✧°KTR 151°✧

377 53 3
                                    

Pertarungan yang panjang ini akhirnya telah tamat.Efek kekuatan unknown ada disana menyebabkan masa seakan 2 jam sahaja namun hakikatnya telah 2 minggu berlalu.

Tentunya membuatkan orang ramai terkejut dengan masa yang berlalu.Penduduk penduduk yang cederan dirawat ke pusat kesihatan empayar serta cabang rawatan yang berdekatan.

Empress dan Alvino berlari ke arah tempat pertarungan besar tadi.Empress terlalu terkejut setelah mendengar laporan pengawal yang Emperor serta Alexia ke tempat pertarungan.

Saat tiba, empress gementar dan perlahan lahan berjalan ke arah sosok yang ia cintai telah kaku.Dia jatuh terduduk sambil air mata jernih mengalir di pipinya.Alvino juga terkejut lalu terduduk bersebelahan bondanya.

Dengan segera Alvino mencari sosok kakaknya juga.Matanya terhenti ke arah serigala bayang milik Chloe membawa Alexia di atas badannya.

"Maaf Empress...putera Alvino..." ujar Chloe yang penuh luka dan wajahnya kelihatan pucat.Itu je mampu Chloe ucapkan.Dia juga shock.

Charlos pula berdiri di samping Chloe manakala Vex dibelakang mereka.Masing masing menerima cedera lebih parah cumanya mereka boleh bertahan kerana mana mereka memulihkan dalaman namun lambat sedikit kerana mana terkuras banyak.

Empress tidak menjawabnya bahkan tidak melihat wajah Chloe.Sementara Alvino bingkas bangun, dia ke arah serigala bayang Chloe.Alvino terus menggendong kakaknya untuk menerima rawatan segera.

Gaduh macam mana pun dia dengan Alexia.Tetapi Alexia adalah kakak yang terbaik baginya.Dari dulu dia ingin bercita cita menjadi pedang kakaknya kerana itu salah satu posisi jendral empayar paling ia impikan.

Dan muncul Arthur,Edward serta Ericc disitu.Mereka seperti terkejut dengan kepergian emperor.Arthur melihat rakannya telah pergi buat selama-lamanya.Dia mengarah pengawal pengawalnya untuk tutup mayat emperor.

Sudah tentu empress marah kerana dia masih berpendapat emperor masih lagi hidup.Alvino tiba untuk mendapatkan bondanya setelah menghantar Alexia ke tempat rawatan.

Chloe tersenyum pahit.Dia sudah menggagak situasi begini akan terjadi.Jadi dia berpaling untuk pergi dari situ.Ini adalah satu perasaan yang menyakitkan.Dia dan Charlos bukan manusia.Dia sedar akan jati dirinya itu.....

Chloe menggengam tangan Charlos dengan erat.Dan Charlos mengerti yang adiknya berat meninggalkan keluarga ini.

"Kalian mahu kemana lagi" tanya Arthur bersuara serak.Dia seperti menahan tangis juga.Dengan segera Chloe menoleh.

"Kalian pasti lelah...ayuh pulang " tambah Edward tersenyum hangat.

"Aku rindu kalian" tambah Ericc menangis tersedu-sedan sampai keluar hingus.

Chloe pandang ke arah Vex.Vex mengisyaratkan untuk ke arah keluarganya itu.Tanpa basa basi Chloe berlari walaupun dalam keadaan cedera sekalipun.Dan hampir juga tersadung.

Arthur terlebih dahulu menyambut tubuh Chloe dan terus memeluknya.Saat itu Chloe nangis,dia melihat Arthur,Edward serta Ericc silih berganti.

"Kau tidak ikut sekali" tanya Vex pada Charlos masih tercegat lagi disitu.

"Malas" jawab Charlos.

"Oho sang raja kegelapan malu malu kucing juga" ujar Vex tertawa kecil.

"Kalau macam tu aku jelah kesana...aku berpeluang peluk Chloe dan jumpa bakal ayah mertua" tambah Vex.Tetapi yang ia dapat kerlingan tajam dari Charlos.

Charlos berjalan ke arah mereka.Ericc tiba tiba peluk Charlos dengan ada hingusannya.Tentunya Charlos menolak Ericc tetapi Ericc makin menjadi-jadi.Dan Charlos pasrah.

Killer Twins Reincarnation???[END]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें