♕°KTR 124°♕

515 67 15
                                    

Pada malam harinya,

Ruangan santap empayar.....

Bunyi detingan sudu dan pinggan sahaja kedengaran.Keluarga empayar serta Arthur dan anak anaknya kecuali Chloe.Charlos mengatakan Chloe sedang ada hal.

Arthur dan kedua anak lelakinya kembali kesini kerana emperor undang mereka untuk makan malam.Ditambah lagi Arthur harus memberi laporan tentang desa desa yang lenyap secara tiba tiba.

"Charlos apa benar kamu tidak tahu dimana Chloe...Ini sudah malam...tidak elok seorang gadis berkeliaran di luar" tanya Empress memecahkan keheningan ruangan.

Hampir tersedak dibuatnya.Charlos baru mahu makan dengan tenang pastu ditanya pula soalan sama sejak tadi."Tidak" jawab Charlos sepatah dan sambung makan.

Bukannya Charlos tak mahu kasi tahu...tetapi dia sendiri tidak tahu Chloe dimana.Dia bertelepati pon Chloe tidak menjawab.Memang Chloe sedang menenangkan fikiran dulu.

"Begitu ya" hati keibuan Empress sungguh rasa bersalah kerana tidak perhatikan anak emas itu.Ditambah lagi dengan laporan Alexia tentang pengkhianatan Miera terhadap Chloe.Dan Demon King Envy makin merumitkan keadaan.

Charlos menyuruh mereka merahsiakan tentang hal ini..Boleh jadi mereka bertiga pula menggila.Membayangkan sahaja rasa dia lah paling normal.'Normal normal normal' batin Charlos berkali kali.

"Memangnya apa yang membuatkan Loe tidak pulang....atau jangan jangan dia ada kekasih gelap" Ericc seperti biasa terlalu mereng.

Edward terus memukul kepala adiknya yang satu itu."Jangan menuduh Loe...Loe hanya ada hal jadi tidak perlu berfikiran buruk" ujar Edward.

"Aku hanya meneka...." jawab Ericc sambil menggosok-gosok kepalanya benjol.

"Kalian makan....jaga adab" tegur Arthur.Edward dan Ericc hanya mengiyakan sahaja.Mereka bukannya di kediaman rasmi mereka.

"Tidak mengapa Arthur...meriah sedikit di meja santap ini" celah Emperor setelah sekian lama berdiam diri.

"Oh ya Alexia,tunangan mu mana" tanya Emperor pada anak gadisnya.Alexia tersedak dibuatnya.Ingat tak peduli dah setan biru tu.Baru sahaja nak lupakan.

Empress cepat cepat menghulurkan segelas minuman.Dan Alexia meneguknya perlahan-lahan."Itulah....lain kali makan jangan gelojoh" bisik Alvino.

Alexia mencerlung tajam..adiknya sedang mengejek nya,rasa mahu penyet je budak ni."Lexia" panggil Emperor.

"Ya... ayahanda"

"Tunangan mu mana,sayang" Emperor ulang sekali lagi supaya telinga Alexia tidak salah dengar.

"Oh seta-Kayden katanya pulang ke kerajaan nya.Ada hal mustahak katanya...dia minta maaf kerana tidak dapat bertemu ayahanda dan juga bonda" hampir terlepas cakap sahaja mulut Alexia ni.....

"Oh begitu ...." Emperor menggangguk kecil.

Bunyi tolakan halus kerusi membuat semua pandang ke arah Charlos.Dia pun berlalu pergi tanpa memandang ke arah mereka.

"Papa ....ini aneh...makanan Arl masih banyak lagi" ujar Ericc separa lantang.Arthur rasa curiga kenapa Charlos tidak habiskan makanan seperti selalu.Biasanya pasangan kembar ini,bab makanan memang top ah.Terutamanya Charlos.

Alexia mendesah perlahan...'Itu anak mahu pergi ke penjara bawah tanah....dasar....' batin Alexia.

Sementara Chloe,

Perut berkeroncong dia hiraukan.Saat ini dia duduk di salah satu bumbung salah satu bangunan kuno kota Salvorte.Menatap bulan dan bintang yang menghiasi angkasa.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now