♡°KTR 22°♕

1.3K 120 19
                                    

Pada masa yang sama,

Tempat misteri

"Aaaaaahhhhhh....aku tidak tahan lagi....kemana wanita pemalas tu ha...ini hari ke 3 kita menunggu kedatangannya" seorang lelaki menyilangkan kakinya di atas meja bulat yang besar.

Semua sekali yang hadir 6 orang termasuk lelaki tadi.Ada satu kerusi kosong.Setiap dari mereka mempunyai kerusi masing masing dan mempunyai simbol di kerusi mereka.

"Mahu bagaimana lagi...sekiranya tidak cukup semua Demon King berkumpul.Pertemuan takkan dimulakan" kata seorang lelaki yang lebih berwibawa.Dia melipatkan tangan didadanya sambil memejam kan mata.

"ARGHGH.....wanita s*l tu selalu buat aku naik angin" ujar lelaki itu dengan dengusan kesal.

"Nak buat macam mana itu sememangnya sifatnya......" celah seorang wanita yang sedang mengecat kukunya.

"Ntah yer.....tenang lah dulu....nanti dia sampai lah tu" celah seorang lelaki yang duk makan ayam goreng dari tadi.Nak kata manusia tapi mereka bukan manusia.

"Kalian berdua tak membantu langsung dan kau kenapa makan makanan manusia hah" teriak lelaki yang suka marah marah ni.

"Biarlah....makanan manusia sedap dan manis.....jarang boleh makan camni" ujarnya dengan mulut yang dipenuhi makanan.

"W...setidaknya kau harus sabar tahu" kata wanita yang sedang mengecat kukunya lagi.

"Oi itu terbalik dengan sifatku...E..kau ni" dia mulalah hilang sabar tapi seorang wanita baru tiba dengan pakaian tidurnya.Dia menguap selamba lalu dihadapan lelaki itu.Kemudian terus duduk di kerusinya.

"Hah.....kenapa lambat dengan wajah tak bersalah mu itu" lelaki bernama W tu naik berang.

"Bising lah....aku terlalu malas nak bergerak tahu...memakan energi yang banyak sahaja untuk ke sini." kata wanita berambut biru dengan pakaian tidur.Kedua belah matanya tak pernah dibuka.Kekal misteri.

"Sampai pun kau,S .....jadi aku perlu mulakan pertemuan kali ini" celah lelaki yang berwibawa tadi.Dialah ketua disini.Setiap dari mereka adalah penguasa dari sesuatu dan cincin disarungkan di tangan mereka adalah buktinya.Cincin mereka tidak boleh dilepaskan sehingga tuan pemakai sendiri mati.Dan mereka miliki wilayah masing masing.Setiap 10 tahun mereka adakan pertemuan begini untuk selesaikan permasalahan seperti wilayah yang dijajah oleh bangsa lain dan sebagainya.

P - Pride
E - Envy
W- Wrath
L - Lust
GR- Greed
GL - Gluttony
S-Sloth     

(Banyak betul karakter muncul)

Mereka berbincang kesemua masalah dan wilayah baru banyak muncul...ada yang berperang dengan salah satu kerajaan manusia.S hanya mendengar tapi tetap sahaja perlakuannya sekarang seakan tidur nyenyak tanpa mahu diganggu.Dia malas nak masuk campur hal yang tak penting.

"Baiklah sampai sini sahaja pertemuan kali ni...kalian boleh pulang" kata P .Membuatkan hampir kesemua yang bergelar Demon King cepat cepat pulang ke wilayah masing masing.

Kecuali S dan P masih duduk di kerusi mereka.Meski S yang paling nampak lemah tapi dia adalah paling kuat berbanding mereka semua.

"S tak perlu pura pura lagi...Sekarang hanya kita berdua" kata P mengerling ke arah S masih tak berganjak dari tempatnya.

S pon dia membetulkan posisi duduknya.Pakaiannya berubah menjadi gaun biru gelap berserta sulaman hitam.Rambutnya secara automatik melepaskan ikatan dan menjadi lebih kemas.

S menopang dagu di meja."Venom,gunakan sahaja namaku sebenar sekiranya kita berdua sahaja." katanya.

"Baiklah kalau itu mahu mu,Yernia."jawab Venom aka P dengan lebih sopan.

"Agak lucu melihat mereka newbie dalam memerintah wilayah" Yernia ketawa kecil membuatkan Venom hanya menggeleng sahaja.

"Yernia apa yang kau rancang kan" tanya Venom menatapnya dengan tajam.Meskipun soalan tiba tiba tetap sahaja membuatkan Yernia sangat tenang.

