✧°KTR 159°✧

385 45 6
                                    

Keesokannya,

Pagi pagi lagi Chloe melakukan hal rutinnya. Setelah itu Chloe berjalan jalan di taman mawar.

"Hari yang cukup bosan juga"

Chloe menjeling ke arah suara tersebut lalu dia mengelus ngelus bunga mawar hitam."Kalau bosan kenapa disini,Keres" tanya Chloe.

"Saja....aku bosan tahu kalau jalan jalan seorang diri...Kalau Noir pasti sudah tidur mati bukan" ujar Keres dengan selamba.

Chloe petik bunga mawar tersebut."Lalu kau mahu jadi 'mainan' ku untuk bersenam?"

"Lilith....tangan kau terlalu gatal sangat ke sekarang ni" tanya Keres agak ragu ragu.

"Mmhm" balas Chloe dengan senyuman seringai.

"Bagaimana dengan pertemuannya nanti?" Keres mengubah topik.

"Kesan awal agak kurang ramah....tetapi aku rasa Alruna akan menguruskan secepat mungkin kerana pertemuannya akan diadakan pada hujung minggu nanti" jawab Chloe.

"Hah.....Mereka mungkin pemimpin mentah berbanding pemimpin mereka yang dahulu.....Maklumlah kita berumur lebih daripada 10 ribu tahun lamanya...." ujar Keres tanpa insuran mulut.

"Itu hanya kau....fizikal ku masih 15 tahun yang hampir memasuki umur 16 tahun" jawab Chloe dengan sinis.

"Tapi jiwa kau hampir sama dengan umurku kan...hahahaha....dari dulu sampai sekarang kau tetap pendek...itu sama" Keres sudah menempah tiket ke alam lain dah ning.

(Oke gais....kita harap Keres selamat dan masih boleh bernafas lagi ya selepas ini)

Mawar hitam yang dipegang Chloe telah menjadi beku dan meretak sehingga menjadi kepingan salju.Dia tersenyum manis yang sangat sangat menyeramkan.

"Keres~ kau tahu......tangan aku benar benar merasa gatal" Chloe mengeluarkan bebola ais dan pedang ais.

Gulp...Keres berundur setapak dua sebelum dia lari sampai tidak mencecah tanah."Maafkan akuuuu" jerit Keres.

Dia memaling ke arah belakang melihat Chloe mengejarnya dengan senyuman yang cukup membuatkan sesiapa merinding.Keres cuba terbang tetapi sayapnya tidak keluar.

"Woi mana adil guna barrier anti-sihir" teriak Keres. Chloe atau Achlys yang dulu satu satunya boleh gunakan barrier anti sihir secara instan dan dia akan gunakan kekuatan fizikal sahaja untuk 'bermain'.

"Kita kan main kejar mengejar jadi menggunakan sihir membuang energi kan" Chloe tetap gigih berlari.

Sambil melancarkan satu persatu serangan tinju pada Keres.Setiap serangan memang nyaris tepat.Tapi Keres mampu mengelak semuanya.

"Kan aku sudah minta maaffff"

"Sudah terlanjur kesal...." balas Chloe tanpa ampun.

Setiap kali tumbukan yang Chloe hampir mengenai Keres akan rasa seperti angin ribut untuk sesaat.

"NOIRRRR TOLONG AKUUU...ADIK KAU MENGGILAAA" jerit Keres.

"Siapa suruh kau kata aku pendek haa" kata Chloe dengan geram.Wajahnya kelihatan bersemangat setiap kali ingin melancarkan tumbukan.

Manakala Charlos.....

Angin sepoi sepoi bahasa meniup wajah tampan Charlos. Tidurnya sedikit terganggu jadi dia terbangun dan menggeliat seketika.

Tidur di bumbung kediaman memang terbaik.Dengan bantal dan selimut serta angin pagi memang menyegarkan.

"Ah selamat pagi dunia......" Gumam Charlos.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now