♕°KTR 135°♕

495 65 2
                                    

"Manusia yang penuh percaya diri memasuki kediamanku sungguh menarik" bisik satu suara di telinga Chloe.

Chloe apa lagi mengeluarkan dua kunai dengan tangkas melalui lengannya lalu serang ke belakang lalu mundur dari sang penyerang.Dia menatap tajam pada sang penyerang.

Sudah dapat dipastikan itu merupakan Demon King Lust.Wajahnya memang tampan dan mempunyai tanduk yang megah.Pakaiannya santai menampakkan sixpack.

Tetapi yang anehnya,Chloe langsung tidak mimisan seperti kebiasaannya melihat lelaki cantik.Mungkin demon kot atau sebab lain ni.Lari pulak dari topik sebenar.

"Akhir akhir ini ada beberapa serangga memerhati persekitaran kediamanku...aku hanya biarkan...Dan kau datang pada waktu serangga telah pergi... kebetulan ataupun dirancang " ujar Lust seakan menyedari itu perbuatan Chloe.

"Oho...kau ini pintar juga...kukira kau akan terburu-buru seperti Envy" Chloe tersenyum senget disebalik topengnya.Menarik.Boleh dah jadi teman sekepala dalam kelicikan.Tapi sayang dia adalah lawan.

"Hmm...kau membunuh Envy? "

'Nampaknya aku terlalu banyak bicara santai dengannya...apa aku harus pinta bantuan...tidak tidak... seharusnya aku perlu menguruskan nya agar rancangan sedia ada tidak kacau' batin Chloe.Chloe hanya diam.

"Tidak menjawab....baiklah...tetapi aku kesal juga seekor serangga MENCEROBOHI kediaman ku dengan sombongnya datang bersendirian" Lust terus mengangkat tangan nya.Sebuah bilah transparan hitam muncul dari atas lalu melesat laju ke arah Chloe.

Chloe pantas mengelak dari sisi kiri namun bilah itu memang dikawal oleh Lust.Dia melompat setiap kali bilah hampir mengenai dirinya.

Pedang berkembar miliknya terus muncul di kedua tangan mengikut kemahuan nya.Chloe cuba menangkis bilah transparan namun bilah itu juga berpecah lebih banyak berbanding senjata yang ada padanya.

Terpaksa Chloe menggunakan kekuatan mata untuk fokus pada semua bilah yang boleh menikam nya bila bila masa sahaja.Berbahaya tetapi lihat sahajalah sang maniak bertarung.Senyuman gila terukir dibibirnya.

'Aku rasa pernah bau manusia ini....Tetapi dimana ya' batin Lust.Dia cuba ingat samar samar lalu terus teringat Zieyuna yang melindungi manusia ini.Semua bilah tadis terus menghilang,Lust terus muncul dihadapan Chloe.

Chloe dengan reflek mengarah pedang ke arah Lust namun Lust tidak peduli."Hei manusia,apa kau mengenali Zieyuna" Lust tidak peduli pedang Chloe yang seinci mengenai lehernya.

"Mengapa kau tanya?" tanya Chloe kembali bernada datar.

Lust dengan wajah insanenya tersenyum menyeringai lalu memetik jari.Chloe merasakan seluruh tubuhnya kaku.

"Apa yang kau buat?" nada Chloe sangat tenang.Lust terus berjalan secara lebih dekat ke arah wajah Chloe.Dia melepaskan topeng Chloe secara paksa dan tertegun dengan wajah Chloe untuk seketika.

Lust menyentuh lembut pipi mulus Chloe.Chloe macam nak kerat je tangan demon ni.Masalahnya dia sekarang tidak boleh gerak.

"Manusia,wajahmu sangat cantik...terutama mata ruby ini.Jarang sekali manusia mempunyai mata ruby bahkan lebih menawan daripada mata merah vampire"

"Terima kasih tetapi aku tidak memerlukan pujianmu" jawab Chloe.

"Hahaha....manusia...aku ada tawaran...menikahiku.Tubuhmu yang menawan ini sungguh disayangkan sekiranya tersia sia..seluruh kekuasaan akan kuberikan padamu sekiranya kau menyetujuinya..kau juga akan bahagia bersamaku" ujar Lust wajah gila.

Chloe terkejut kerana Lust terlalu menjijikkan baginya.Dia bukan gadis murahan merayu akan kekuatan orang lain.Dia lebih rela memulakan dari bawah untuk memperkuatkan kekuatan nya.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now