✧°KTR 180°✧

390 39 0
                                    

Sementara Keres,

Dia terlihat tertidur nyenyak di atas pohon tanpa menghiraukan hari yang penting bagi rakyat Salvorte.

"Tuan"

"Tuan" sayup sayup dia mendengar suara memanggilnya namun dia mengendahkan panggilan itu.

"Tuannnn Keresss!!!!"

Keres terus membuka mata lalu terjatuh kerana terlampau terkejut. Bukannya apa tiba tiba ada seorang gadis cukup dengan wajahnya membuatkan dia salah tingkah.

Nasib tak sakit jantung sahaja.

Gadis itu terus melompat turun. "Tuan...apa anda baik baik sahaja?" tanya gadis itu dengan tatapan bimbang.

Gadis itu bernama Carmilla. Dia dan kedua dua adiknya lah yang telah diselamatkan oleh Keres tiga tahun yang lalu.

"Kau rasa? Jatuh dari pohon 4 meter....aduh" Keres bangun sambil betulkan urat pinggang nya.

Carmilla tertawa kecil. "Anda tidak menjawab panggilan saya ini....lagipula anda kan banyak nyawa" jawabnya dengan polos.

"Ya ya...Ada hal yang penting kau ingin laporkan?" tanya Keres.

"Bukankah anda sepatutnya menghadiri pesta penting di Empayar Salvorte "

Keres memandang Carmilla dengan tatapan malas."Aku sedang malas"

"Baiklah saya ingin melaporkan tentang perkembangan wilayah anda... Nampaknya dengan cadangan Grand Duchess Muda membina satu pasokan makanan buah sudah membuahkan hasil....dan para chef yang direkomendasikan olehnya juga dapat mengeluarkan pemakanan sesuai dengan selera puak vampir" lapornya dengan sekali nafas.

Dalam tiga tahun ini, Keres bertemu banyak vampire yang kehilangan arah jadi dia membawa pulang ke wilayah yang diberi oleh Chloe untuk nya melakukan sesuka hatinya.

"Hanya Chloe sahaja dipuji....tuanmu ini?" goda Keres.

Carmilla berdehem. "Sosok Grand Duchess Muda lebih bersinar berbanding anda yang hanya tahu mengarah sahaja"

"Aduh sakitnya hatiku ini..." Keres malah buat aksi kesakitan di dadanya dengan penuh drama.

"Anda jangan berlakon...itu sangat menjijikkan" ujar Carmilla yang cepat berlalu pergi.

"Jangan tinggalkan aku" Keres segera berlari mendekati Carmilla.

"Jadi kau menyukai pemandangan begini" tanya Keres apabila mereka tiba ke tebing dan terlihat sebuah pemandangan wilayah yang Keres bangunkan selama 3 tahun ini.

"Saya cukup menyukainya.....hari hari yang damai tanpa rasa takut lagi" jawab Carmilla dengan tenang. Angin berhembus lembut ke arah mereka berdua.

Ada penduduk yang melakukan aktiviti pertanian, ada yang berkerja keras menjual hasil alam dan kanak-kanak berlarian sana sini. Mereka semua vampire murni yang tidak perlu takut dengan ancaman lagi.

Sudah tentu wilayah kecil ini akan terus dilindungi oleh Keluarga Schulz atas perjanjian Chloe. Tetapi Keres mengusulkan agar perjanjian tersebut hanya berlangsung untuk lima tahun sahaja kerana tidak mahu dilindungi terlalu lama. Dia ingin bangunkan kekuatan puaknya sendiri.

Dan menganggap Keluarga Schulz sahabat yang boleh dipercayai.

Keres masihlah memerlukan bantuan Chloe untuk memajukan dari segi ekonomi, atur cara strategi wilayah, pasukan keselamatan dan pemasokan makanan yang sesuai mereka semua beradaptasi.

Chloe jugalah memberi cadangan untuk kembangkan pil darah dan beberapa manisan yang dicampurkan sedikt darah supaya mereka tidak kehausan darah.

Untung sahaja Chloe ini memikirkan semuanya secara teliti dan cermat untuknya. Kalau tidak Keres sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku jika mereka sendiri ada krisis kehausan darah.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now