♕°KTR 132°♕

561 64 8
                                    

Bagaimana puteri mahkota ini boleh setenang ini? Daripada memikirkan hal tersebut Dinaile ingin keluar namun Alexia menghalang.

"Puteri Alexia keselamatan anda terancam sekarang ini" ujar Dinaile.

"Aku tahu... Sebaiknya tenangkan emosi kau dahulu...penyerangnya bukan manusia" mata kanan Alexia seketika bersinar emas.

"Kakak...jaga keselamatan Puteri Alexia...biar aku melihat keluar" celah Mikaela.Dinaile ragu namun melihat tatapan adiknya tiada keraguan maka terpaksalah memberi kebenaran pada adiknya.

Tanpa basa basi Mikaela terus keluar.Berselang tiga minit kemudian Dinaile terus menyusul adiknya kerana bimbang.

"Hah...kalau apa apa terjadi pada kalian apa yang mahu kujawab pada Chloe...Kebetulan 'mangsa' di depan mata tidak mungkin aku mahu lepaskan peluang...Mungkin jati diriku terlihat sedikit" gumam Alexia melihat ke arah kekacauan di luar dengan tenang.

Sementara Mikaela berlawan dengan demi-human serigala yang merupakan dalang dalam penyerang.Tiada tanda tanda mahu mengajak berbincang.Keadaan nya seperti dikendalikan aura membunuh yang meluap.

Para tentera yang mengiringi mereka ada yang sudah tewas dan ada cedera parah.Sesekali melawan beast kecil yang ingin menyerang mereka.Dinaile membantu basmi anak buah demi-human manakala Mikaela masih fokus melawan demi-human serigala ini.

'Kurasa ada yang mengendali para beast dan demi-human ini tetapi siapa?' batin Mikaela.Dia juga tak berapa kuat untuk menangkis terlalu lama.

Sampai satu tahap Mikaela lengah sehingga terlempar beberapa meter.Dia muntah darah."Mika!!!" Dinaile melihat adiknya terluka tentunya cemas.Dia berlari ke arah adiknya lalu mengeluarkan posyen pemulihan.

"Hah.... meskipun kalian tergolong jenius kerana lulus ujian Schulz dalam masa 4 bulan sahaja tetapi tanpa pengalaman ataupun strategi yang cukup matang tiada gunanya." Alexia berjalan menghampiri ke demi-human serigala.

"Tuan puteri?!" Salah satu tentera mendekati Alexia namun Alexia tangkas menebas tentera tersebut dengan belati tersembunyi dengan wajah dingin.

"Haish para orang tua bangsawan tu....memang gila." ujar Alexia.Dinaile dan Mikaela terkaku sebentar kerana Alexia bunuh tentera yang mengawali mereka sejak keberangkatan mereka.

Alexia melirik sekilas."Jangan salah faham...usai ini akan kuceritakan hal yang sebenar " ucap Alexia.

'Serigala jadian ini sungguh menyusahkan' batin Alexia.Terus menerus mengelak beberapa serangan demi-human serigala ini.Dia tahu ini bukan KEBETULAN semata-mata dan memang ada orang kawal demi-human ini.

Serangan demi-human tersebut hampir mengenai belakang kepala Alexia.Dengan refleks Alexia menunduk dan belati terus memanjang seakan pedang yang tajam memotong tangan demi-human itu.

Tentu sahaja raungan kuat bergema satu hutan.Demi-human makin marah dan ingin mengamuk.Alexia tersenyum kecil."Maaf tetapi aku ini masih berperikemanusiaan jadi memotong tanganmu adalah hukuman sekaligus ganjaran kerana menolong ku membunuh pengkhianat disekitarku"

"Jadi berehatlah" sambung Alexia dengan lembut membelai tangan yang dipotongnya yang sedang membuak buak darah seperti air terjun.

Yang anehnya demi-human serigala itu terus tumbang setelah mendengar kata Alexia.Alexia tersenyum manis lalu berbalik ke arah kedua orang yang ia ditinggalkan sebentar tadi.

Darah demi-human tadi menambahkan kesan aura Alexia lebih menakutkan berbanding biasa.Meskipun dia tidak sepsiko Chloe tetapi Alexia brutal juga.

"Uma...kau melihatnya bukan boleh kau bersihkan beberapa kekacauan ini" kata Alexia dengan lantang.Mikaela melihat Uma yang sentiasa ramah dengan mereka berubah wajah sangat dingin.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now