♕°KTR 121°♕

492 76 14
                                    


"Hai Miera...tidaklah lama sangat...aku baru sahaja menyiapkan teh hangat ini...oh ya jangn tercegat disitu sahaja..Silakan duduk" pelawa Chloe dengan ramah.

Miera terus duduk dengan anggun begitu juga Charlos.Miera tersenyum manis apabila Chloe memandang dia dengan ragu.

Chloe kemudian menghirup secawan teh dengan elegan.Dia harus menahan luapan amarahnya.Bersikap rasional dan matang,itu tidak akan buat dia dicurigai oleh musuh.

Sebelum itu dia memasang barrier yang paling kuat dan sihir ilusi pada sekeliling.Kalau barrier ini dilihat secara teliti ia membentuk sebuah kubus transparan.

"Oh ya....Chloe...saya ada sesuatu ingin diberikan.." kata Miera dengan teruja.Sejak tadi dia ada membawa kotak sederhana mempunyai sesuatu di dalamnya.Dihiasi dengan reben merah simpel agar terlihat kotak yang polos.

Miera terus berikan kotak tersebut pada Chloe.Dan Chloe menyambut dengan baik."Benarkah...." tanya Chloe dengan tenang.

Sekilas Chloe analisis isi kotak ini ada artefak yang disihirkan untuk membuat si pemakai menjadi batu dan mananya dihancurkan.Setahu Chloe artefak sebegini tiada dijual dipasaran gelap.Melainkan didapatkan oleh seseorang atau sesuatu mahkluk lebih kuat.

'Wah wah....gila amat ini perempuan jal*ng ni.....' batin Chloe agak insane.Ini yang dia sukai,hiburan lakonan yang cukup mengesankan.Hiburkan dia lagi.

Charlos memang memainkan peranan nya sebagai seseorang yang sudah dipukau cinta buta.Hanya bercakap apabila Miera suruh sahaja.Oke fineeee,Chloe akui Charlos lebih berbakat berlakon berbanding dia sendiri.

Chloe dengan tidak sabarnya membuka kotak tersebut.Ada seutas rantai berloket biru keungguan.Cantik memang cantik tetapi ini mematikan.

"Cantiknya....apa kau ingin memberinya padaku" tanya Chloe was was.

"Iya Chloe...s-saya tidak terlalu pandai memilih aksesori yang cantik untuk awak jadi saya memilih warna yang sedang popular dikalangan wanita bangsawan" terang Miera malu malu.Merendah diri dahulu sebelum memulakan langkah.

"Tidak mengapa...ini sudah sangat cantik bagiku" jawab Chloe sambil tersenyum.

"Awak pakailah...mungkin itu membuatkan awak lebih menawan " ujar Miera turut tersenyum kecil.Dia menyembunyikan senyuman gila nya.

'Lebih cepat kau pakai maka kematian yang menghampiri kau....lebih bagus' batin Miera.

"Hmm....aku akan memakainya nanti..." ujar Chloe lalu menutup kotak yang diberikan oleh Miera.Memancing emosi orang sebentar sebelum memulakan permainan sebenar.

Miera berdecih kesal dan cepat cepat tersenyum kembali."Biasanya puteri Alexia sedang buat apa sekarang....apa awak tidak mengundang nya sekali jamuan teh ini" tanya Miera.

"Mengapa kau mahu tahu jadual keseharian Puteri Alexia? " Soal Chloe kembali.Dia curiga.Miera akan lakukan perkara tabu terhadap kakak angkatnya.

Puteri tomboy tu memanglah boleh pertahankan diri sendiri.Tapi saat ini dia sedang lengah dalam urusan pentadbiran nya.Ditambah lagi ada Kayden menemani rasanya makin stress si Alexia tu.

"Sa-saya mahu berteman dengan puteri Alexia seperti Chloe.Terlihat sangat menyeronokkan" jawab Miera dengan kesungguhan palsunya.

"Kau hanya ingin memanfaatkan kakakku" gumam Chloe.

"Apa yang Chloe katakan" tanya Miera.Dia tak terlalu dengar apa yang Chloe gumamkan.

"Oho mahu berteman dengan Puteri Alexia rupanya...tetapi seekor ular tidak layak berteman dengan singa" ujar Chloe tersenyum manis.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now