♕°KTR 57°♡

764 113 20
                                    

Perbincangan ini berlanjut sehinggakan petang.Oleh kerana semua sudah mendatangi kontrak hubungan diplomatik maka keempat empat empayar berjalan lancar buat pertemuan kali pertamanya.

"Jadi apa apa tambahan dari kalian" tanya Vince bagi mengakhiri perbincangan ini.

"Tidak ada....apa Putera Xian Feng dan Putera Arslan mahu menambah apa apa lagi" Alexia benar benar ingin kembali ke biliknya dan berehat.Ingat tak penat ke bergelumang dengan benda yang memenatkan otaknya.

Arslan menggeleng kepala."Saya juga tiada apa apa nak tambah...lagipula semua keputusan terletak pada abang saya nanti." ujar Xian Feng.

"Cik Chloe??" Arslan memandang ke arah Chloe.Membuatkan semua mata tertuju kepada Chloe.Atheia kerjanya hanya mendengar dan diam sementara mereka sedang berbincang.Dia sangat takut akan abangnya yang akan memarahinya kerana mungkin akan membuat masalah.

"Oleh kerana Putera puteri berkata demikian maka saya juga tiada lagi yang ingin disampaikan.Saya juga turut berpuas hati dengan kesepakatan ini" jawab Chloe.

"Baiklah dengan ini Aliansi Empayar Benua Vofland juga terbentuk dengan lancar" kata Vince merasmikan aliansi di antara empayar.

"Sebelum kalian semua bersurai....bonda ku mengajak kalian semua jamuan makan malam kecil kecilan bersama kami...sebagai ucapan maaf kerana tidak menyapa kalian di hari pertama kalian berada disini" ujar Vince.Bondanya ada berpesan kepadanya sebelum dia ke sini.

Dia mempunyai seorang adik lelaki muda setahun darinya dan dua adik perempuan.Mungkin adik adik perempuannya senang ada puteri lain untuk dijadikan rakan.

'Woi aku nak rehat.....putera ular ni memang cari pasal...' batin Chloe.Di luar dia macam tenang tanpa ada gangguan sahaja disebalik topeng.Tapi di dalam batin...banyak perkataan yang di error kan.Sumpah serapah yang mengarut semua keluar dalam mindanya.

"Dengan senang hati saya menerima undangan Empress Mawlence" jawab Xian Feng.

"Boleh juga...saya akan menerimanya" ujar Arslan.Mungkin ini peluang untuk berjumpa Empress Mawlence kegilaan ayahandanya semasa muda.

"Hmm....saya akan pertimbangkan undangan Empress" jawab Alexia.Dia melirik ke arah tangan Chloe yang genggam bahagian bawah meja tersebut yang berkemungkinan akan hancur.

'Tampaknya aku perlu perbaiki kembali...ini kali kesepuluh meja nya hampir hancur gara gara Chloe' batin Alexia.Dia diam diam membuat sihir percantuman kembali meja meskipun belum terang terang hancur.Semasa dalam perbincangan,apabila Chloe kesal mahupun ingin membantah dia hanya mampu genggam erat meja sehingga Alexia perasan.

Nampak sangat Chloe ini sangatlah 'penyabar' menghadapi para manusia yang menjengkelkan ini.

"Kalau tiada apa apa yang ingin disampaikan lagi,kami mengundur diri" ujar Alexia bingkas berdiri diikuti Chloe.Mereka berdua berserta Charlos pergi meninggalkan ruangan terlebih dahulu.

"Saya akan menjumpai anda di malam nanti" ujar Arslan bingkas berdiri dan diikuti Atheia serta pengikut Atheia.Mereka juga meninggalkan ruangan tersebut.

Yang tinggal hanya Xian Feng dan juga Vince.Vince melihat mereka semua benar benar pergi,dia turut menyuruh semua pengawal nya keluar.."Putera Xian Feng,anda ada bawa benda yang saya pinta" tanya Vince setelah melihat line clear.

"Ada....tapi beberapa hari lepas abang ku menjadi penghalang...jadi aku biarkannya 'tidur nyenyak' buat sementara di biliknya." jawab Xian Feng sambil tersenyum licik.

"Anda perlu ingat...ada harganya untuk benda itu" sambung Xian Feng.

"Haish jangan difikirkan setelah Alexia dan tahkta Mawlence menjadi milikku...sebahagian kekayaan Empayar Salvorte menjadi milikmu..." jawab Vince sambil tertawa kecil.

"Akan ku tunggu hasil mu putera Vince" kata Xian Feng.Mereka turut membayangkan semuanya menari anggun di telapak tangan mereka.

Tanpa mereka sedar seekor labah labah kecil di sudut ruangan yang mendengar semuanya perbualan mereka berdua.Dia terus menghilangkan diri setelah analisis semua maklumat.

