✧°KTR 173°✧

298 43 0
                                    

Dalam masa yang sama,

Charlos sendiri tidak boleh berbuat apa apa sekiranya identiti Vex telah terbongkar. Dan sekarang Vex sedang berlutut dihadapan Arthur yang siap memegang pedang. Arthur dengan tatapan datar sekaligus dingin. Sepertinya bersiap untuk penggal kepala Vex.

Bukannya Charlos tidak mahu menolong tetapi.....dia malah tak dapat gerakkan diri gara gara Luca yang mengikat dirinya dengan ulat sutera. Benang benang ulat sutera tidak terlihat membahayakan nyawa nya. Tetapi silap langkah boleh bahayakan nyawa. Dia tidak tahu pula uncle Luca menyembunyikan kekuatan nya dengan perfect.

Kenapa dia kena sekali? Kerana Charlos membelanya sekejap tadi. Alhasilnya beginilah kalau dah mengapikan lagi kalau orang itu dah marah.

Nicole dihunuskan pedang oleh Alexia dan Edward bersamaan pada leher. Yang paling mengejutkan nendanya menggunakan alat anti sihir disini membuatkan mereka tidak boleh menggunakan apa apa sihir. Ngeri oi semuanya terlihat overprotective dengan Chloe.

"Memang benar aku monster.....tetapi aku benar benar mencintai Chloe" ucap Vex dengan bersungguh-sungguh. Sudah banyak kali juga dia mengulangi ayat yang sama.

Singkat cerita mata Arthur dan Alexia benar benar tajam ditambah lagi Ericc yang memprovokasi Vex terlebih dahulu membuatkan penyamaran nya terbongkar.

"Monster atau bukan.....puteriku tidak akan menikahi sesiapa...." kata Arthur.

"Art...jangan membuat keputusan melulu...tunggu Chloe" celah Brianna yang sedari santai menghirup teh.

"Tidak perlu ditunggu....aku harus mengakhiri ini dengan cepat" ujar Arthur dengan dingin. Baru sahaja pedang Arthur ingin menebas namun kunai meluncur laju ke arah pedang itu membuatkan nya terpelanting.

"Papa" Vex tersenyum nipis apabila mendengar suara gadis kecilnya membuatkan dia mendongak. Wajah Vex semerah tomato melihat penampilan Chloe.

Tidak hanya itu, bahkan keluarga nya seakan tidak percaya itu Chloe. Penampilan nya bercanggah dengan prinsipnya yang selalu memakai pakaian gelap.

Chloe terus ke arah Arthur yang terkaku. "Jangan sakitinya...bukankah dia datang secara baik...kita harus layani nya dengan baik kan?" Chloe merangkul lengan papanya agar pedang itu disimpan.

Arthur memang lemah sekiranya berhadapan dengan anak perempuannya. Dia terus menyimpan pedangnya. Brianna buat isyarat pada mereka. Akhirnya semuanya menyimpan senjata masing-masing.

Chloe menghela nafas kecil. Dia memang ingin menghukum Vex dengan sedikit tekanan keluarga nya tetapi dia tidak menjangka sampai begini sekali keadaan nya. Parah juga sampai identiti Vex terbongkar.

Mahu tidak mahu Chloe menjelaskan bagaimana dia bertemu dengan Vex. Vex turut memberi keterangan setiap kali ditanyai beberapa hal dengan jujur.

Sampai ke hal artefak itu membuatkan Arthur pula marah,namun dicegah oleh Chloe kerana artefak itu dimusnahkan walaupun sebenarnya tidak lagi.

Hampir sejam juga menjelaskan segalanya sampai Chloe haus lalu mencapai secawan teh diatas meja.

"Saya benar benar mencintai Chloe....saya akan menjaga Chloe bagaikan nyawa saya sendiri" ucap Vex bersungguh-sungguh. Sampai Chloe blushing teruk dan minum air teh dengan sopan. Entah kali keberapa si Vex mengutarakan cintanya pada Chloe.

"Kalau dilihat darimana pun....kekasih kamu ini seperti seseorang yang nenda kenal" ujar Brianna melirik ke arah Arthur hampir tersedak. Macam tahu je siapa orang itu

"Siapa pula nenda?" tanya Ericc rasa ingin tahu.

"Kamu rasa siapa? Anak gadis sulung nenda itu sangat digila gilakan oleh seorang lelaki dingin. Tanpanya dia tidak boleh melakukan kerjanya dengan benar" jawab Brianna dengan santai. Arthur berkeringat di dahinya kerana hampir semua mata memandangnya pula.

