♕°KTR 100°♕

731 97 41
                                    

Di malam hari pula,

Alexia sedang bersantai berseorangan di ruangan rehat di asrama perempuan.Dia menginap disini dua malam kat sini manakala Alvino di asrama lelaki.Tiada orang di bangunan asrama ini.Mereka sedang makan malam jadi mungkin sebentar lagi mereka pulang.

Sewaktu pulang tadi juga,Alexia kan berjalan beriringan dengan rakan rakan(perempuan) Chloe.Chloe turut disebelahnya memasang tampang wajah biasa.Dia tak permasalahkan sekiranya berjalan dengan yang tiada status tinggi.Itu memang permintaan nya.Tapi tentu sahaja itu menarik perhatian para pelajar.

Semua berbisik-bisik memandang yang berjalan sejajar dengan Alexia.Sungguh tidak selesa sebab kerana dia mereka menjadi bahan gosip.Memang Alexia nak marah tapi Chloe bagai tahu sahaja apa yang nak Alexia lakukan.

"Tenang...jangan sampai reputasi mu akan memburuk sebagai puteri " ujar Chloe dengan nada perlahan dan tenang.Pendengaran Alexia  tajam jadi dia mendengar apa yang mereka gosipkan.

Sekiranya Chloe sudah berkata begitu maka Alexia mampu diam.Chloe ni walaupun suka bermain dan selalu tidak serius tetapi dia selalu bertenang walaupun kekadang hanyalah tenang kepalsuan.

'Bagaimana lah kau boleh bertahan dengan gosipan para semut(anak bangsawan) ini.....kalau aku sudah lama aku meninju wajah angkuh mereka itu...tetapi kalau bonda mendapat tahu aku membuat masalah,boleh jadi aku dikurung selama seminggu lagi' batin Alexia fikirkan masalah yang akan menimpa dia sekiranya membuat keputusan yang salah.

Mengingat kembali sahaja buat Alexia kesal sahaja.Dia bermain alun alun rambut blonde nya dengan wajah kebosanan.Mana Chloe ni.Setakat ini hanya dia dan rakan rakan Chloe sahaja yang buat dia selesa dan nyaman.

"Oh disini anda rupanya Yang Mulia Puteri" ujar suara asing didengari Alexia.Gadis itu bersama dua rakannya.

"Lupa mahu perkenalkan diri saya...Saya Griselda Richard" ujarnya dengan ramah.Turut diikuti dua rakannya.Tanpa seizin Alexia pon,Griselda tanpa wajah malu dia duduk bertentangan dengan Alexia.

"Yang Mulia Puteri...apakah anda bosan... sekiranya anda bosan kami boleh temani anda berbual" kata Griselda.Dia cuba sedaya upaya untuk menjadi teman akrab Alexia supaya dapat menggunakan kekuasaan atas nama Alexia.

Alexia sangat muak melihat wajah penjilat.Dia sudah bertemu pelbagai orang penjilat pada orang berstatus tinggi.Bondanya juga sudah mengajari trik trik spesies ni.Ditambah lagi dengan kekuatan matanya maka senang untuk dia tahu sama ada dia berniat jahat atau baik.

"Terima kasih namun beta lebih suka berseorangan" jawab Alexia.Sudah lah datang dengan wajah tak malu pastu Alexia bahkan belum mengizinkan nya duduk lagi.

"Yang Mulia apa kata anda ceritakan tentang kegemaran anda di akademi ini" tanya dalah satu rakan Griselda.

'Kau mahu tahu sangat kan' batin Alexia.

"Hurm berpedang,strategi perang, posyen dan sejarah...oh tidak lupa juga dengan sihir yang kuat.Terutamanya sihir berelemen seperti ais dan petir" jawab Alexia tentang favoritnya.Dia tidak berbakat melakukan sihir elemen yang kuat seperti Chloe serta ketiga abangnya tapi sihir dasar masih ia boleh lakukan.

Terkedu sekejap Griselda.Dia ingat Alexia sungguh menyukai gaun dan aksesori mahal.Paling tidak pun khabar khabar angin yang top terkini pon ia langsung tak minat.

"O-Oh begitu..." Griselda sendiri tidak tahu mahu bicarakan apalagi.Semua kesukaan Alexia di luar bidangnya.Dia sedar kembali dari lamunannya dan terus ke topik utama.

"Yang Mulia apa anda mahu menjadi teman saya...saya sanggup menjadi orang suruhan anda " pernyataan Griselda membuat kedua rakannya terkejut.Reaksi Alexia biasa sahaja tetapi dia bukanlah puteri manja sehingga memerlukan bantuan orang lain yang hanya ingin manfaatkan nya.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now