♕°KTR 79°♕

659 94 27
                                    

Sementara Hendrix,

Baru sahaja dia memasuki ke ruangan yang dimana semua ahli jawatankuasa berkumpul sudah bersepah seperti biasa.Apalah nasib dia perlu menguruskan mereka yang suka bermain main ini.Di depan junior diorang ni cool semacam.Tapi yang sebenarnya adalah diorang terlajak senget.

"Woi...Ericc si*lan......pulangkan laporan itu.." jerit seorang perempuan mengejar si Ericc berlari sana sini.Blazer nya diikat di pinggang.Tali lehernya senget.Walaupun memakai skirt dia tetap pakai seluar panjang.

Ericc apa kurangnya...tali leher takde,baju kemeja terkeluar sebelah.Dah macam badboy.Dia sedang berlari sambil menjelerkan lidah."Wuekkk.....kejarlah..." ujarnya sambil menggunakan sihir angin.Itu menyukarkan si perempuan tu untuk mengejar nya.

"Mana adil guna sihir woi..." Perempuan tersebut naik berang dengan cara cheat si Ericc.Ericc mengendahkan malah provok si perempuan tersebut.Mereka berdua ni bagaikan hidup di dunia mereka.Mengendahkan kedatangan Hendrix mahupun ahli yang lain.

"Hendrix....hari ini meriah seperti biasa bukan" tegur seorang perempuan sambil memeluk sebuah buku.Namanya Roxana.Penolong Hendrix melakukan kerja kerja sampingan.

"Hah.....setiap kali aku datang,mereka sentiasa bergaduh" Hendrix menghela nafas berat.

"Hahahahaha.....macamlah tidak biasa Ketua...mereka berdua kan sentiasa memeriahkan suasana ruangan ini" celah seorang lelaki yang baring di sofa acah acah tidur.Dia terus bangun meletakkan bukunya di atas meja.

"Aku memanggil kalian untuk berbincang tentang hal ehwal akademi yang makin merosot....kalau begini lah reputasi akademi kita mungkin tercalar" ujar Hendrix sedikit mengeluh.Rata rata ahli di dalam ini adalah rakyat tapi Hendrix tidak mempersoalkan status.Boleh dikatakan Hendrix dan Ericc serta Roxana adalah bangsawan. Namun Hendrix seorang menilai dari segi tanggungjawab kerja mereka.

"Ya Ampun,kalau begitu biarkan saja saya menguruskan mereka...sebentar ya" seorang lelaki shota keluar dari mana entah sambil memegang boneka creepy.

"Hendrix.....aku rasa Oryn akan mendiamkan mereka untuk sementara...bulu roma ku sudah naik " ujar lelaki yang duduk di sofa tadi.Hendrix menggangguk kecil.Oryn adalah Ketua Komite Disiplin.Jadi sudah dimaklumkan bahawanya dia sangat berdisiplin dan juga mengerikan apabila tidak mahu mendengar kata.

"Kalian,janganlah buat Hendrix pening gara gara kalian" ujar Oryn dengan suara lembut.

"Kau jangan penyibuk....lelaki lembut.....aku bosan tahuuu" balas Ericc.

"Hahh.....kau ambil laporan yang kutulis hanya kau bosannnn.....kau fikir aku ni rakan bermain kau" marah si perempuan tu.Dia menyingsing lengan bajunya.Ini dah tahap nak meledak dah ni.

Oryn memeluk erat bonekanya sambil tersenyum creepy."Jadi keputusan kalian adalah bermain ya....bermakna saya akan melayani kalian" ujar Oryn bertukar nada kepada lebih menyeramkan.Boneka creepy milik Ory tiba tiba terapung dan mengeluarkan benda tajam serta aura tak bersahabat.Ericc dan perempuan itu terus bergidik ngeri.

Hendrix mampu melihat dan malas ikut campur.Roxana hanya menggeleng kecil.Manakala lelaki yang tadi hanya bersiul siul buat buat tak tahu meskipun Ericc meminta pertolongan.

Setelah Oryn mendiamkan mereka,

Akhirnya Hendrix dapat berbincang dengan tenang.Ericc dan perempuan tadi mempunyai benjol berasap di kepala.Itu adalah perbuatan boneka Oryn.

Ericc,Ketua Penyihir Senior a.k.a Ketua Kesengalan (ini bonus🤣)

Jeslyn,Setiausaha dan Ketua Asrama Perempuan (perempuan yang gaduh ngan ericc)

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now