♕°KTR 40°♡

1K 97 3
                                    

Chloe sedang memenggal kepala goblin.Dia dan Charlos masuk ke sarang goblin yang tak berapa besar bagi mereka.Boleh tahan banyak juga.

Padahal Charlos boleh je gunakan elemen apinya bakarkan sarang tersebut tapi Chloe halang.Sudah pasti tak seronok.Misi yang mereka ambil easy pizzy...:v

Chloe mengelap darah yang ada kat pedang pada mayat goblin."urghh....darah mereka ungu mereka agak tak menyerlah" komen Chloe.Selesai mengelap terus diselitkan di pinggang.

Charlos baru habis menyelesaikan sebahagian lagi."Kau tahu.....aku rasa kau perlu terapi lah" ujarnya dengan sinis.

"Terapi apa pulak...." balas Chloe.Matanya meliar sekeliling di kawasan tersebut.Mana tahu ada benda berharga kat sini.Tapi yang ada pedang berkarat dengan kapak berkarat je yang digunakan oleh goblin.

"Terapi mental.....kot ade rosak ke....wayar mental kau tercabut mana tahu or tetibe jatuh ke dasar ke" kata Charlos dengan sindiran.

"Oh abang yang paling hensem dan pintar,dimanakah otak mu adakah kat lutut....mental aku masih normal 50 persen k...50 persen tak berapa normal.Fifty fifty..." balas Chloe.

Sambil tu ada kelompok goblin yang masih tersisa ke arah mereka.Sudah pasti ditebas oleh Chloe dengan mudah.

Charlos menggeleng kepala..."kau jujur juga " kata Charlos.Baginya adiknya kekadang naif tapi berjaga jaga disebalik naifnya adiknya seorang yang boleh manipulasi seseorang tanpa disedari.Hanya Charlos faham bagaimana Chloe memanipulasi kan seseorang itu.

"Dah tu,kau tak suka pembohong....jadi jujur ler....asal semua monster menjijikan ni tak habis lagi...." kata Chloe sambil melawan beberapa goblin.Charlos mendesah perlahan.

"Buat kerja sambil lewa memang lah....tak da habisnya...kena cari bos mereka dulu" ujar Charlos bersandar ke dinding.

"Oi curi tulanggg....mana aci" kata Chloe dengan protes.

"Aci tak aci..aku rest jap...sejak dua jam lalu kita langsung tak rest...kau pikir kaki tangan aku ni robot" 💢 🙂 Charlos dengan kesal.Mana taknya sejak bertolak dari kota hingga tempat tujuan bukannya nak rehat sekejap ke apa,malah si Chloe terjun ke sarang goblin tanpa isyarat.

Nak tak nak terpaksa Charlos ikut sekali.Meski skill berpedang Charlos tidak setaraf dengan skill berpedang Chloe masih boleh dikatakan hebat juga.

Chloe pon menancap pedangnya di tanah.Aliran aura biru di pedangnya."Beferzen" ucap Chloe membuatkan tanah beku termaksudlah goblin sekali.Semua goblin terus menjadi patung ais. "Ferwoastge" ujar Chloe lagi membuatkan semua patung tu hancur menjadi debu.Ini adalah mantra sihir elemen ais yang diajarkan oleh Asterope.Meskipun sangat pendek tapi efeknya sangat besar.

(Nis reka je ni.....jangan percaya pulak...cerita ni kan sekadar hiburan semata mata ye)

Sekarang seluruh sarang goblin menjadi ais."Dan sekarang kau nak bawa bukti macam mana kat guild" tanya Charlos membuatkan Chloe tertepuk dahi.Dia excited sangat nak habiskan monster ni sehingga terlupa perkara penting.

"Arlllll....camne ni" tanya Chloe🥺👉👈.

"Cari boss lah apa lagi....dah jangan buat muka comel tu lah...aku nak muntah kekgie" ujar Charlos.

"Wow abang kata aku comel....aku memang comel..." balas Chloe nada sinis.Yep Charlos takkan menang debat dengan si Chloe.

Sebelum Chloe merapu lebih lanjut baik tukar topik.Sambil tu cari boss goblin."Loe....si Alexia tu ada beri surat pada kau kan beberapa hari lepas bukan." Charlos melirik ke arah adiknya.

"Yep...kak Alexia memberi undangan pesta teh privasi bersama dengan dirinya lusa petang.Kau mahu ikut.." tanya Chloe.Sudah termaklum yang Alexia jenis tak suka sangat bergaul dengan gadis bangsawan seusianya.Terlalu gedik n membawang.Jadi kira beruntung lah kalau diundang oleh Alexia sendiri.

"Sorry aku takkan bersemuka dengan puteri yang menjengkelkan tu..." Awal dok awal Charlos tolak mentah mentah.

