♕°KTR 116°♕

587 75 21
                                    

Keesokan harinya,

Kali ini Chloe benar benar tidak boleh elak untuk bertembung dengan Ketua setiap 6 Keluarga Besar yang lain.Dia perlu ikuti ayah dan Edward untuk pertemuan yang pertama kali dia ikuti.

Sebenarnya Chloe nak bermalas-malasan di bilik disebabkan acara menari diadakan senja sehingga malam nanti.Tetapi tidak diperbolehkan oleh Arthur kerana dia harus ikuti nya dalam pertemuan 6 Keluarga Besar termasuklah Emperor dan penerusnya,Kak Alexia.

Lain lain yang tidak terlibat ada acara minum teh bersama dengan Empress serta makcik makcik tiada insurans mulut tu.Kalau Charlos,Chloe rasa budak tu tengah jalankan misinya.Malas mahu ambil tahu lagi.Nanti nantilah.

Chloe mengikat rambut panjangnya menjadi toncang.Dia turut membetulkan lencana pangkat sebagai komandan di bahagian leher bajunya.

Dia turut membetulkan lencana pangkat sebagai komandan di bahagian leher bajunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baju Chloe

Saat ini...Chloe,Edward dan Arthur mengatur langkah ke tempat pertemuan.Chloe tidak banyak bicara sejak tadi.Gugup? Taklah...dia hanya memikirkan keuntungan yang boleh ia dapat dalam pertemuan ini.Sekaligus memikirkan tentang hal yang dikatakan oleh Vex kelmarin.

Alasan lain juga dia perlu hadirkan diri adalah untuk memberi penjelasan tentang 'penyusup' di akademi dan siapa yang terlibat dalam hal ini.Alexia memang saksinya namun rancangan dalam Chloe,dia langsung tidak mengetahui nya.

Sesampai di aula pertemuan,aura mereka terlalu mencengkam atau lebih tepat macam suasana perkuburan.Pasti ada sesuatu yang terjadi sebelum mereka bertiga datang.

"Salam Yang Mulia Emperor dan Puteri Mahkota...Semoga sihat dan sejahtera selalu" ujar Arthur,Chloe dan Edward serentak.

Meskipun keluarga Schulz kerabat dan tidak perlu formal dengan keluarga Empayar,tetap diharuskan semasa berada pada pandangan umum.Hanya mereka sahaja dikecualikan untuk berlutut.

"Silakan duduk di tempat disediakan" kata Emperor.Alexia tersenyum kelat melihat Chloe juga sapanya secara formal.Ganjil.Dia terlalu terbiasa dengan sikap bebas Chloe.Dan hampir mengganggap aneh senyuman manis Chloe.Nampak sangat ada isi tersirat.

"Anda selalu lambat Tuan Arthur" ujar suara yang kedengaran lembut namun tegas.Brianna sudah bersuara.Walaupun pangkat Arthur lebih tinggi bukan bermakna Brianna boleh diajak bicara.Dia tegas dalam pelbagai aspek bahkan masa.

Schulz (Grand Duke)
Kennedy (Duke)
Collins (Duke)
Lawrence (Duke)
Douglas (Marquess)
Ernold (Viscountess)

Keenam-enam pemimpin 6 keluarga besar berkumpul di ruangan yang sama.Suasananya menjadi hening.Memang sah ada pertengkaran kecil seperti kekanak kanakan.Fikir Chloe.Arthur dan Edward duduk di tempat disediakan.

Chloe analisis mereka semua sekali lihat.Mereka mungkin terlihat biasa tapi bagi Chloe mereka sudah lebih makan garam.Walaupun ini pertama kali dia berhadapan dengan mereka secara langsung,itu tidak membuat nya gugup sama sekali.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now