♕°KTR 110°♕

595 91 29
                                    

Keesokan harinya,

Setiap penjuru istana Salvorte menjadi lebih sibuk berbanding kelmarin.Walaupun festival ini belum dimulai lagi namun tetamu bukan sekadar daripada bangsawan malah tetamu daripada kerajaan kerajaan kecil naungan empayar akan hadiri festival penting ini.

Jadi semua pelayan istana akan menjadi lebih sibuk menyediakan pelbagai keperluan untuk para tetamu.Termasuklah si Chloe.

Chloe awal awal lagi berpakaian simpel lalu ke dapur istana untuk menolong para pelayan.Awalnya mereka semua segan dan menolak.Yelah siapa tak kenal Chloe.Chloe bersikeras untuk menolong sehingga semua pelayan terpaksa ikut arahan.

Terpaksalah Ketua Chef kat dapur tu memberikan tugas memotong dan tugas yang ringan-ringan sahaja pada Chloe.Sambil tu Chloe berborak dengan pelayan yang buat kerja seperti nya.Chloe kekadang buat lawak sehingga dapur istana meriah plus mereka lebih bersemangat untuk menyediakan makanan.

Walaupun begitu Chloe tetap melakukan kerjanya dengan cermat.Dia selalu masak di kehidupan lalunya.Untung sahaja masakan simpelnya itu,Charlos menyukainya meskipun kekadang masakannya hangus.Nasib abang makan dengan sukarela tanpa ragu.

Setelah selesai, Chloe pinta mahu roti serta susu coklat makan dengan senang hati Ketua Chef menyediakan secepat mungkin.Mungkin Chloe ingin alas perut sahaja.Bukan sekali dua Chloe singgah sini.Dari kecil hingga sekarang masih sama sahaja.

Kemudian, Chloe pon keluar dari dapur dengan biskut dalam beg kertas diberi oleh Ketua Chef.Dia berjalan jalan di sekitar taman istana dahulu...

Sebelum tu Chloe lihat kiri kanan untuk memastikan tiada orang lain.Dia ke arah salah satu pokok lalu lompat dan duduk di dahan pokok tersebut.Siapa juga akan lalu di taman sepi macam ni pagi buta.

"Pemandangan atas selalu menyenangkan" gumam Chloe sambil mengunyah biskut-biskut dan menghayunkan kedua kaki dengan wajah gembira.Biasanya anak anak bangsawan sedang berspa untuk kecantikan tidak luntur sebelum acara festival bermula.

Chloe lain,dia malah santai tanpa melakukan persiapan.Satu perkataan untuk Chloe....Malas....ya Chloe malas nak siapkan diri terlalu awal.Dia lebih suka menghirup udara segar.Dan satu lagi dia belum mandi serta dia hanya tukar pakaian sahaja tadi.

'Ahhh aku bosan...tiada apa apa yang terjadikah' batin Chloe menatap biskut dengan wajah bosan lalu menyuapkan ke dalam mulutnya.

"Psstt....Aurora dimana kau" satu suara asing didengari di gegendang telinga Chloe.Seorang lelaki seperti tercari-cari kekasihnya.

"Jordan" satu suara perempuan lagilah asing bagi Chloe.Seorang perempuan turut muncul dengan mata bengkak kerana menangis.Mereka berdua terus berpelukan tidak jauh dari pokok yang diduduki oleh Chloe.

Mereka berdua macam bangsawan.Sebab terlihat dua dua memakai pakaian lebih mewah."Jordan kurasa ini kali terakhir kita akan bertemu rahsia begini." ujar perempuan bernama Aurora.

"Mengapa? Apakah aku perlu melamarmu sekali lagi" tanya Jordan.

"A-aku sudah ditunangkan...ayahku akan lebih marah sekiranya kau berada didekat ku" jawab Aurora bersedih.

'Wow drama free turun dari langit...dah macam teater abab ke 19 eropa pulak' batin Chloe sambil makan biskut.Kalau ada popcorn dengan air gas ni...Perghh mantap pak abu tengok drama.

"Apa? Bukankah kau sudah berjanji padaku untuk hidup semati..... Aurora ayuh nikah lari" pinta Jordan

"Tidak jordan....aku tidak ingin melihat ibu sengsara dengan perbuatan ku" jawab Aurora.

"Lepaskan aku Jordan...Relakan aku.Kau perlu cari kebahagiaan tersendiri" lanjut Aurora tersenyum paksa.

"Tidak Aurora....mana mungkin ada gadis lain yang akan menempati hatiku.Hanya kau Aurora....Kau satu satunya gadis paling kucintai" ujar Jordan lalu memeluk erat Aurora.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now