♕°KTR 114°♕

582 83 46
                                    

Charlos baru selesai menusuk salah satu beruang ganas.Dia memandang dingin ke arah beruang ganas tersebut.Darah beruang terpercik di wajahnya dibiarkan.

Dia mengheret beruang besar tu ke tapak khemah bangsawan.'Kalau diikutkan hati aku...aku mahu tidur di masa emas ini.Ish budak tu mesti bersenang lenang tanpa kerja dalam biliknya' gerutu Charlos kesal.

Acara memburu berada berhampiran hutan tidak jauh daripada istana Salvorte.Disini tiada monster berbahaya dan hanya binatang buas sahaja.Jadi tidak perlu dirisaukan kerana ada banyak kesatria dan penyihir Empayar berjaga jaga sekiranya ada kecemasan.

Hari kedua festival merupakan hari paling malang dan tersi*l Charlos.Sebelum pemburuan dirasmikan oleh Emperor,ada satu acara yang dimana para lady untuk memilih pemuda yang masuk memburu.Kemudian para pemuda yang dipilih oleh lady akan diberikan token pemilik lady tersebut dan disertakan benang keselamatan.

(Nis bahasakan gadis gadis bangsawan yang belum menikah kepada lady)

Charlos tidak memahaminya dan tidak peduli.Tetapi memang ramai lady tertarik dengannya.Begitu juga berlaku pada Ericc dan Edward.Siapa juga tidak mahu ketiga jejaka dari kalangan bangsawan atas?

Namun disayangkan sebab Edward dan Ericc lebih memilih mengawal seperti kesatria dan menonton.Charlos pula memilih Miera sebagai ladynya.Terpaksa.

Seutas benang kebiruan tergantung di pedang Charlos.Charlos mampu mendesah kesal.Benang juga apakah harus diletakkan sihir pemikat.'Perempuan ini bodoh juga ya' batin Charlos.

Untung sahaja Chloe dan Charlos belum merasmikan tingkat kelas penyihir mereka dikhalayak ramai.Kalau tidak mungkin si Miera ni mungkin lebih nekad buat sesuatu.Adiknya memang memandang daripada pelbagai aspek sebelum membuat keputusan.Tapi kekadang adiknya cuai dalam hal remeh.

Sesampai di sekitar khemah,

Ramai lady terkejut kerana Charlos yang pertama datang meskipun baru 15 minit lalu bermula.Dengan membawa beruang setinggi 4 meter tersebut ditambahkan lagi kesan darah di pedang mahupun pakaian nya membuatkan kesan ngeri disitu.

Emperor sekeluarga reaksi biasa sahaja sementara Arthur tersenyum puas.Memang darah Schulz yang tak kenal erti takut dan ngeri.

Kedua abang Charlos berdecih kecil.Pencapaian sebegini siapa siapa sahaja boleh buat.Jangan salah faham,mereka berdua sayangkan Charlos macam Chloe tapi diorang ni bersaing dibelakang Chloe untuk tentukan siapa abang mithali dimata Chloe.

Charlos ke arah Miera yang sedang menunggu nya.Dia melepaskan kedua sarung tangannya lalu mencium tangan kanan Miera tanda dia memberi penghormatan pada lady menjadi pilihan.Diingatkan sekali lagi ini TERPAKSA.

Miera tersenyum diperlakukan seperti tuan puteri.Para lady yang lain membisikkan bisikkan apa hubungan dia dengan Charlos.Ada yang kata mungkin dia adalah tunang Charlos,ada yang kata mereka bercinta secara rahsia dan ada yang kata ini semata semata untuk politik.

Kebetulan wilayah Helios kan sedang kritis dengan makanan makanya mungkin berhubungan dengan keluarga Schulz dapat membantu serba serbi.

Miera merasakan respon para lady adalah positif sebab diakan anak Duke jadi tiada yang mahu menentang.Kalau Charlos berpunya para lady masih ada peluang kedua untuk dua jejaka lagi.Pepandailah.

Berkebalikan dengan Charlos.'Menjengkelkan.Ingin kupotong sahaja lidah para tikus ini.Bunyi yang sungguh membingitkan telingaku........Tunggu kau...ahahaha..baiklah kerana ini permainan maka aku akan bermain dengan baik' batin Charlos tertawa.Di luar wajah datar tanpa perasaan.

Arthur melihat anak ketiganya seperti tertarik dengan lady tersebut.Seingat Arthur itu gadis yang perlu dijaga semasa akademi.Nampaknya anak ketiganya tertarik dengan gadis itu.Tetapi apabila Arthur teliti lagi mana Miera sangat aneh.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now