♕°KTR 115°♕

835 83 47
                                    

"Yah..keberadaan ku serta merta dapat dijejak.Memang layak untuk mendapat posisi Ratu Demon" ujar seorang lelaki berpenampilan biasa namun dia adalah seorang yang ada pangkat tinggi di dunia bawah.Pangkatnya masih dibawah Zie dan Azz.

"Tidak kusangka 'Tuanku' tertarik dengan manusia yang kakak perkatakan......" gumam lelaki itu.

Lelaki itu bingkas berdiri lalu melihat ke arah dua bulan.Dunia bawah ini memang malam sepanjang masa namun semua penghuni tahu bila waktu untuk rehat dan bekerja.

Lelaki itu teleport tepat di hadapan gerbang istana Vex.Pengawal yang berjaga menunduk hormat lalu membuka gerbang istana.Mereka tahu lelaki itu siapa.

Lelaki itu berjalan di koridor istana.Setiap langkah kakinya bunyi seperti tulang meretak.Itu kerana ada tulang betulang menemaninya sentiasa."Awal tuan Nicole tiba" sapa Azz.Lelaki itu tersebut menoleh dan tersenyum tenang mendengar panggilan Azz.Rupa paras lelaki itu menawan ditambah lagi dengan sifat tenang membuatkan dia misteri.

"Lagipula saya ingin laporkan tentang daerah di selatan dunia bawah...Sudah tentu saya tiba lebih awal memberi laporan berbanding penjaga yang lain" jawab Nicole dengan senyuman ringkas.

"Tuanku sedang di luar... Laporannya berikan padaku " kata Azz.

"Iya saya tahu tuanku sedang bersenang senang di dunia permukaan" gumam Nicole.

"Tuan Nicole....bagaimana yang kau tahu?" tanya Azz nada curiga.Sebabnya Azz rasa dia tidak pernah memberitahu sesiapa tentang keberadaan Vex dimana kalau Vex tiada disini.

"Hanya meneka" jawab Nicole bersahaja.Senyuman misterius tak pernah lekang dari wajahnya.Sungguh Azz sendiri tidak tahu latarbelakang Nicole.Terlalu misteri seakan tidak mahu orang lain mengetahui asal usulnya.

Di malam hari

Istana Salvorte,

Apabila Chloe dapat tahu yang keluarga akan pulang kediaman ini maka Chloe menghambat Vex keluar dan hapuskan jejak mana si Vex ni.Mampus kalau Arthur tahu putrinya bawa masuk lelaki asing di dalam bilik.

Itu suatu tindakan ilegal bagi anak anak gadis yang belum menikah.Vex hanya tertawa dengan kekalutan Chloe.Nasib dia mengerti kebimbangan Chloe kerana mempunyai keluarga overprotective.

Walaupun satu hari nanti mereka akan bertemu,dan Chloe sedia untuk menjadi pendamping hidup nya.Kalau harus bertahun tahun pon dia sanggup.Rasanya Vex juga harus sediakan mental untuk hadapi keluarga Chloe nanti.

Sebelum itu Vex memadam memori para pelayan tentang nya.Supaya gadis kecilnya tidak kesusahan.Memang kalut sangat sampai Chloe mengheret Vex sehingga keluar balkoni.Dan dia juga mengatakan jangan tinggalkan jejak mana walau sekecil kuman.

Penglihatan Arthur sungguh tajam dan menakutkan jadi Chloe harus hapus semua jejak mahupun bau.Vex menggeleng kepala perlahan-lahan kerana Chloe juga ada sisi begini.Vex tak keberatan,esok jumpa juga sebagai pasangan menari.Ehek.

Vex pon ghaib dan Chloe bersiap siap untuk menyambut keluarga nya.Ah lantaklah penampilan jadi apa asalkan jadi orang.

Chloe bergegas keluar bilik lalu ke arah pintu utama.Dan yah ada Arthur,Edward,Ericc dan Charlos.Tampaknya Charlos digendong oleh Edward.

'Dah kenapa ni?' Chloe tertanya-tanya sejak bila Charlos jadi manja untuk digendong.Tapi wajah Charlos memerah seperti mabuk?

"Loe...abang rindu kamu" ujar Ericc sambil memeluk erat si Chloe.Bau hanyir darah membuatkan Chloe menolak Ericc."Riky jangan memeluk Loe kalau badan berbau darah binatang tadi" celah Edward.

"Kau juga sama kan" ujar Ericc selamba.

"Papa, Arl-nii kenapa" tanya Chloe.Pertengkaran Edward dan Ericc seperti angin sahaja.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now