♕°KTR 39°♡

972 89 11
                                    

"Kakak " panggil Mikaela membuatkan Dinaile tersentak.Mereka berdua duduk di tempat air pancur di tengah kota ni.Sementara Ian membawa Nio yang inginkan manisan di pasar.

Dinaile termenung sejak tadi membuatkan Mikaela risau."Ha ye....kau nak apa" tanya Dinaile pada adiknya.

"Takdelah....aku tengok kau termenung je.." kata Mikaela.

"Aku teringat bende bod*h yang kita buat...bila aku ingat balik....aku rasa bersalah dengan mereka berdua...kita pernah mengkhianati kepercayaan mereka" ujar Dinaile sambil tersenyum pahit.

Mikaela ketawa pahit..."bukankah kita sudah tahu mereka takkan maafkan kita kerana mereka ada pendirian yang kukuh dan tetap.....dan juga sangat berpegang pada kata kata.Lagipula kita sudah mati di dunia asal kita dan dilahirkan kembali sebegini.Bukankah adil dengan perbuatan kita" ujar Mikaela yang masih tersenyum pahit.

Itulah kenyataannya.....dan itulah karma buat mereka (bukan Akabane Karma ye-nis🤪). Mereka dulu selalu memandang remeh dan tidak menolong gelandangan atau pengemis yang minta tolong walau sekecil pertolongan.Oleh kerana mereka berdua dididik menjadi ahli yang mewarisi syarikat-syarikat besar jadi mereka menggangap yang dibawah hanya lah pekerja untuknya sahaja.

Terbalik dengan Lily dan Lyle yang pernah diupah beberapa kali oleh mereka.Sekaligus sahabat akrab tapi itu hanya seketika.Mereka berdua selalu membantu orang yang susah.Meskipun mereka berdua pembunuh bayaran yang ditakuti,tapi disebalik itu mereka ada hati yang baik.Lily pernah kata kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi di masa depan sekiranya kita membantu mereka,Mana tahu membuatkan mereka bersemangat berusaha untuk hidup lebih layak.

Pada mulanya Dinaile tidak faham dan mengendahkan ayat tu.Tapi sekarang itu berlaku pada dirinya.Dia dan adiknya lah orang yang hidup tidak selayaknya.Boleh dikatakan dia seakan bertukar tempat dengan orang yang ia remehkan.

Dan juga mereka berdua mengkhianati kepercayaan Lily dan Lyle.Saat Lily dan Lyle mendapat misi oleh seseorang untuk membunuh kawan ayah mereka yang merupakan ahli korporat (betul x eja).
Lily meminta bantuannya untuk menjadi sebahagian rancangannya.Kebetulan akan ada acara ulang tahun syarikat jadi Lily dan Lyle dapat masuk dengan mudah ke acara VIP tu.

Tetapi oleh kerana keraguan yang berada di hati Dinaile dan Mikaela di waktu itu.Jadi mereka memutuskan melindungi kawan ayah mereka.Kawan ayah mereka sangat penting untuk syarikat di masa depan.Kesalahan ini membuatkan para polis hampir menangkap dua pembunuh bayaran tu.

Sudah pasti Lily dan Lyle menjadi kesal terutamanya Lily.'Aku takkan muncul dihadapanmu lagi....... Sekiranya kita berjumpa lagi aku harap kau merasai kesusahan '

Sejak dari tu Lily dan Lyle langsung tak menampakkan batang hidung.Bahkan rumah yang mereka tinggal juga kosong.Rumah mewah yang diberi oleh Dinaile pada mereka.Satu barang pon tak mereka ambil.Nombor telefon juga tak aktif.Kata kata Lily sangat berpegang pada isi kata.Makna 'aku takkan muncul dihadapanmu' sudah pasti Lily dan Lyle akan hilang lesap seperti debu macam tu.

