♕°KTR 108°♕

597 88 21
                                    

(Nis nak kasi tahu.....apa apapun baca dulu sampai habis ye.Jangan kecam rileks dulu..ada bakal pesakit mental hospital bahagia ni..jangan serius citer nis...fantasy logik...apa apapun boleh jadi
Nis teriklan jap eh... kekadang nis perlu masuk celah celah setiap chap walaupun bukan mc😭👍 ..oke sambung)

Miera turut pulang setelah sejam keberangkatan Chloe serta abang abangnya.Kereta kudanya tiba di perkarangan wilayahnya pada waktu hampir senja.

Saat kereta kudanya masuk sahaja ke dalam kota,kedai semua terus ditutup.Anak anak yang bermain diluar dipaksa masuk ke dalam rumah.Semua penduduk kota menutup pintu dan wajah mereka kelihatan ketakutan sebaik sahaja kereta kuda itu masuk.Seakan ada sesuatu yang mereka takutkan.

Miera menyedarinya namun dia tidak peduli.Salji di wilayahnya tidaklah terlalu lebat jadi itu sedikit mengembirakan suasana hatinya.

Tiba sahaja di kediamannya,Miera disambut ramai pelayan tidak kira wanita mahupun lelaki.Pelayan itu semua menunduk dan tidak berani menatap puteri Duke yang menakutkan itu.

Miera berjalan anggun ke dalam rumahnya ."Ketua pelayan...ikuti aku" ujarnya dengan dingin.Seorang lelaki berpenampilan seperti pelayan lelaki hanya turuti perintah.

Miera membuang balutan di tangannya menampakkan parut.Dia turut mengubah gaya rambutnya menampakkan seluruh wajah nya yang dingin.Tatapan tajam yang tak biasa dikeluarkan oleh Miera.

"Apa Duke sudah sedar dari komanya" tanya Miera.

"B-belum lagi...." jawab ketua pelayan dengan tergagap.Miera malah senyum."Lagi bagus orang tua itu cepat mati....jadi tidak perlulah aku berpura-pura polos atau pemalu setiap hari" ujar Miera.

Ketua pelayan itu menunduk tak berani mengangkat kepalanya untuk lihat wajah Miera.Mungkin banyak orang tertipu dengan wajah polos lagikan pemalu Miera.Namun bagi para pelayan disini,Miera lah seorang gadis tidak berperikemanusiaan.

Duke Helios jenis yang ikut semua kehendak Miera sehinggakan Miera makin melampau.Miera gadis yang bijak menyembunyikan sikap sebenarnya di depan Duke Helios.Bahkan dia turut menyebarkan khabar yang sungguh terbalik dengan sikap sebenarnya.Ini supaya orang lain tahu dia seorang yang lemah dan pemalu membuat orang lain simpati.

Duke Helios sendiri tidak tahu sisi gelap Miera begini.Setelah Duke Helios pulang dari tempat guild hunter.Rombongan Duke Helios diserang oleh tentera bayang yang Miera upah.Duke Helios terluka parah tapi masih hidup.

Untuk mengelakkan khabar angin yang buruk tentang Miera maka Miera pura pura terkejut dan menangis saat ayahnya pulang dengan keadaan parah.Sebab rombongan ayahnya ditemui oleh Keluarga Marquess Douglas yang merupakan salah satu daripada 6 keluarga besar.

Doktor peribadi ayahnya yang merawat ayahnya.Tapi Miera menyuruh doktor itu 'menidurkan' ayahnya.Kalau boleh sampai bila bila pon takpe.Doktor itu pada mulanya menegah kerana tugas doktor bukan untuk memudaratkan pesakit tetapi menyembuhkan pesakit.

Miera memberi ancaman berat pada doktor tersebut sehingga doktor itu terpaksalah mengikuti arahan Miera.Ayahnya koma maka Miera boleh lah membuka jati diri tanpa beban.

Tetap sahaja dia akan meneruskan pembelajaran ke akademi yang telah Duke daftar kan ia.Miera tidak menyangka ayahnya akan mengupah pengawal pribadi untuk keselamatannya walaupun tidak perlu.

Setiap kali ada pelayan yang ingin buka mulut tentang jati Miera yang sebenar,ada seseorang yang kuat melindungi Miera disebalik bayang membunuh orang tersebut dengan kejam.Ada yang ingin berhenti menjadi pelayan alhasilnya dibunuh juga supaya tiada saksi.

Satu satu jalan adalah tutup mulut,pura pura tidak tahu dan jangan membantah.Kalau tidak nyawa yang melayang.Oleh kerana dia sekarang menguasai wilayah ini maka dia berbuat sesuka hatinya.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now