♕°KTR 134°♕

582 68 5
                                    

Di Guild Tentera Bayaran,

Seorang lelaki berambut coklat masuk ke dalam guild."Zack..." suara garau memanggil dari jauh.Lelaki tersebut ke arah orang yang memanggilnya.

"Apa kau mahu menyertai penaklukan istana vampire huh?" tanya lelaki paruh baya.Nampak je tua tapi kemampuan mengangkat kapak sebesar batu 2 meter di belakangnya itu tidak boleh diremehkan.

"Ya...kudengar ada hadiah menguntungkan....jadi aku bergegas kesini" jawab lelaki yang dikenali sebagai Zack.Lebih tepatnya adalah Ericc.

"Hahahaha.....bagus bagus...bahkan tentera bayaran Kelas S turut terliur dengan ganjaran yang lumayan" celah seseorang yang tidak jauh dari mereka.Dia ini Master Guild ini.Wajahnya memang terlihat seperti muda namun dia sudah berumur 40 an.

Ericc identiti lain iaitu Zack.Zack ini terkenal dengan topeng yang menutupi setengah wajahnya.Orangnya terlalu misterius dan ramah.Menjadi Tentera bayaran kelas S diusia muda.Bagi Master guild dan orang orangnya tiada siapa tahu identiti sebenarnya.Bahkan tiada siapa tahu Zack berasal dari mana,ada keluarga mahupun tinggal dimana.

"Sudah tentu Master Peter...sudah lama kita tidak berpergian menjalankan misi bersama" jawab Ericc.

"Benar juga....Kali terakhir beberapa tahun lepas....Kau ini beberapa bulan terakhir juga tidak pernah menjejakkan kaki kesini" Peter mampu mendesah perlahan seakan kecewa.

"Aku banyak kerjaan jadi maaf..."

"Sudah sudah lah Peter...Lagipula Zack sudah ada disini...kau ini terlalu bersemangat" celah Lelaki tua lalu meneguk segelas bir.

"Bukannya kau yang terlihat bersemangat James..."

"Hahahahaha....memangnya aku ini tidak boleh berdarah muda...Sudah lama aku tidak menghayunkan kapak ku dengan kekuatan penuh..." jawab lelaki tua itu bernama James.

'Mereka berdua ini....orang tua yang hanya menyukai kesenangan untuk membunuh" batin Ericc.

"Hmm,Master Peter...ramai juga yang datang ke guild" Ericc melihat sekeliling penuh dengan orang bersenjata.Ada yang familiar dan ada wajah baru.Mereka sepertinya sedang berbual sesama sendiri.

'Diantara mereka merupakan Penyihir kelas 6 dan 7....Apa Chloe minta bantuan gurunya' Ericc merasai aura penyihir kuat di celah celah orang ramai.

"Mahubagaimana lagi.....mereka berlumba lumba mendapat gelaran penakluk istana vampire...tahu sahaja lah, penaklukan kali ini dibawah cop mohor Empayar...Sesiapa sahaja dapat menakluki istana tersebut akan diberi semua harta milik vampire kecuali artefak" jawab Peter.

"Oh...bila kita akan berangkat" tanya Ericc.

"Apabila matahari terbenam nanti" jawab James.

Ericc ber'oh' sahaja.Matanya sedang memerhatikan sekeliling.Dia sebenarnya mencari seseorang.Lalu Ericc ternampak seseorang berkerudung hitam membuat isyarat Schulz.

Ericc terus meninggalkan kedua orang tersebut."Peter...aku tertanya tanya siapa yang meminta untuk menakluk istana vampire itu" tanya James sambil menatap bir dalam gelasnya.Ini gelas ke 5 ia minum.

"Aku tidak dapat info mengenai hal tersebut....Bos besar tidak beritahu mengenai pelanggan kita...tetapi yang pasti orang tersebut pasti penting sampai boleh mendapatkan cop mohor Empayar " jawab Peter.

"Oh ya...Bos Besar sudah bertunangan dengan puteri empayar bukan .... Sepatutnya kita perlu raikan" ujar James yang telah mabuk.

"Kau jangan mabuk ....matahari hampir terbenam ...dan lagi Bos besar tidak menyukai kehebohan..Kita boleh dihukum" jawab Peter.Namun James sudah tertidur dalam keadaan mabuk.Peter menghela nafas berat dengan kelakuan James.Dah tua tua buat hal.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now