♕°KTR 117°♕

541 75 29
                                    

Setibanya di dewan istana,

Ini lebih mewah berbanding biasa.Diiringi musik klasik yang membolehkan satu dewan dengar.Sebelum tarian,inilah masa yang emas untuk menjodohkan anak anak bangsawan.

Sudah tentu semuanya memakai topeng berlainan termasuklah Chloe.Buat kali kedua Chloe hadir dengan lebih anggun membuatkan ramai tertarik dan ingin berkenalan lebih dalam.Malangnya Chloe dijaga oleh Edward dan Ericc.Charlos hilang entah kemana yang kemungkinan mencari 'mangsa Chloe'.

Arthur tentunya ada kerja dia.Takkan nak kacau pulak lagi lagi hal berkaitan politik.Otak Chloe sedang malas nak fikir pasal politik orang dewasa.

Kedua abang Chloe itu juga membuatkan para gadis tertarik sehingga mereka dikerumuni ramai lady makeup setebal kamus.Kalau ditampar ini perghhh bukan setakat jerebu,rasanya boleh ribut debu kot.

Sebagai adik yang baik lagikan berakhlak ini jadi Chloe melarikan diri daripada kedua abangnya sudah sesak dikerumuni para lady.Biarkan dia orang itu kena tekanan batin.Selalunya dia je kena tekanan batin.Hari ni biar diorang pula.MUAHAHAHHAHA.

Sementara ada masa ni...baik makan.'Makanan adalah paling penting' batin Chloe.Baru sahaja mahu melangkah ke arah meja yang dipenuhi syurga makanan,tiba tiba......

"Grand Duchess Muda,senang bertemu anda" suara yang familiar di gegendang telinga Chloe.Chloe menoleh ke belakang, seorang lelaki berpenampilan seperti putera dan iris matanya kuning kehitaman.

Dengan refleks Chloe menundukkan kepala nya sedikit."Senang bertemu anda,Tuan putera Kayden yang dihormati" ujar Chloe lalu mendongak melihat wajah tampan Kayden.

"Bagaimana anda mengenaliku" tanya Chloe sambil sambil melirik ke arah meja makanan.Terbantut sudah hajat nak makan gara gara Kayden.

"Satu satu yang berani memakai pakaian serba hitam di festival meriah begini hanya keluarga Schulz....Warna hitam adalah warna kematian" jawab Kayden dengan terus terang dengan senyuman menyeringai.

"Heh...warna hitam itu elegan dan anggun.Lalu kau sudah menemui Puteri Alexia" tanya Chloe..Kayden menggeleng kepala.Kecewa sikit.

Mata chloe pon meliar liar sekeliling mencari sosok Alexia.Kemudian matanya terhenti ke arah sosok duduk di sofa memegang secawan jus dengan wajah bosan.

Alexia.... walaupun dia memakai topeng tetap sahaja dia mengenali kakak angkatnya.Alexia turut memandang ke arah Chloe terus bersemangat.Dia bingkas bangun lalu melangkah laju ke arah Chloe berada.Dia peduli apa tentang etika bangsawan.

Alexia sungguh bosan sejak tadi.Dari tadi ada beberapa penjilat memperkenalkan anak anak lelaki mereka.Mereka fikir selera Alexia ini murahan.Tentu sahaja dia ada suami idaman tapi tiada satu menepati cirinya.

Alexia ni pelik sikit,mungkin menurun sikap oleh ibunya juga.Cerewet dalam memilih pasangan hidup.

Alexia sekarang sudah berada berhampiran Chloe dan dia baru perasan ada lelaki yang familiar dengan Alexia."Wah si setan biru tiada akhlak....lama tidak jumpa..Kau dekati adik manisku pula ya " sapa Alexia.Dia meraih tangan Chloe supaya tak dekat dengan Kayden.Chloe pulak yang terpinga-pinga.

Setan biru? Memang rambut Kayden biru gelap tapi setan.Memangnya Kayden ada tanduk setan.Tetapi siapa yang tiada akhlak sekarang ni.Fikir Chloe.

Dan lagi.....

Mana keanggunan kau sebagai Puteri Mahkota,Alexia oi.Terbang semuanya keformalan.Kalau orang mengata macam mana.Tapi si Alexia ni bukannya peduli pon apa orang lain kata.

Muncul urat marah di dahi Kayden.Memang itu panggilan Alexia semasa di akademi dulu.Setidaknya panggil lah dengan namanya dengan benar di acara begini.

Non akhlak Alexia memang tak pernah berubah sejak dulu."Yang Mulia Puteri Alexia,anda tidak pernah berubah sejak dahulu.....Aku ada nama yang sungguh baik maknanya." ujar Kayden penuh kesabaran.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now