"Oh ya...Arthur dulu sangat tergila-gilakan kak Alcye....waktu dia melamar kakak, sanggup berlutut depan bonda" tambah Reese sambil tertawa jahat.

Mereka malah membahas Arthur pula sewaktu zaman mudanya dahulu.

"Kalian pergilah ambil angin sebentar....kecuali yang tidak berkaitan yang nenda katakan" Chloe tidak faham apa maksud nendanya. Nendanya tidak jelaskan dengan detail.

"Tapi-" Alexia terlebih dahulu pegang tangan Chloe agar tidak melanjutkan perkataannya.

"Chloe ayuh" ujar Alexia dengan ceria menarik Chloe keluar terlebih dahulu. Disusul Charlos dan Ericc.

"Semoga berjaya lah ye....ini fasa kedua " ujar Reese bingkas berdiri.

"Boleh tahan juga baj*ng*n yang cukup nyali ingin anak buahku" tambah Luca dengan senang hati.

"Fasa kedua?" Vex tertanya-tanya namun tiba tiba ruangan terus gelap gelita.

"Baiklah.... sekarang bukti yang kau layak untuk Chloe De'Schulz" ujar Brianna dengan senyum manis khasnya.

Gulp.....

Chloe yang ditarik oleh Alexia hanya boleh pasrah sahaja. "Apa keputusan ku salah? Apa mereka akan marah denganku?" tanya Chloe membuatkan langkah Alexia terhenti.

"Hei...semua keputusan tidak perlu terletak pada orang lain...Chloe yang aku kenal tidak akan ragu membuat keputusan....jika lelaki itu membuatkan kau bahagia teruskan sahaja" Alexia memberi semangat pada adik kesayangannya.

"Ditambah lagi....kau anak emas keluarga...mana mungkin mereka ingin marah denganmu" tambah Alexia.

"Tapi benarkah lelaki itu kekasih kau? Adakah lelaki yang sama yang kau akui di-" celah Ericc berjalan beriringan dengan Alexia sejak tadi sedangkan Charlos berada disebelah Chloe.

"Benar dia lelaki yang sama.....tetapi masa itu ahhhh malunya" Chloe cepat cepat menutup wajahnya kerana mengingatkan Vex yang terlalu romant- nakal dan suka bertindak melulu.

"Kenapa? Loe tak sihat ke" tanya Ericc setelah melihat wajah Chloe dah macam nak demam.

"Kau benar benar jatuh cinta" teriak Alexia teruja. Charlos malah menjeling tajam kerana suara Alexia terlalu kuat.

"Ya...eh tidak.... sudahlah.....Aku mahu masuk dalam bilik...Jangan ikuti aku" ujar Chloe namun terhenti apabila Charlos menahannya.

"Jangan lambat makan malam nanti...." Ujar Charlos.

"Bersama calon suami" tambah Alexia dengan selamba.

"Siapa kata setuju ada lel-" mulut Ericc dibungkam dengan tumbukan oleh Alexia. Maaf tapi ini tuan puteri ke ahli tinju.

"Tidak usah bimbang.....tentunya akan dipersetujui " ujar Alexia dengan senyuman ringkas.

Chloe sudah berlari ke biliknya tanpa menoleh ke belakang.

"Lebih baik jangan mengacau suasana anak muda bercinta" ujar Alexia sambil menepuk-nepuk bahu Charlos.

"Bukannya kau juga anak muda?" tanya Charlos dengan hairan.

"Ya ya....bukan bermakna aku dan setan biru akur dalam buat keputusan"

"Dan akhir akhir ini aku dengar kau selalu datangi kediaman Duke Al Svann....apa kau menemui Lady Al Svann" tambah Alexia berniat memancing emosi Charlos yang dah lama ia tidak lakukan.

Charlos menatap Alexia dengan datar. "Bukan urusan mu, kak"

"Benarkah? Kalau Chloe tahu ini"

"Kau tiada bukti" ujar Charlos menafikan apa yang hendak disampaikan oleh Alexia. Dan teruskan berjalan meninggalkan Alexia.

"Alahai....sangat disayangkan kalau Lady Al Svann dimiliki oleh orang lain....Kau tahu banyak lamaran di kediamannya..Dia sangat popular tahu" kata kata Alexia membuatkan Charlos terus menghilang.

Alexia bercekak pinggang. "Dasar.....kata tidak peduli...yang satu sudah mabuk cinta yang satu lagi mengejar cinta....daripada jadi nyamuk baik aku pergi bertemu setan biru"  gumam Alexia.

Ericc dibiarkan terlantar dilantai begitu sahaja. Mamat ni pengsan sejak tadi tiada yang ingin menghiburkan dirinya.



Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now