♕°KTR 97°♕

645 78 13
                                    

Suatu tempat yang terletak di selatan Benua Vofland,

Sebuah rumah agam tersegam megah di tengah-tengah hutan belantara jauh dari pemukiman manusia.Selain rumah agam tersebut ada sebuah pemukiman monster yang lebih tepat kuli kepada tuan rumah agam ini.

Rumah agam ini dihuni, satu klan kuat para vampire mengikut kasta masing masing.Semakin tinggi kasta kau perolehi semakin ramai menyanjung dan menghormati.Meskipun jauh dari pemukiman manusia namun mereka boleh memburu manusia sewaktu bulan purnama darah indah di malam hari.

Seorang lelaki tua membungkuk hormat pada orang berjubah.Kyrea yang dibawa oleh orang berjubah itu diletakkan di lantai.
"Terima kasih Tuan Lust....anda telah bersusah payah membawakan cucu kesayangan hamba ini kembali"

"Aku tidak mahu kalian terluka..... Sekiranya tiada apa apa aku mahu kembali ke istana ku" ujarnya lalu menghilang.Alasan yang sebenarnya adalah dia tidak mahu hilang orang yang berpotensi menjadi buah catur yang bagus.Memang rasa menyusahkan dirinya namun berbuat baik terhadap klan Dempire adalah keuntungan.

Kyrea baru sedar pengsan dan melihat sekeliling.. Sekarang ini dia berada di aula pertemuan yang kosong.Hanya ada atuknya yang menyayanginya.

"Cucu bodoh untung nasibmu diampuni Tuan Lust.... sekiranya tidak aku juga tidak boleh menyelamatkan mu" ujar Pak tua itu.

"kau hampir menghancurkan rancangan tuan Lust tahu" lanjutnya sambil menggeleng kepala tuanya dengan perlahan.

Kyrea baru teringat,dia menggeram marah.Matanya menyala kekuningan hawa membunuh."GADIS MANUSIA ITU!!!..... mempunyai kaitan dengan pembunuh ayahku"

"Gadis manusia? Apa maksudmu di akademi itu ada yang berhubungan dengan pembunuh menantu ku" tanya pak tua itu untuk kepastian.Sebagai ketua klan dia harusnya membunuh Vex sejak kecil bukannya mengusir.

(Nis malas nak letak dia nama so pak tua jelah...dah nama pun vampir tua tak sedar diri ni)

Anak itu membawa malapetaka pada klan ini.Statusnya sebagai putera pertama vampire telah dicabut namun bagaimana Vex masih hidup.Dia ingat Vex dan Zie itu akan diburu manusia yang bergelar hunter di luar sana.Bahkan mereka hidup mahupun mati,pak tua itu tidak ambil peduli.

"Dan lagi mantan tetua ada di akademi melindungi gadis manusia tersebut" ujarnya masih menggeram marah.

'Zie melindungi seorang gadis manusia....apa dia sudah kehilangan akal sampai menjadi begitu' batin pak tua itu.Sekiranya Zie sudah berpihak pada manusia yang lemah bermakna Zie semakin kurang pintar kerana memilih puak yang lemah.Sangat disayangkan.

Sebenarnya klan Dempire atau ketua klan sekalipun sama sekali tidak ketahui yang sebenar Vex adalah Raja Dunia Bawah sekaligus Raja para monster kuat disana dan Zie salah satu penjaga dunia bawah.Yep anggota klan Dempire ketinggalan zaman.

(Nis kutuk sikit je...kalau korang nak kutuk ini klan sangat dipersilakan dan dialu alukan)

"Hah....cucuku kau perlu ingat kau satu satunya cucuku yang paling kusayangi berbanding cucu cucuku yang lain...." ujar pak tua tersebut tersenyum hangat pada Kyrea.

Belum sempat Kyrea nak cakap apa apa, lehernya dicekik oleh seseorang yang muncul secara tiba-tiba disitu.Kyrea dicekik kuat sehinggakan sampai ke dinding dan meretak..

"PENYUSUP....TANGKAP DIA" suara kecoh yang datang dari luar.Para pengawal masuk ke dalam aula tersebut lengkap dengan senjata melihat ke arah ketua klan.Pak tua itu menyuruh mereka tetap diam.

Pak tua melihat ke arah orang yang mencekik cucu kesayangan nya.Rambut violet panjang terurai dan juga mempunyai tanduk persis menantu yang tidak diiktiraf nya.Zryion Vex.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now