"Aku tak buat apa apa pun...Venom perlakuan kau terlalu kekanak kanakan seperti biasa." Gelak Yernia.

"Hah meskipun kau adalah Demon Pilars,demon paling tua...bukan bermakna aku akan menghormati mu sentiasa" kata Venom dengan selamba.Dia masih ada rasa hormat pada Yernia kerana Yernia adalah Demon Pilars,salah satu demon paling tua yang mungkin sudah hidup beribu tahun lamanya.

Ada lagi demon pilars cuma kebanyakannya sudah mati.Kalau diikutkan ada yang masih hidup hanya 3 termasuklah Yernia.Adiknya Yernia iaitu Nina,dia juga salah satu darinya.Sangat misteri dan mempunyai hobi aneh berkawan dengan bangsa lain.Yang dia peliknya Nina tinggal di kota manusia.Tapi Yernia tak ambil tindakan apa apa.Suruh balik pun tidak.

Kekuatan Yernia sangat misteri bahkan Venom,Demon generasi ke 3 selalu berwaspada meski Yernia menyuruhnya bersikap santai.Boleh dikatakan Yernia seperti gurunya.

Yernia jugalah menyuruhnya mengisi posisi teratas diantara Demon King .Dan Yernia pula ingin posisi yang paling rendah kerana dia malas nak menonjol.Dalam masa 50 tahun setiap kerusi penguasa telah diisi penuh.

Yernia lebih suka menjadi pemerhati berbanding masuk campur dalam perbincangan di setiap pertemuan.Cuma apabila Yernia bersama Venom,Yernia lebih banyak bercakap.

"Kenapa tak kau je urus mereka" tanya Venom.Maksudnya kenapa dia perlu menjaga Demon King Newbie tu.

"Kerana aku sudah malas nak campur tangan hal yang bagi aku tak penting..Aku mahu kedamaian semua bangsa" Kali Yernia terbuka.Mata merah menyala berpolakan spade hitam bertembung dengan biru gelap Venom.

"Harapan mu terlalu tinggi....." ujar Venom dengan sinis.Mana mungkin itu akan terjadi.Semua bangsa memusuhi demon kerana mereka jahat dan kejam.

Yernia berwajah tenang."Terpulanglah tapi aku harap kau dapat melihat perubahan.Dan oh ya....Aku nak beritahu....diantara mereka berlima kemungkinan rancang sesuatu yang ingin mengkhianati mu"

"Aku tahu.....cuma aku nak biarkan perbuatan mereka sahaja.Kau jangan buat apa apa pada mereka." kata Venom.

"Aku tahu itu......tapi kalau semua kerusi penguasa Demon King betul betul kosong,aku akan tetapkan Raja Demon dan Raja kegelapan yang sebenar.Tapi terpulang pada mereka mahu jadinya atau tidak." ujar Yernia.

"Aku juga nak lihat siapa yang sudah membuat guruku tertarik itu.Sekiranya mereka tidak mahu,aku akan berhenti dari tempat yang ku duduki sekarang ini dan menjadi pengembara" kata Venom pula.

"Gelaranmu tak sama sisimu yang sekarang" gelak Yernia.

"Hanya dihadapanmu sahaja aku tak boleh....." jawab Venom mengetuk getuk meja dengan jari telunjuknya.

"Baik baik.....anak yang baik...baiklah aku pulang dulu...." kata Yernia ...ZUPP hilang hanya jentikan jarinya.Venom menghela nafas perlahan,dia turut pulang dan tempat itu serta merta menghilang seperti tempat itu tak pernah wujud.

Dia berubah penampilan mejadi penyihir.Teleport pulang dan dia sampai ke menara yang hampir mencecah awan tersebut.

"Oh tuan Asterope akhirnya anda pulang.....Ada keluarga bangsawan menghantar sepucuk surat pada anda" kata asisten tu kebetulan melihat Venom.

"Surat apa pula" dengus Venom....balik balik je mesti ade surat dari bangsawan entah mana tah.

"Keluarga Schulz.....Grand Duke minta anda menjadi guru penyihir bagi kedua anak kembarnya.Dan juga surat undangan ke majlis debut mereka berdua" asistennya memberi undangan tersebut pada Venom.

Venom membacanya dengan teliti."Apa tuan nak saya balas atau-" belum sempat apa apa lagi Venom mencelah.

"Aku akan ke majlis debut mereka." putus Venom.Asisten seakan terkejut yelah Pemilik Menara Penyihir tertarik ke Majlis Bangsawan seperti itu.

.
.
.
Tbc

Uish makin lama makin mengarut ja.....

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now