♕°KTR 119°♕

498 74 13
                                    

Disisi lain,

Charlos sedang layani 'mangsa Chloe' berjalan jalan diistana.Nasib dia ingat jalan jalan disini oleh kerana Chloe.Kalau tidak sesat lah jawabnya.Sekarang ni sedang fikir apa Chloe sedang menyembunyikan sesuatu darinya.

Adiknya memang licik dalam berbohong tetapi Charlos dapat membezakan mana satu kebohongan dan kejujuran Chloe.Setakat ini Chloe sudah membohongi nya tiga kali.

"Charlos apa awak mendengar apa yang saya cakap.." tanya Miera.Charlos tersentak dari lamunannya.

'Aku melupakan perkara yang tak berapa penting ini ada didepanku' batin Charlos.

"Apa yang kau cakap tadi?" tanya Charlos.

"Saya cakap....nanti kalau kita menikah nanti... saya mahu istana sebesar ini....Cukup untuk kita berdua" ujar Miera.Dia tak sedar yang ia sedang menyatakan mahu memusnahkan keluarga Empayar ini.

'Hehh....tikus ini mulai menjadi seliar mungkin' batin Charlos.Dan TERPAKSA senyum.

"Baiklah,akan kuturuti permintaan mu" balas Charlos.Sejak tadi dia juga terpaksa buat mata dan wajah seperti dipukau.Untung wajah datar dapat menyembunyikan emosi.Bangga jap.

Charlos melirik diam diam ke arah luka di salah satu tangan Miera yang tidak dibaluti kain.Hanya memakai sarung tangan tipis yang menampakkan luka.Sebut tentang 'luka' bagi Charlos itu bukan sekadar luka.Tanda perjanjian akan sesuatu,untuk menutupi nya maka dengan pelbagai torehan pisau tajam supaya beranggapan ini seakan luka.

Charlos tahu itu torehan pisau kerana adiknya yang maniak mengoleksikan pelbagai jenis pedang dan pisau di dalam biliknya di kehidupan dulu sampai sekarang.Cuma sekarang,Charlos masih belum jumpa tempat penyimpanan koleksi-koleksi nya.

Charlos yakin akan sikap Chloe suka mengoleksikan pelbagai pedang kerana setiap kali misi,tidak sah meneliti pedang lawan dan mengambil nya.Selain pedang,racun juga antara kesukaan Chloe.Di dalam bilik kerja Chloe sebenarnya ada satu ruangan rahsia.Tempat itu dijadikan tempat meneliti semua jenis racun dan penawar.

Oke berbalik pada topik yang tadi,

Charlos juga TERPAKSA membiarkan Miera memegang lengannya.Ini supaya terlihat seperti pasangan kekasih sebetulnya.Kalau diikutkan mahu kerat tangan Miera ini.Miera pula tersenyum seperti rubah yang sudah mendapat hasil sedikit demi sedikit.

Mereka berkeliling istana sehingga terserempak dengan Chloe dan Alexia yang juga sedang berjalan-jalan.Yang Charlos perasan adalah wajah Miera berubah menyampah apabila bertemu dengan mereka berdua.Kemudian tersenyum bahagia kembali.

"Tuan puteri, Chloe....gembira bertemu kalian berdua" ujar Miera sesopan mungkin.Miera tahu dua orang ini lebih kasar dan biadab dari luaran yang nampak elok dan rupawan.'Aku lebih layak menjadi Puteri Mahkota berbanding puteri busuk ini' batin Miera.

'Sepatutnya akulah gadis bangsawan yang paling cantik bukan mereka...kenapa mereka ada semuanya yang aku mahu' sambung batin Miera.Berwajah polos di luaran ternyata di dalam jauh lebih busuk daripada bangkai.

"Senang bertemu kau Miera..... sepertinya hubungan kalian bukan biasa biasa ya..Bagaimana perkembangan hubungan kalian" balas Chloe dengan teruja.

Alexia menjadi tunggul kerana Chloe hanya suruh diam.Tapi kalau melampaui batas dia akan memotong pembicaraan mereka.Yah dia pon terkejut dengan predeksi Chloe yang Charlos dan Miera akan bertembung dengan mereka.

"T-terima kasih Chloe.....kami sudah berbincang untuk tunangan dahulu terus akan menikah pada hari kedewasaan kalian" Miera dengan senang hati memberitahu supaya Chloe rasa kesepian nanti.Hampir tiga hari penuh kot Charlos meluangkan masa bersamanya berbanding Chloe.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now