♕°KTR 42°♡

935 96 32
                                    

Keesokan paginya,

Dinaile perlahan lahan membuka matanya.Bende pertama dia nampak adalah siling putih.Dia pandang ke arah kanan dan dapati Charlos sedang santai duduk di salah satu sofa sambil membaca buku.

Terus Charlos tutup buku yang ia baca."Bersiap....adikku menunggu mu di ruangan makan " ujar Charlos lalu keluar dan terus menutup pintu.Dinaile masih blur lagi ni....bangun bangun Charlos mengatakan hal yang tiba tiba.Tanpa membuang masa dia beranjak dari katil lalu menyiapkan diri.

Charlos yang sedang pegang buku yang ia baca hanya boleh menahan marah namun dia hanya mampu bersabar.'Bertuah punyer adik....suka betul ambil kesempatan keatas aku' batin Charlos.Lalu berjalan ke ruangan makan.

Yelah sejak kelmarin,Chloe menjenguk mereka setiap sejam.Membuatkan Charlos risau dengan Chloe.Saat Chloe ingin menjenguk Dinaile,Charlos mencegahnya.Then dengan senang hati Chloe menyuruhnya menjenguk Dinaile pula.Oleh kerana yang lain sudah bangun yang tinggal hanya Dinaile.

Dan end up dia terpaksa tunggu si Dinaile bangun sehingga terpaksa menyibukkan diri membaca buku kerana bosan.Mujurlah Dinaile bangun sejam setelah itu.Dan dia sudah habiskan baca 3 buah buku.Itulah orang kata,jangan buat baik sangat pada orang psycho ni nasiblah itu adiknya yang paling dia sayangi.

Dia memasuki ruangan makan lalu mengambil tempat duduknya disebelah Chloe.Kemana Arthur dan kedua abangnya menghilang?...First Arthur masih di Kota Salvorte hari ni kot balik.Second Edward ada misi mendadak membasmi monster yang berada di laluan perdagangan.Ericc pula dah kena heret oleh Pengetua Akademi kerana cuti ponteng terlalu lama sangat.

Jadi yang berkuasa sekarang ni adiknya.Dia tak kisah adiknya nak lakukan apa apa asalkan tak melibatkan nyawanya sudah.

Ruangan makan masih hening kerana Chloe dari tadi hanya fokus melihat dokumen.Sementara Charlos menikmati sarapan tanpa rasa bersalah meskipun ada orang luar melihatnya makan.

Chloe sangat anggun dan elegen apabila melihat secara jelas.Dia memakai gaun merah yang tak terlalu labuh dan tak terlalu singkat.

Gaun ni membuatkan Chloe lebih menyerlah apatah lagi rambut putihnya dijalin kemas berada di sebelah bahu kanannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gaun ni membuatkan Chloe lebih menyerlah apatah lagi rambut putihnya dijalin kemas berada di sebelah bahu kanannya.(macam lari dari topik je...so korang abaikan ye)

Ian dan Mikaela hanya menunduk ke bawah lantai untuk jaga mata mereka.Nio pula menguis nguis makanannya.

Chloe mengalih pandangan ke arah mereka."Ohh maaf.....aku terlalu khusyuk membaca laporan ini...apa kalian bosan" Chloe akui dia silap.Sebabnya dia sendiri panggil mereka kesini malah dia sendiri khusyuk membaca laporan ni.

"Tidak mengapa Cik Chloe....bolehkah saya bertanya kenapa memanggil kemari" tanya Ian.

Belum sempat lagi pintu ruangan terbuka,Dinaile baru tiba ke sana."Maaf atas keterlambatan saya" ujar Dinaile.

Chloe tak permasalahkan malah mempelawa dia duduk."Oh ya bagaimana dengan jalan jalan kelmarin" tanya Chloe membuatkan mereka berempat terpaku.Itu kerana bukan kerseronokan yang mereka dapati malah mimpi buruk mereka yang mereka kuburkan.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now