♕°KTR 89°♕

627 93 24
                                    

Di petang hari,

Ericc seperti biasa makan yang ia beli senyap senyap daripada kota Salvorte.Membawa masuk makanan daripada luar adalah tindakan ilegal tapi nyeh....dia ketua Penyihir senior..siapa juga berani nak tegur dia....Ericc menikmati makanan ilegal di bilik dengan tenang.

Tanpa dia sedar di belakang nya ada seorang ketua Pelajar yang sedang tersenyum kecil dengan aura yang agak tidak bersahabat.Sejak tadi melihat 'sahabatnya' sangat senang dan langsung tidak sedar kehadiran dia ini.

3
2
1

BUSH BUSH BUSH....beberapa minit setelah melampiaskan kemarahan pada Ericc.

(Nis tak tahu kenapa tapi ramai betul berdendam dengan Ericc ni)

Hendrix dengan wajah kesal bersila di hadapan Ericc yang sudah berbenjol benjolan itu.Tapi Ericc masih menikmati makanannya tanpa ragu.

"Seharusnya kau sebagai senior harus memperlihatkan teladan yang baik...tapi" Hendrix tak sanggup nak lanjutkan sebab terlalu kesal dengan wajah Ericc tak bersalah tu.Bagaimana si Ericc ini boleh jadi Ketua Penyihir Senior sekaligus rakan sebiliknya.

"Jangan bimbang....aku sudah melihat sekeliling tiada orang jadi aman sahaja" jawab Ericc dengan wajah polos.

Hendrix nak marah tapi dia merasakan ada sesuatu dia lupakan...Apa dia eh...Dia mulai berfikir.

Ericc meletakkan makanannya..."Kau ada apa apa nak beritahu aku kah...Tidak biasa kau kembali ke bilik di jam segini" ujar Ericc menatap kehairanan ke arah sahabat baiknya.Dia memang selalu ponteng kelas tapi dia belajar dan fahami serta menghafal jadual nya dan Hendrix.

Hendrix baru teringat...beberapa minit yang lalu...semasa dia hendak ke arena untuk mengecek seperti biasa,yang ia lihat kerumunan pelajar berada disana.Hendrix rasa tiada yang melaporkan tentang penggunaan arena.

Oleh kerana ingin tahu rupanya ada duel.Yang paling mengejutkan lawannya adalah tahun seangkatan nya dan juga Chloe.Hendrix tidak boleh urus perkara duel ini kerana dia bukan dalam bidang ini.Hanya Ericc yang mampu urus dan tangani kerana stamina dan sihirnya tergolong kuat juga diantara semua pelajar.

"Aku baru ingat....rakan sekelas kita yang tunangan Cik Griselda...siapa namanya"

"Orang yang menjengkelkan ngaku ngaku rival ku itu kah...Tidak silap ku Felix Lawrence kan "

"Ahaa...itu dia..."

"Kenapa dengan dia" tanya Ericc yang masih mengunyah dengan lahap.

"Dia duel dengan adik mu,Chloe"

Ericc terus tersedak...Uhuk uhuk uhuk....Nasiblah Hendrix perihatin akan sahabatnya yang malang itu.Dia menghulurkan segelas air kosong.

Setelah minum dengan gelojoh...Ericc terus mengelap mulutnya."Serius lah kau" tanya Ericc sekali lagi.Hendrix menggangguk bersungguh sungguh.

"Pfff....hahahahahahahaha..." malah Ericc ketawa terbahak-bahak.

"Oi ini benda serius"

"Hadeh....biarkan sahaja... tidak perlu bimbang " ujar Ericc masih hampir tertawa.Benar benar lawak baginya.

"A-apa kau tidak bimbang pada adik perempuan kesayangan kau....dia juga permata keluarga mu bukan" tanya Hendrix mendapat kepastian.Biasanya Ericc bercerita memang Chloe anak kesayangan keluarga bahkan keluarga Empayar juga rapat dengannya.

"Aku tidak terlalu bimbang akan dia hanya kerana duel......dia puteri kecil yang paling berbahaya di dalam keluarga kami" ujar Ericc sambil tersengih beruk.Hendrix belum memahaminya.Otaknya tengah loading.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now