♡°KTR 28°♕

1.2K 115 33
                                    

Dalam masa yang sama,

"Hmm nampaknya naga tua tu sudah terbangun dari mimpi indahnya.Labah labah kecilku juga sudah terbangun.Sepertinya sampai disitu sahaja aku menolong mereka.Selebihnya mereka perlu mendaki sendiri ke puncak" kata Yernia menghirup teh dengan tenang di balkoni rumahnya sambil melihat pemandangan bersalju.

Satu lingkaran cahaya muncul di belakang Yernia.Muncul seorang wanita dari lingkaran tersebut.Yernia membuka matanya perlahan-lahan.

"Akhirnya kau ingin bertemu juga dengan ku, Emilien" kata Yernia tersenyum licik.

Wanita tersebut adalah Emilien,seorang Empress Salvorte."Entah kenapa firasatku mengatakan ini semua kerja kau..." Emilien mencerlung tajam ke arah Yernia.

"Alahai....pintar juga teman kecilku yang satu ni...." Yernia ketawa kecil.

"Siapa mereka berdua..." tanya Emilien mendesah perlahan.

"Bukan dua tapi empat.Perlu kah aku menerangnya lebih detail biodata mereka.Bukankah itu menceroboh privasi mereka....." tanya Yernia sambil terjongket kening.

Emilien berdecak kesal....dia ke arah Yernia.Dia menghentak meja dihadapan Yernia."Aku perlu tau semuanya...." kata Emilien.

"Kau perlu tahu semuanya untuk menolong mereka oleh kerana jiwa kalian dari tempat yang sama?" Meskipun Emilien tidak memberitahu tapi Yernia dah dapat agak apa yang difikirkan oleh Emilien.

"Well...baiklah....Harap kau mempunyai hati kental mendengar kisah hidup mereka....Chloe dan Charlos atau nama sebenar mereka ialah Lily Henna dan Lyle Henna...Tarik lahir mereka 29 Februari. Dan berasal dari England.Mereka dibuang dan mereka dijaga oleh seorang gelandangan di bawah jambatan.Mereka berdua diajar mencuri,mengemis dan pelajaran asas.Setelah gelandangan itu mati mereka berdua hidup tanpa arah.Setelah beberapa tahun,ada seorang wanita kaya raya mengangkat mereka sebagai anak angkat.Dijadikan eskperimen yang kejam.Wanita itu kalau mood buruk dia akan terus menerus menyiksa mereka.Kalau mood baik dia akan ajar semua pengetahuan tentang strategi,senjata,racun,manipulasi seseorang,politik,perdagangan dan seni bela diri.Tak lupa juga menanamkan sifat insane dan haus darah dalam diri mereka.Saat berusia belasan tahun mereka menjadi pasangan pembunuh bayaran terkenal di dunia Assassin....Dan mereka mati tepat umur mereka 24 tahun di tarikh 29 Februari jam 00.00 " terang Yernia panjang lebar.

Emilien tercengang dengan penerangan detail Yernia.Sepertinya dia tak boleh lakukan sesuatu yang boleh membantu.

"Jangan terlalu bimbang pada mereka.Mereka tetap sahaja anak anak yang memerlukan kasih sayang.Dengan keluarga mereka yang sekarang,aku pasti perasaan normal akan muncul di lubuk hati mereka." lanjut Yernia.

"Jap...kau kata empat tadi...." Emilien baru perasan perkataan Yernia tadi.

Yernia tersenyum...."Yang dua orang lagi...akan kurahsiakan...kau akan bertemu dengan mereka juga di masa yang akan datang.Sudahlah...aku mahu rehat dah pergi balik" katanya sambil menjentikkan jari.Emilien belum cakap apa apa lagi dirinya sudah tiba di bilik kerjanya.

"Hahhh.....lain kali mahu datang beritahu aku awal awal.Takdelah kau duduk terperuk kat luar tu" Yernia melirik ke arah luar jendela.Lelaki elf tu terus masuk ke dalam.

Lelaki elf yang di chap sebelum ni.Dia menyapu debu salju di bahunya."Tempat tinggal mu sememangnya suka bertukar-tukar musim ya" ketus lelaki elf tu.

"Suka hati aku lah...." jawab Yernia dengan selamba.

"Kau dengar bukan....jangan bimbang aku takde selitkan nama kau disana." Yernia bersandar di dinding.

"Aku tahu itu.....setiap kali aku mendengarnya,aku menyesal kerana tak dapat tolong mereka berdua pada usia muda begitu" nada lelaki itu agak sedih.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now