♕°KTR 123°♕

504 63 14
                                    

Sementara Chloe,

Dia berpenampilan seperti hunter 'Nine'.Dia menelusuri hutan belantara.Chloe perlukan ketenangan alam sebentar.Alam kadang kadang dapat menyejukkan jiwanya.

Chloe melihat pohon yang boleh dia istirahat sebentar.Dia pun ke arah pohon terus duduk dengan posisi tidur."Hah...hari ini lebih melelahkan" gumam Chloe.

Jujur sahaja,Chloe lebih suka ketenangan seperti Charlos.Dia juga ingin hidup senormal mungkin tetapi kenyataannya dia tidak boleh lari nafsu membunuh mahupun bersikap normal.

Kalau dia bersikap 'normal' makin lama makin bayangan wanita yang kehidupan lalunya menghantui nya lagi.Cara untuk dia melupakan atau tidak melihat ke masa lalu dengan sibukkan diri,membuat masalah atau memburu 'mangsa'.

Sekali dia cuba bersantai hanya buat perasaan berkecamuk.Charlos pula perlu bersantai atau membaca buku setelah melakukan 'memburu'.Sebab Charlos bukannya mesin pembunuh seperti Chloe.Cerita lama harus segera dilupakan.

Chloe baru ingin melelapkan mata nya seketika tiba tiba ada anak panah hampir mengenainya.Untung sahaja kepala Chloe memiringkan ke kanan.Dia bingkas berdiri melihat siapa yang menyerangnya.

Matanya tertangkap ke arah seorang lelaki elf memegang busur panah.Lelaki elf itu seperti kesal dan terus meneruskan melepaskan anak panah ke arah Chloe.

'Ck...tak boleh diajak bicara' batin Chloe dengan geram.Dia hanya menangkis anak panah dan maju tanpa beban.Memang dia pertarung jarak dekat tetapi Chloe boleh baca serangan jarak jauh.Lelaki elf itu menembak dari atas dahan tidak jauh dari Chloe.

Chloe terus melesat hilang daripada pandangan lelaki elf itu.Sudah tentu lelaki elf terkejut keberadaan misteri itu.Tanpa amaran,ada senjata tajam mengarah tepat di lehernya.

"Kenapa menyerang orang lain tanpa sebab...aku tiada sebarang dendam dengan elf" bisikan Chloe datar.

"Pohon dan spirit disini berkata,kau ancaman bagi mereka....mana kau terlalu gelap...jadi kuingat kau adalah demon" jawab lelaki elf lebih tenang meskipun senjata tajam hampir menghiris kulit lehernya.

"Hah....hanya kerana mana ku kegelapan bukan bermakna aku ini berbahaya..." Desah Chloe.Dia terus menyarungkan kembali kunainya.

"Aku ini manusia...bukan demon...apa kau tidak tahu membezakannya" sindir Chloe.

"I-itu...yah bau mu tidak seperti manusia umumnya apatahlagi mana mu sebanding dengan demon" jawab lelaki elf tersebut.Chloe disebalik topeng menatap dengan datar.'Elf kekadang ini menjengkelkan' batin Chloe.

Chloe terus melompat ke tanah."Ka-kau tidak membunuhku" tanya lelaki elf.

"Mengapa aku harus membunuh kau...apa keuntungan ku" tanya Chloe kembali.Lagipula mereka hanya salah faham sahaja jadi buat apa Chloe bunuh lelaki elf hanya perkara remeh begini.

"Kalau begitu....ayuh ke desaku...sebagai tanda minta maaf kerana aku menyerang mu" tawar lelaki elf itu.

"Aku menolaknya"

"Kenapa?"

"Elf mana mungkin menerima manusia berelemen gelap datang ke kawasan murni kalian" sebenarnya Chloe ingin mengelak dengan tatapan sinis elf.Malas tahu nak berdebat dengan sesiapa sekarang ni.

"Tetapi abang angkatku mengatakan aku harus mengundang mu" kata lelaki elf itu dengan tegas.

"Kau telepati" teka Chloe.

Lelaki elf itu terus menggangguk laju dan baru tersedar."BAGAIMANA manusia ketahui sihir kelas atas" terkejut lelaki elf itu.

Chloe mengangkat bahu tanda tidak tahu apa apa..."Aku hanya meneka sahaja" jawab Chloe.'Tentulah aku tahu...aku dan Arl penyihir kelas atas dan kami juga sering bertelepati tanpa sepersen mana...' batin Chloe.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now