Di luar,

"Apa kau mahu menerima undangan Empress " tanya Alexia pada Chloe.

Chloe menggeliat dan membetulkan urat uratnya."Secara jujurnya aku sudah malas nak ke sana...tidak boleh ke aku hanya tinggal dalam bilik mahu rehat" kata Chloe.

"Aku setuju dengan Loe" celah Charlos.Bab bab macam ni jangan harap lah dia mahu datang.Undangan dari Alexia sendiri pun dia tak pernah pergi kecuali debutante Alexia tu je.Jarang ler dia nak nampakkan diri.

"Jika itu mahu kalian,kita tidak perlulah pergi" putus Alexia..Dia faham kehendak mereka berdua.Takkan lah dia mahu pergi sorang sorang dahler si Vince tu buaya.Dengan kata kata manisnya takde selera dia nak makan.

Seekor labah labah kecil muncul secara tiba tiba di bahu kiri Chloe.Membuatkan langkahnya terhenti.

Alexia dan Charlos sudah berjalan jauh di hadapan.Charlos pelik kerana tidak mendengar bunyi tapak kaki adiknya. Jadi dia melihat adiknya tercegat,Alexia turut menoleh ke arah belakang.Dia melihat Chloe tidak bergerak.

"Chloe...ada sesuatu kah" tanya Alexia sambil jerit.

'Perangai tak serupa dengan puteri..Dah jerit pahal' batin Charlos🙂.Charlos perasan ada seekor labah labah hinggap di bahu Chloe.'Pasti ada sesuatu' mana kan tidaknya,dia lihat mata tajam Chloe seakan gembira yang teramat.

Chloe tersentak dengan panggilan Alexia.Dia terus ke arah mereka."Kak..apa kata kita terima sahaja undangan putera Vince " kata Chloe.

"Eh...tiba tiba sahaja...kata mahu rehat" Alexia menjadi hairan apabila Chloe tiba tiba mengubah fikiran.

'Pasti berhubungan dengan labah labahnya' batin Charlos.Chloe ini seorang yang tidak suka mengubah katanya kecuali ada sesuatu yang membuatkan dia tertarik.

"Hehehe...tidak jadi..mungkin nanti ada makanan yang enak untuk ku makan.Kudengar ada makanan istimewa di empayar ini jadi pasti mereka menyediakan makanan tersebut" ujar Chloe sambil tergaru kepalanya yang tidak gatal.Nasib dia boleh cari alasan bernas.

"Baiklah....oleh kerana itu mahu mu..." Alexia langsung tak mencurigai Chloe.Kerana Chloe juga sangat lahap tentang makanan apatahlagi manisan yang ia sukai.

"Oh ternyata di sini anda rupanya Cik Chloe" ujar satu sura garau di belakang Chloe.Chloe pon menoleh kebelakang rupanya Putera Arslan dan juga Puteri Atheia seperti terpaksa ikut di belakang.

"Mengapa anda mencari saya" tanya Chloe.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih dengan benar..bolehkah saya menyambut Cik Chloe" Arslan menghulur tangan.

Belum sempat berbuat apa apa,Charlos dulu maju lalu menjabat tangan Arslan tanpa rasa ragu."Perkara kecil sahaja tidak perlu susahkan diri anda " jawab Charlos dengan senyuman paksa.

Kau pikir dia nak biarkan lelaki selain keluarga nya boleh sentuh sejengkal anggota adiknya memang tak ah.Kalau Arslan ni bukan berdarah dah lama kepalanya putus dari empunya badan.

'Dah start dah....sikap overnya' batin Chloe.Dia pasrah jelah dengan anggota keluarganya yang super overprotective ni.Semasa dia hadirkan beberapa majlis bangsawan yang wajib dia hadir, dia terpaksa ditemani ketiga abangnya bagaikan dikelilingi bodyguard.Kekadang itu membuatnya rimas namun dia tidak sampai hati nak membantah juga.

Arslan terpaksa menerimanya.Dia melihat Chloe seakan tak kesah ja."Lagipula kebetulan saya lalu di tempat sana.Jadi itu sudah menjadi kewajipan saya menolong orang yang layak untuk ditolong" ujar Chloe dengan sopan.

Maknanya Atheia ni layak ditolong kerana dia seorang yang polos dan lurus.Kemungkinan dia tidak tahu menahu tentang situasi di luar istana.

"Anda siapa ya" tanya Arslan pada Charlos.Dia tak terlalu mendengar waktu percakapan Charlos kerana memfokuskan melihat Chloe.Dia terpesona meski Chloe memakai topeng.

"Aku adalah kekasihnya..." jawab Charlos dengan selamba.

Chloe terlopong manakala Alexia hampir nak tergelak mendengar pernyataan bodoh ni.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now