"Yelah....tapi mungkin aku ajak mereka berempat ke sana nanti" ujar Chloe dengan selamba.

"Kau pasti....aku risau mereka akan pengsan dan sakit jantung.Yelah berteman dengan puteri Empayar lah katakan" balas Charlos.

"Kau fikir aku saja saja bawa mereka.Ujian kedua dariku akan segera tiba setelah kesana nanti" Chloe tersenyum jahat apabila bertemu mangsa yang mereka cari.Dia terus berlari ke arah boss goblin dengan serangan pedang.Charlos menggeleng kecil turut mengikuti Chloe dari belakang.

Sementara tu...

Dinaile memegang bahunya seperti nak patah.Mikaela pula agak jauh darinya kerana mereka berpisah gara gara si orc ni.Mereka banyak sangat menggunakan stamina apatahlagi stamina tak berapa kuat.Rasa macam nak mati pon ade masa tu.

Orc tu hampir nak menyerang Mikaela membuatkan Dinaile marah kerana orc tu ingin mencederakan adiknya.Dia menghentakkan tanah dengan tanah membuatkan tanah bergetar muncul satu bongkahan kristal di depan orc tersebut.

"Jangan pernah menyentuh adikku" ujar Dinaile dengan marah.Dia sudah tidak kuat.Apatahlagi energinya makin melemah.Dan dia pengsan.

Orc tersebut bangun lalu berlari ke arah Dinaile pula.Mikaela juga sangat geram pada dirinya.Kenapalah dia tak kuat.Kenapa dia tidak boleh lindungi orang yang dia sayangi.

"Ini bukan akhir hidup kami" jerit Mikaela dengan sepuas hati.

"Cukup...." Suara seperti seorang lelaki.Oleh kerana Mikaela sudah kehabisan energi dia turut pengsan.Samar samar melihat seorang lelaki menatap padanya.Orc tu terus menjadi debu.

"Hah....nampaknya mereka berdua lulus...dan juga perempuan tu membangkitkan elemen kristal..." ujar lelaki itu.Dia membuka skroll teleport ke kediaman.

Mereka bertiga terus tiba di hadapan kediaman.Iris yang berada dihadapan pintu gerbang hanya tersenyum.Lalu menyuruh Mary dan seorang pelayan lelaki memapah mereka ke bilik.Dan juga merawat mereka.

"Laporan sepenuhnya akan kulapor pada master " ujar lelaki tu yang terus menghilang.Iris menggangguk kecil.Sudah pasti dia dan Mary tahu tentang ujian ini.Lelaki itu bernama Leo.Dia salah satu bawahan Chloe.

Ditempat Ian pula,

Dia sedang berusaha bertahan hidup dengan melarikan diri dari monster monster.Ramai mati di dalam tambang.Saat ini dia sedang bersembunyi disebalik batu.

Segerombolan monster sedang berkawal seakan mencari manusia terakhir disini.Manusia terakhir ditambang adalah dirinya.

'Aku mahu hidup.....' batin Ian sambil menutup mulutnya.Tiba tiba saat dia berpaling ke kanan muka monster yang mengerikan benar benar disebelahnya.

Dia tatap sang monster tersebut.Terus dia melarikan diri meskipun kakinya bergetar hebat.Monster tu turut mengejarnya diikuti rakan rakannya.

Ian tidak menoleh sebaliknya berlari sekuat tenaga agar tidak dibaham.Para monster jauh dibelakang.Dia terus berlari namun dia terjatuh kerana tersadung batu.Para monster hampir mendekatinya.

Tiba tiba dia tertawa."Adakah ini pengakhiran hidupku....malang yang bertimpa timpa" ujar Ian.Dia sepertinya sudah gila bila tertawa di hadapan para monster.

Ada yang membisiknya sesuatu,

'Teruskan hidup'
'Hiduplah wahai anakku'
'Lelaki sejati tidak pernah menyerahkan hidupnya'

Suara datuk,ibu dan ayahnya tiba tiba terngiang dalam kepalanya.Takkan dia perlu menyerahkan hidupnya begitu sahaja.Ian bingkas berdiri meskipun kakinya gementar.Tiba tiba angin perlahan lahan keluar dari telapak tangannya.Angin tersebut makin lama makin kuat membuatkan semua monster diterbangkan.

Oleh kerana energinya semakin melemah dia terus pitam.Namun angin tersebut masih berjalan.Earste memetik jari semua ilusi nyata terus hilang.Dia hanya menatap Ian yang sudah pengsan.

Angin tornado tu turut dihilangkan oleh Earste.".....mana tidak stabil" Earste terus meneleport si Ian ke kediaman.Setelah itu dia ingin melihat budak lelaki itu pula meskipun diawasi gadis itu.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now