✧°KTR 167°✧

440 51 6
                                    

Di malam hari pula,

Chloe nampaknya sedang menghubungi Yernia melalui artefak komunikasi. Jelas terpampang seakan skrin hologram penuh (like modern hologram). Artefak ini merupakan ciptaan Xeros untuk memudahkan mereka berkomunikasi seakan berdepan depan.

"Bagaimana dengan keadaan mereka berdua?" Tanya Chloe sembari minum air coklat panas buatan Iris.

"Keadaan mereka berdua dalam kendali....ada sedikit pertengkaran namun mereka boleh selesaikan dungeon sesat yang berteka teki itu" jawab Yernia.

Chloe tertawa kecil. "Padahal boleh saja akrab macam tu....Mereka ada bahas tentang yang berlaku tadi?"

"Ada sedikit...." jawab Yernia agak ragu.

"Haihh.....mereka berdua itu" keluh Chloe.

"Ratu...boleh hamba bertanya sesuatu" tanya Yernia.

"Silakan saja....dan juga jangan terlalu formal...kita kan teman" ujar Chloe sambil tersenyum.

Yernia membalas senyuman kecil. "Anda masih tidak berubah....baiklah...ratu ermm tidak-...Lilith...kau betul betul terima lamaran Tuan Rhysand?" tanya Yernia untuk kepastian.

Chloe menopang dagu sambil berfikir. "Hermm...aku belum menjawabnya lagi...kenapa?"

"Bukan apa....dulu kau dengan dia-"

"Musuh? Yah kurasa begitu dulu..."

"Er ahh....aku tidak berniat nak-"

"Tidak apa.....lagipula entah kenapa aku turut menjilat ludah sendiri juga" ayat terakhir diperlahankan.

"Kau cakap apa tadi?" tanya Yernia.

"Yah tiada apa apa....oh ya.....nanti kemungkinan Ray akan datang kediaman ku ini....jadi kurasa aku perlu beli gelar bangsawan untuk nya...keluarga ku juga tahu mengenai lamaran jadi-"

"Kau ingin pinta bantuan ku?" tanya Yernia berasa hairan. Rasanya Chloe mempunyai ramai 'teman' bisnes yang boleh dipercayai.

"Ya.... kalau aku pinta bantuan orang lain...khabar angin yang kurang enak didengari....selain itu....berurusan saja memakan masa...dan aku sebenarnya malas" jawab Chloe dengan selamba.

"Oh ya kau kan bangsawan manusia ternama....."

"Kedengaran seperti ejekan tetapi aku akan anggap itu pujian" balas Chloe.

"Hah....lebih baik tuan Ray gunakan saja gelar adikku, si Nicole.Untung saja anak itu dekat juga dengan Tuan Ray...nanti aku uruskan"

"Wah itu bagus....tapi bagaimana dia mendapat gelaran begitu" tanya Chloe.

"Nicole tu memang menjadi salah satu penjaga algojo dunia bawah.....entah apa yang dipikirkan anak itu...dan dia ada buat 'khidmat' sedikit dekat empayar Rilance (Mawlence) tulah yang dapat gelar sebagai Archmage dan Master Sword"

Nicole dan Nina hanyalah murid sekaligus adik angkat Yernia sahaja. Mereka bertiga sangat rapat namun Nicole dan Nina dicabar oleh Yernia supaya berdikari dan lakukanlah apa yang mereka mahukan.

"Begitu...Oh ya bagaimana dengan para hama" tanya Chloe tersenyum dingin. Yernia terus faham yang Chloe sudah dalam mode serius.

"Tiada satu yang terlepas....Berkat anda..... para 'anak anakku' telah kenyang...Terima kasih" balas Yernia dengan senyuman menyeringai. Yep maksudnya adalah monster monster yang mengerikan.

"Oho .....sekali sekala aku juga mahu pemanasan ringan dengan 'anak anakmu' itu"

"Anda sangat dialu-alukan.....tetapi tidak boleh sampai mereka mati" Yernia tersenyum nipis.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now