Wang yang pernah diberikan juga turut dipulangkan semula.Ada satu note ditinggalkan.'Kami tidak menggunakan senjata racun yang diberi oleh seekor ular yang jinak.Itu seperti meracuni diri kami' sudah menjadi kebiasaan si Lily akan berkata demikian pada orang yang sudah ia benci.Senjata racun ibaratkan wang dan harta kalau ular adalah Dinaile dan Mikaela.Sejinak jinak ular,ular tetap di habitatnya.

Yah nak menyesal sekarang pon tiada gunanya bende dah lepas.Nak buat macam mana kan.

Tiba tiba Dinaile baru perasan warga kota yang lalu lalang seakan menghilang."Weyh Mika...kau perasan tak apa ni"  tanya Dinaile.Dia jadi hairan kemana semua warga kota yang lalu lalang dan buat rutin harian mereka.

Seingatnya tadi baru terlihat ada budak kecil berlari sana sini dan beberapa kedai yang menjual pelbagai makanan.
Tulah mengelamun jauh punye pasal sehingga keadaan sekeliling pon tak perasan.

"Okay aku perasan....." ujar Mikaela.Seperti Dinaile,dia turut hairan.Air pancur berubah jadi warna hitam.

Langit tetibe menjadi merah......dan muncul seekor orc hijau lagikan besarrrrrr.....

dan muncul seekor orc hijau lagikan besarrrrrr

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*lebih kurang lah.....cam balmond pon ade.Eh balmond kan orc juga😂.

Dinaile terpaku melihat seekor orc menghampiri mereka.Mikaela apa lagi tarik tangan kakaknya yang terpaku tu.Seram doh tengok orc ni.Mereka berlari sejauh mungkin tapi orc tu tetap mengejar mereka.

Kemudian Dinaile ternampak ada satu batang yang mungkin boleh menyerang sang raksasa tu.Dia mencapainya lalu saat orc tu nak menebasnya secara reflex dia menahan guna batang besi tu.Tapi oleh kerana sudah lama tidak latihan tubuhnya tidak kuat menahan akhirnya dia ditarik oleh Mikaela dan terus berlari.

Ternyata mereka hanya berpusing di tempat yang sama.Yang boleh buat sekarang hanya elak itu pun masih terkena serangan sikit.

Sementara Nio dan Ian,

Ian sedang menghadapi ketakutan nya.Iaitu semasa dipaksa menjadi buruh tambang sewaktu kecil dan dibuli.Manakala Nio sedang hadapi tentang kebahagian palsu.Justeru itu menyakitkan......

Ian,

Dipukul kerana dia ingin berehat sebentar dan hanya mahu meminta roti.Dia terus menerus bekerja tambang kristal.Tempat disitu sangat bahaya kerana itu adalah tempat monster bersarang.Sesekali akan ada kemalangan yang mengerikan.Tapi pada hari itu,dia mengalami kemalangan yang mengerikan.Tiba tiba pintu tambang kristal tertutup kerana reruntuhan batu.

Jadi itu menarik perhatian monster.Sekaligus memangsa semua pekerja seperti dirinya.Dia penakut dan ingin hidup.Jadi dia sentiasa bersembunyi dimana mana asalkan monster tidak menjejakinya.

Nio,

"Nio sayang mari makan" ujar suara perempuan yang familiar dengannya.Nio terbangun dan terkejut melihat kedua ibu bapanya."Bukankah kalian sudah m-mati" ujar Nio sambil mengalir air mata.Buka mata dia sedang berada di ruangan makan dan dihadapannya ibu bapanya.

"Apa yang kamu merepek ni..." tanya ayahnya pula.Nio cepat cepat mengelap air mata."Tidak apa apa..Nio mimpi buruk yang panjang tadi" ujar Nio.

"Oh....sayangku itu hanya mimpi mainan tidur saja...mari makan.." kata sang ibu menenangkan Nio.Nio tersenyum lebar lalu makan bersama keluarga kecilnya.

Setiap ujian dilalui mereka agak berbeza.Tapi maksud setiap ujian dari mereka lalui sama sahaja.Menguji kekentalan hati dan juga adakah mereka akan lari dari kenyataan atau menghadapi kenyataan.

.
.
.

Tbc

:V harap korang faham lah

Bye assalamualaikum

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now