♕°KTR 41°♡

887 93 12
                                    

Nio pula,

"Wahh banyaknya ikan,ayah" dia sangat teruja kerana ayahnya pulang membawa ikan.Dia tinggal tidak jauh dari kota pelabuhan jadi sememangnya disana makanan utama adalah ikan.

"Sudah pasti anakku..ini makan malam hari ini" ayahnya menggosok gosok kepala Nio.Tapi Nio merasakan ada yang pelik.Ayahnya selalunya tidak menggosokkan kepala.Selalunya ayahnya terus mengangkat dirinya kerana terlalu sayang akan dirinya.

Namun dia endahkan ...tapi makin lama makin ia curiga.Ibunya memasak guna tangan kanan sedangkan ibunya kidal dan kekok bila menggunakan tangan kanan.

Ayahnya pula selalunya duduk di kerusi rehatnya tapi dia memotong kayu api.Padahal stok masih banyak.Dia sedang berehat di dalam biliknya
Tiba tiba dia bau seperti ada yang terbakar.Dia dapati seluruh rumahnya dipenuhi asap.Dia terkejut....dan pergi mencari ibu bapanya.....

Saat dia melihat kedua ibu bapanya berada di ruang keluarga.Mereka santai sahaja berbual tanpa mengendahkan asap api yang sudah merebak di rumahnya.

"Ibu ayah.....api" ujar Nio terbata bata.

"Nio kenapa kamu kata ada api...." tanya Ibunya dengan lembut membuatkan Nio tersentak.Apa mereka tak menghidu asap yang sudah berkepul kepul ni."Nio,apa kamu berhalusinasi di siang hari ya" celah sang ayah nya.

Nio seakan tak percaya....baru dia ingat dulu rumah ni sememangnya terbakar hangus dan tidak tahu puncanya.Terus dia hidup sebagai gelandangan dan dia dijual oleh pedagang manusia.

"Kalian berdua bukan ibu dan ayah ku" jerit Nio sambil mengalir air mata."kenapa kamu berkata demikian kami ni ibu bapa kamu" ujar sang ibu juga agak kecewa.

Nio terus berlari ke luar.Dia mencari Dianile,Mikaela dan juga Ian.Hanya mereka bertiga yang dia percayai buat masa sekarang ni.Namun di luar hanya kegelapan dan rumahnya yang sedang terbakar.

Dia terduduk....kanak kanak sebayanya tidak sepatutnya mengingat memori yang buruk ni...Tiba tiba tangannya mengeluarkan api.Nio terpana melihat apinya.Sekarang dia baru ingat,dialah penyebab rumahnya terbakar tanpa ia sedari.Dialah punca ibu bapanya mati.

Nio terus menangis teresak esak...dan terus menyalahkan dirinya.Seseorang memeluknya tiba tiba lalu gosokkan kepalanya."Berjuanglah...jangan menyalahkan diri kamu" ujar suara orang tersebut.

Nio tidak tahu itu siapa namun dia merasa hangat dalam pelukan orang tersebut dia menangis tak henti-henti sehinggakan dia tertidur dalam dakapan pelukan orang misteri tu.

Semua ilusi terus menghilang,

"Uma..." panggil Leo setelah menghampiri gadis yang membiarkan Nio tertidur.Gadis itu lah yang memeluknya."Dia masih kanak kanak.....tapi dia lulus..." ujar Uma sambil membelai Nio.Nio mengakui kesalahannya jadi dia lulus dalam menghadapi kenyataan.

Earste baru tiba..."Sepertinya sudah selesai."

"Shhhhss.....diam budak ni tengah tidur" ujar Uma separuh berbisik.

"Sebaiknya kita pulang....Master juga baru pulang" Earste sudah merasakan aura Chloe di kediaman.

Uma menyuruh Leo menggendong Nio.Mereka bertiga harus memberi laporan selengkapnya pada Chloe.Nio tidur dengan nyenyak sekali dan matanya sudah bengkak.

Sesampai di kediaman,nampaknya Chloe sendiri menunggu mereka bertiga."Oho sepertinya mereka berempat lulus" ujar Chloe.Bagaimana dia tahu,dia tahu melalui Iris.

Setelah selesai misi dia terus menuntut wang di guild lalu pulang.Charlos pula sedang berehat di biliknya dan tak ingin dikacau..Dia melirik ke arah Nio yang tertidur nyenyak di gendong oleh Leo.

"Bawa dia berehat...." arah Chloe pada salah satu pelayan lelaki.Setelah Nio dibawa pergi."Kak iris boleh sediakan kami manisan dan minuman teh di gazebo." kata Chloe pada Iris.Iris hanya menggangguk.

"Kalian ikuti aku" ujar Chloe pada mereka bertiga pula.Sambil berjalan sambil berbual.

"Jadi ada apa apa yang kalian ingin sampaikan" tanya Chloe.

"Dinaile telah bangkitkan elemen kristal" ujar Leo.Mereka bertiga sudah mengenali nama dan latar belakang mereka berempat yang diberikan oleh Chloe.

"Ian pula juga bangkitkan elemen angin dan Nio pula mana elemen apinya" kata Earste yang tak bersambung.

"Elemen apinya tidak stabil....dan juga dia tidak menerima elemen apinya kerana terlalu berbahaya" sambung Uma pula.

"Hmmm.....masih boleh dilatih...jadi apa pendapat kalian tentang mereka" Chloe juga mahu tahu pendapat bawahannya.

"Lemah namun mempunyai tekad yang kuat" ujar Leo.

"Bolehlah" kata Uma dengan selamba.

"....aku hanya ikut keputusan master sahaja" ujar Earste dengan hormat.

Chloe tertawa kecil.Manisan dan minuman teh juga sudah sampai.Chloe mempelawakam mereka bertiga makan sambil melaporkan selebihnya.

.
.
.

Tbc........

Uih drama pon ade...uish......

Korang faham tak .....:v

Otak nis kena perah ni..Harap faham sebab citer ni makin merapu.

Bye assalamualaikum

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now