood nak membunuh kerana jelas terlihat Chloe ingin potong Felix menjadi dua mulai dari kepala(yang ketuk di kepala Felix).

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now